Monday, July 25, 2011

Tak Guna. Lain Orang Mengidam, Lain Orang Yang Dapat

Cehceh sejak rumah Merah menang Kejohanan Sukan Sekolah 2011 aku rasa warna merah tu macam cool gila baby lah pulak. Macam sajak je kalau aku tiba - tiba jadi pencinta warna merah macam Red Mummy tu kan kan kan? Tapi tak sanggup lagi nak curang dengan pink kesayangan. Skandal sikit - sikit je.

Tuptup bila blogwalking kat blog pencinta merah jugak si Cik Zira tu, dia buat entry pasal crossbody bag yang sumpah hot gila meletup - letup. Sekali pandang macam cinta pandang pertama pulak. Cantiknya! Dia bukan merah menyala - nyala tau, tapi macam warna berry. Comel gila! Terus tanpa berfikir panjang, terjah blogshop BegCanteq. Sebelum tu dah kepoh - kepoh tanya Cik Zira mana nak dapat beg gojes macam tu. Tiba - tiba je nafsu nak shopping memuncak. Lagipun dah lama tak beli beg. Crossbody yang sedia ada pun macam dah tak berapa nak hot dah. Lunyai dah! Adoi!

Tengok - tengok harga dia boleh tahan murah jugak. Kira duit dalam tabung ayam rasanya cukup ni kalau nak beli satu. Dok fikir nak beli warna merah atau warna hitam. Warna hitam warna selamat. Apa baju pun boleh masul. Last - last beli warna merah sebab feeling johan tu masih menebal lagi dalam sanubari.
Comel kau comel kau comel kau! (Cakap banyak kali!)
Balik dari sekolah petang tadi, tengok - tengok dah ada parcel atas katil dalam bilik. Buka dengan begitu rakus sekali. Tengok - tengok, huwarghhhhh memang hot ahhhh!

 Tengok depan - depan lagi gojes kau ni rupanya!
 Sesaja close up takde motif. Tahpape.
Esok nak pakai pegi sekolah!
Tak senonoh perangai aku. Cik Zira yang beriya nakkan beg ni, aku pulak yang pegi rembat. Kanak - kanak kurang kasih sayang aku ni. Hahaha!

Kita ada beg baruuuuuuuuuuuuuuu!

Dah.KBhai!

2 comments :

Innanie | Ariffin said...

selalu buat orang jeles tau. tadi baca pasal HTC, ni pasal beg gojes. geram nieh!!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinAlaaaa setakat beg picisan ni, lawyer2 tak pandang ahhh. huhu!