Sunday, July 31, 2011

Wanita Berkalung Sorban Keluar Bersosial

Motif utama : Aku cuma mahu lari dari semua benda yang menserabutkan kepala otak aku yang boleh tahan geniusnya ni. Kalau boleh aku taknak fikir pasal kerja, sekolah and manusia - manusia yang buat dada aku sempit. Ciss ayat 'buat dada aku sempit' tu memang boleh buat orang lain fikir bukan - bukan. Aku taknak fikir apa - apa. Aku nak fikirkan lelaki kacak saja macam Farid Kamil, Zahiril Adzim(Eh betul ke aku eja?), Pierre Andre, Dafi, Jep Sepah... Eh!

Aku rindu sangat dengan Tika, and aku ajak Tika dating. Lepas dah jadi wife orang ni, nilah pertama kali aku nak culik dia keluar.Oh dan kelakarnya, aku ajak Tika dating lepas tu baru sedar yang roadtax dah mati sebulan lebih dah. Habis tu selama ni aku bawak kereta, siap angkat - angkat tangan dengan polis buat roadblock tepi jalan dengan takde roadtax lah ye. Confident aje aku buat muka suci murni ibarat kanak - kanak ribena. Haishhh!

Nasib baik kekasih gelap aku masih ada berdekatan, jadi terpaksa menyusahkan dia jadi driver aku. Fokus utama adalah nak pergi dating dengan Tika sambil update gosip - gosip terkini yang dah berbakul - bakul ni. Kena update cepat - cepat sebelum puasa, sebab nanti dah puasa mana boleh gosip dan mengumpat semua ni. Haha. Budiman betul aku sekali dating hangkut skandal - skandal secara sekali harung. Tanpa pergaduhan dan bertarik - tarik rambut! Kehkeh!

Saja je nak dekat - dekat puasa ni, imej keluar dari rumah penuh dengan kesopanan dan ketatasusilaan. Pakai hijab siap ada 2 lapis,kau! Terus rasa diri sendiri wanita solehah berkalung sorban. Assalamualaikum, semuaaa!

Sebab dah bosan dating kat BP, kali ni dating jauh sikit. Pergi Kluang Mall. Mentang - mentang ada driver sayang, bersuka - ria betul kami sambil sakan menggosip dalam perjalanan.

Lepak Secret Recipe sambil bercadang - cadang nak menambah lemak tepu dalam badan. Wehuhuhu!
Sucinya muka aku! Haha! Skandal hot yang sedang berdukacita.
Eh eh nak bermanja - manja pulak! Kena gosip karang! Haha!
Olololololo manjanya manjanya!
Muka suci yang tembam tapi masih ayu jelita kena ada! Hehe! Oh oh oh eyebag! Benci kau! *Eh kenapa aku senyum macam ni? Macam nak lempang diri sendiri!*
Lepas makan - makan, singgah Brand Outlet kejap cari kemeja - kemeja or baju - baju yang menarik dan hot untuk dibeli. Comel - comel pulak baju - baju yang ada. Terkenang zaman kurus dulu. Baju size S pun aku rasa besar. Sekarang, baju size XL pun aku rasa kecik. Oh oh oh!Chayok chayokkkkk! Diet diettt!

Dah nak pukul 6 petang, kena pulangkan Cinderella balik rumah kalau tak nanti Putera Katak marah kami. Tak puasnya dating nak dating lagi je rasanya. Nanti kita dating lagi eh sayang eh! 

Dah.KBhai!

6 comments :

Etong said...

hahaha part roadtax tu lucu!

sukasuki said...

tajuk pun da kelaka kak. sorban tu yg warna merah tu ke?hehehe...
sy sekarang kena amik baju free saiz je.. =p

Innanie | Ariffin said...

ok fine.. pegi kluang mall tak ajak!! =(

Cik Puan Bunga said...

@EtongHuhuhu! langsung tak teringat! Haih!

Cik Puan Bunga said...

@sukasukiHaha ha'ah. Budget muslimah sejati gitu! kehkeh! tahpape! alaa awak kurus free size pun boleh masuk, akak apapun takbleyyyy!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinAlamakkkk bg contact number laaa, boleh roger! :D