Skandal Bolehkah Kita Terus Berskandal?

Kawan - kawan aku yang lain kawen, takdenya aku nak sedih - sedih emosi semua. Tapi bila perempuan ni kawen, alahai rasa semacam pulak dalam hati aku. Cis cis! Sedihlah, banggalah, apa lah. Macam - macam aku rasa. Tapi takkan orang tengah gembira aku nak nangis melolong - lolong pulak. So terpaksalah buat - buat happy. Huhu.

Akhirnya skandal aku melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan beliau Sabtu 16 Julai yang lepas bersempena dengan birthday Adam yang pertama. Plannya nak sama - sama potong kek dengan dia kat pelamin tapi Adam lain macam pulak merakasnya, terpaksa balik awal. Huhuhuuu! Sorry sayang!

Cantik gila kau hari tu, Tika. Happy sungguh aku bila kau dah selamat jadi isteri kepada lelaki yang aku yakin akan sayangkan kau sampai mati. Yang akan sentisa ada bersama kau disaat susah dan senang. Yang akan jadi tulang belakang kau tak kira apapun yang kau buat. Aku tau dia akan sayangkan kau lebih dari kitorang sayangkan kau. Dia akan jaga kau, dan akan tua bersama - sama dengan kau.

Lepas ni, kau 100% jadi kepunyaan dia. Bukan lagi milik kawan - kawan kau, bukan jugak milik mak ayah kau. Aku rasa lain sikit bila kau dah kawen. Walaupun kita dah sama pangkat (Sama - sama dah jadi puan) tapi aku harap sangat yang persahabatan kita takkan terhenti sampai kat sini. Kalau boleh biarlah sampai bila - bila.

Alahai candid yang satu macam! Haha!
Geng Bas Sekolah kita.
Tika, 
Semoga kau jadi isteri yang solehah untuk Razi. Dan mama yang mithali kepada anak - anak dia yang bakal kau lahirkan. Insyaallah. Aku doakan kau bahagia sampai ke akhir hayat dengan Razi. Sob sob sob. Sedihnya aku!


I love you, Tika!

Emosi!

Dah.KBhai!
image