Thursday, July 7, 2011

Selagi Terdaya...

Pagi tadi suami call and mengkhabarkan satu berita yang cukup membuatkan aku sentap sekejap. Aku memang tak faham dengan manusia. And kalau spesis manusia yang macam 'ni' memang sampai bila - bila pun aku tak faham. Kalau nak kata dia terasa dengan apa yang aku post, maka ketahuilah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, rasa itu cuma sedikit dan picisan saja kalau nak dibandingkan dengan apa yang aku dah rasa, dah lalui selama ni. And masa aku tulis post tu pun, aku dah fikir masak - masak and aku memang berharap orang - orang tertentu akan baca.

Aku tak kisahlah kot kalau pihak disebelah sana akan pandang aku hina, jahat, tak berperikemanusiaan dan sebagainya. Nampak macam akulah villain dalam ini kisah, aku memang takkan tercuit sikit pun. Aku lebih rela kot dipandang hina dimata masyarakat daripada berpura - pura macam manusia paling mahmudah dalam muka bumi tapi sebenarnya keji di mata Allah.

Cuma sekarang, aku kesiankan suami dan orang - orang yang terlibat secara tak langsung kerana menyebelahi aku. Aku mintak maaf sebab dah susahkan korang. Korang jangan risau, benda ni takkan jadi kudis pun kat kita. Insyaallah.

Aku harap orang - orang yang terlibat dapat berfikir siapa yang betul siapa yang salah. Kalau setakat print entri - entri kat blog aku, kemudian tunjukkan kat mak mertua aku dengan harapan mak mertua aku akan lebih bencikan aku, menyampah dengan aku, kalau itu dapat puaskan hati korang. Maka buatlah. Aku dah muak kot dengan manusia - manusia yang berpura - pura baik depan aku ni. Aku manusia biasa, aku pun ada hak nak marah orang, nak memaki orang. Kalau kau tahan nak maki orang, maka kalau orang maki kau, kau kena tadah jugaklah. Barulah win - win situation.

Aku tau hal ni sampai ke sudah takkan habis. Aku pun tak pernah nak pasang harapan yang hal ni akan selesai dikemudian harinya. Tak pernah mimpi pun. Cuma bila keadaan dah sampai tahap macam ni, maka haruslah aku tegaskan di sini, aku tak salah apa - apa. Aku tulis, cakap benda yang benar. Kalau pihak - pihak terlibat masih nak kata aku jahat, salah, kejam dan sebagainya, maka silakan.

Macam yang aku cakap tadi, benda ni takkan jadi kudis kat aku. Aku percaya dengan sebenar percaya pada kuasa Allah.

Apa kaitan Sentinel Prime dengan entri nih dong?

Dah.Kbhai!

10 comments :

Naddy said...

pehpehpeh...tak habis2 kan...dah xde keje da kot..t ko tlg post kat blog ko ni sape2 x de keje sgt meh tlg aku yg dah byk keje ni ea...sabar ye yang!

Cik Puan Bunga said...

@Naddymemang takkan habis naddy. biarlah. seronok agaknya buat org. seksok kena batang hidung sendiri, baru tau. amin!

mieyza said...

akak patut gumbira pihak sana dpt baca blog ni, sekurang2 dorang tahu bukan dorang je boleh maki hamun..ni baru adil. hahahhaha..pelik kan ada manusia gini, nak kita hormat tunduk patuh pada dia, tapi dia maki kita berbakul2, siap buat cerita segala. Dia tu sape nk kita hormat dia, tapi dia cam bangang xreti hormat org..T_T

Rozana Mohd Zin said...

sabar ye akak.. Allah sentiasa bersama hamba - hambaNYA yg bersabar... =)

Miss Tasantek said...

kau kuat kak. aku percaya itu! sangat kagum kau lalui semua ni dengan hati yang sangat tabah dan cekal (kadang2 cengeng juga kan..)
well..sperti entry kau dulu2, ada orang SUKA CARI SALAH ORANG LAIN SEBAB NAK TUTUP SALAH SENDIRI.
malu la weh kalau dah pakai rete orang tek reti bayar!
sori emosi.

Cik Puan Bunga said...

@mieyzaalaaa mieyza, akak pun ni masih cakap berlapis. elok jek ayat akak susun dalam blog ni, takdelah maki hamun mana sangat pun. biasalah kalau tengah emo. macam2 hal jadi.. thanks for the shoulder! :D

Cik Puan Bunga said...

@Rozana Mohd ZinThanks zana! :D

Cik Puan Bunga said...

@Miss Tasantekaku kuat! akulah sentinel prime! aku kuat!

Miss Tasantek said...

mesti kau suka minum milo time kecik2 dulu kan??
Minum milo anda jadi sihat dan kuat! :P

Cik Puan Bunga said...

@Miss Tasantekmilo minuman febret sampai ke besar! haha!