Sunday, July 17, 2011

Sebodoh - Bodoh Aku Pun

Aku rasa ada orang lagi bodoh kot dari aku.

Penatlah. Sebab aku rasa langsung tak worth it nak berbalah dengan manusia jahiliah. Know what I mean? Jenis manusia yang bila kau cakap sikit, sentap mengalahkan kena sawan baby. Jenis manusia yang kuat memalat, tapi bila kena palat 'menggelupur macam monyet'. Ini bukan aku cakap eh. Adalah orang yang cakap. Bukan orang Malaysia pun. Orang Tibet yang cakap.

Chill. Kau dah besar. Dah beranak - pinak. Chill. Cakap kencang pun tak guna, gua mau tengok apa lu boleh bikin! (Peh cakap dah macam Abang Kawasan. Ni banyak sangat tengok KL Gangster ni!)

Aku pun tak faham apa yang dia jaki sangat dengan aku. Sebab aku cantik ke? Sebab aku pandai ke? Sebab aku hot and good - good ke? Seriouslah gegurl tak faham gegurl tak faham! Taknak bayar hutang takpe. Tapi tak bermakna aku halalkanlah. Even aku berhutang dengan orang pun, aku cari duit simpan duit nak bayar hutang orang. Ini siap cakap "Memang aku sengaja nak susahkan_______!!________kurang ajar!" Pehpehpeh. Ingat gua ni apa? Cap duit? Kalau aku cap duit sekalipun, gua lagi rela bakar balik duit tu dari bagi free - free kat kau. Wahhhh! Main gua - gua pulak! Aku ni banyak sangat kena pengaruh TV ni!

Prinsip hidup aku satu je, layan manusia macamana manusia tu layan kau. Nescaya hidup aman sentosa. Tapi jauh dalam lubuk hati aku, aku doakan satu hari nanti dia akan berubah. Walaupun kadang - kadang aku doa tu macam tak ikhlas, tapi aku cuba ajar hati aku kalau berdoa biar yang ikhlas. Lagipun bulan Ramadhan dah nak menjelma, kalau boleh aku taknak simpan dendam pada sesiapa.

Tak kisahlah dia nak cakap aku bodoh ke, aku kurang ajar ke, demi Allah yang Maha Berkuasa atas sesuatu yang terjadi, aku redha. Redha tu maknanya apa?

Redha ialah menerima dengan rasa senang hati, lapang dada, atas segala apa yang telah ALLAH tentukan, baik berbentuk hukuman(arahan) atau qada’ ketentuan ALLAH SWT.
Redhalah kunci kita sentiasa hidup bahagia. Insyaallah.

Kepada sesiapa yang berkenaan, aku selaku abang kawasan (Berangan!) cuma nak pesan, kita hidup tak lama. Entah esok lusa tau tau je dah terbaring dalam lubang kubur. Aku takut dengan azab Allah. Kau tak takut ke? Silakanlah canang yang aku ni jahat dan sebagainya, sebab aku tau, aku baik dan comel sedunia. Kalau ditaqdirkan Allah satu hari nanti adalah hari dimana kau menerima celaka, maka ketika itu aku hanya akan berpoco - poco sambil berkata "Ada aku kisah??". Uishhhh tak baik! Tak baik! Mak abah aku takda ajar buat macam tu.

(Tarik nafas panjang - panjang. Hembus. Sambil senyum)

Pernah dengar pasal karma?

Nah. Ambik sebijik muka aku dengan senyuman yang terpaling manis. Buat ubat rindu!
Dah.KBhai!

4 comments :

Miss Tasantek said...

tibe2 aku teringat lak kat kisah aku sendiri. agak sakit juga kan.
cam aku...
ape pon tak boleh!

Cik Puan Bunga said...

@Miss Tasantekyelahhhhh! apapun tak boleh!

Rai said...

lain kali jangan bagi org berutang ngan ko dah..buat sakit jiwa dan limpa ko je nanti..

Cik Puan Bunga said...

@Raihahahaha serik oiiiiiiiiiiii!