Monday, July 25, 2011

Siapa Suruh Kau Gemuk?Kan Dah Jari Pun Gemuk! Menyusahkan Orang!

Handphone aku dah macam handphone orang bangang tau tak. Kejap kejap hang. Kang aku sedap - sedap sms dengan orang, tiba - tiba kejung hang tak memasal. Kadang - kadang alarm tak bunyi. Dah aku tak dapat bangun sahur nak puasa ganti. Bengang betul.

Suami aku prihatinlah konon - konon. Siap offer aku nak belikan aku handphone, tapi sebenarnya duit tabung yang dia kaut buat beli handphone. Duit tabung tu duit yang kami kumpul sesama. Nanti kalau kami ada berkenan mana - mana barang ke tapi tak mampu nak beli, boleh guna duit tabung. Selalunya akulah yang paling banyak kaut duit tabung. Suami kadang - kadang je pun. Aku sebenarnya nak beli Nokia C6. Aku tengok macam hebat sangat je handphone tu. Ita dengan Idaura memasing dok tekan - tekan pakai jari kat screen je sebab diorang pun pakai handphone C6. Aku tengok macam cool jek pakai handphone touch screen. Telan air liur je tengok masing - masing pakai handphone touch screen.

Tapi bila aku nak beli C6, suami psiko gila - gila. Asyik dok lobi aku suruh beli HTC. Aku tengok ciput je HTC punya handphone. Bila aku tengok specs dia fully touch screen rasa macam kecik besar je aku tengok handphone tu.Aku tak minat sangat handphone yang fully touch screen. Nak cari yang ada QWERTY keyboard.Suami la yang beriya - iya nak beli HTC. Nasib baik dia tak hentak - hentak kaki suruh beli handphone HTC tu kalau tak memang aku tinggal je kat kedai apek tu.

Aku sebenarnya nak sangat C6 tu. Nak sangat nak sangat. Tapi tak sampai hati nak kata tak dengan pilihan suami. Aku tengok dia teruja je tiap kali pegang HTC WIldfire S tu. Harga pun tak mahal. So, aku pun amiklah HTC tu dengan penuh rasa yang berbelah bahagi. Sampai rumah aku tak sentuh pun phone tu sebab aku tak berapa nak excited. Aku biar je terbongkang atas katil. Suami pujuk - pujuk kata handphone tu best la hape la. Tapi aku biar je. Aku tak pakai pun. Still pakai handphone orang bangang aku tu.

Letak je atas katil. Bolayan!
Then petang tadi, aku blogwalking blog Kak Afne, tengok - tengok dia buat entry pasal husband dia beli HTC Sensation. Kak Afne kata HTC ni best, compared dengan brand lain macam Samsung Galaxy ke hape kan. Tiba - tiba aku rasa bersalah pulak sebab tak pernah sentuh HTC yang suami belikan. Rasa macam mengada - ngada pun ada jugak. Orang dah belikan, kenapalah aku tak hargai. Balik rumah, lepas buka puasa, mandi, solat aku terus berkubang atas katil explore HTC yang suami belikan. Betul kata Kak Afne. Best jugak HTC ni!

Masalahnya jari aku gemuk - gemuk ah! Susah nak touch wehhhhh! Adoiiiii! Kak Afne kata ada jual pen dia kat accessories HTC ni. Nanti nak pergi carilah. Buat masa ni kena buat senaman jari biar senang nak touch screen dia karang. Kehkeh!

Cool jugak kau ni bila tengok dekat - dekat.
Tangan gemuk membuat cubaan nak touch kat screen.
Yang best, loading laju, tak hang, application pun best - best! Nak explore lagi dan lagi dan lagi. 
Eh apasal tajuk entri macam takde kaitan sangat dengan isi entry?Hahahaha!Entah!

Dah.KBhai!

21 comments :

Innanie | Ariffin said...

peh laki dah belikan kot. kalau tak nak, esok i datang amek HTC kat rumah u ok!

btw, share sikit info. HTC sangat popiler ok di States. No. 1 kot. Believe me & try to find urself!

zella y said...

htc mmg best dr yg lain..mmg cool.... tp xmampu lg la nk beli...mahal tu!! hik3...

watyz said...

salam. waa..dpt tpon baru. kalo aty suka la sangat2 org dh bg free kan. heheh

Rahmah Ram Ram said...

Cik Puan Bunga,

Best apa? Semuanya dihujung jari anda...Dah pakai tak hengat!! hehehehe...

cik nur said...

hurm nur pakai hp C6 tapi rasa HTC lagi power kot tak per kak tak kenal maka tak cinta kan nnt dah kenal HTC tuh jatuh cinta la tuh hehehe

Nini Hartini said...

Harga tak mahal? how much? HTC ilhan dekat 2k...cukup mahal dimata tini yg bergaji ciput nih. hihi...

Ilhan suke Iphone tini, tini suka HTC dia. haha. tp tini xboleh pakai hp yg lg mahal dr hp ilhan...nnt ape kate mil... menantu keje cikgu tadika gune hp lg mahal dr anak yg kje engineer. hehe... xboleh..xboleh..

kak, tini rs kan, tini start rabun lepas gne htc. haha... hari2 belek htc ilhan. blogging pn gne htc. lama2 tangan lenguh2, mata berpinau... hoho...nnt rajin2 install software utk htc tu..byk je kt internet. ilhan cari sndiri je, x yah bayar kt kedai, mahal..

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinTu lah, bila google rata - rata kata HTC best. Loading laju. Kena bercinta lepas kawen ni gamaknya! huhu!

Cik Puan Bunga said...

@zella yTakpe, simpan duit dalam tabung. Nanti dah cukup, boleh beli. Huhu!

Cik Puan Bunga said...

@watyzErrr suka jugak sebenarnya, tapi tak berapa excited sgt. Haha ngengada ah!

Cik Puan Bunga said...

@Rahmah Ram RamKalau hujung jari runcing mmg best kak, hujung jari gemuk yang tak best! Haha!

Cik Puan Bunga said...

@cik nurC6 macam cool! Huwarghhhhhhhhhhhhhhhhh!

Cik Puan Bunga said...

@Nini HartiniWildfire S tak mahal la Tini. RM900++ je... tak sampai RM1K pun... ngehngeh! Kalau dah suka sama suka, tukar ajelah pakai! kihkih! akak tak terer lagi nak guna HTC, jari gemuk2 susahnya nak tekannnn! Adoi! Huhuhu software pun tak pandai carik lagi! Adoiii! Buta IT ah aku!

Rai said...

ko rajin2 la buat senaman jari.. lepas ni mesti jari ko kurus runcing menawan hati..hahaha..

aku pakai nokia cikai je..kamera pon tadak..anak2 aku suka makan henset..berapa dah henset aku rosak..sedey oh..

Afne said...

uhuk uhuk.. tersedak! dia pn ada htc huhu

hp ni ikut org juga suka & selesa yg jns mcmn. waaaaaaaaaa htc nk jugak!

Cik Puan Bunga said...

@RaiAhh samalah Adam. Barai handset lama sebab air liur dia punya kerja. Rosak teruk gaknya dalaman handset tu.. Hahahaha..:D

Cik Puan Bunga said...

@AfneAla kakkk HTC cikai2 jek pun. Huhuhu. Akak takyah HTC laaaa, tunggu DSLR jek.. huhu!

Miss Tasantek said...

fuh dah pakai tac skren. ehehehe...dulu masa birthday aku, azmee bawak gi low yat, blikan iphone 3gs. ah skang hp tu die yg pakai. aku tak mau pakai. hahaha..leceh nak mati. kadang2 je aku main talking carl. HTC tu ok la. siyes ok.

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekAku tak suka la touch screen! :( Huuuuuuu.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

jgn la mcm tu...masa hubby hadiahkan HTC dulu 2 mgu gak LM simpan tau.tp,pastu cuba pki.mmg rasa frust,nak dail susah..nak buka blog susah..nak komen blog org susah.jari gemuk dan keras.mmg LM pun rasa sbb jari gemuk nak taip guna HTC ni menyusahkan hidup.tp skrg jari LM dah lembut sket tak keras cam dulu dah..keh3..

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)Dah cuba suka jugak tapi cinta tu belum datang lagi! huuhu! harus dipupuk dari masa ke masa. Ecehwaaahhhhhh!

cikyom said...

Hahaha aku baru terbaca entry ni..aku plak mmg suka pakai touch screen ni..sejak jaman 2004 aku dah pakai.. Masa tu ada jenama O2 jer..aku ada sebiji Htc kat dalam gerobok..bini aku ckp ssh nak pakai..tapi oh bila dah pakai iphone..lagi la sgt teruja..tiada masalah hang tiba2..nk blogging nak twitt ngan muka buku sgt mudah..go Apple