Dugaan Datang Silih Berganti Namun Hari Raya Tetap Di Sambut Dengan Happy

Aidilfitri tahun ni dia punya mencabar, memang kalau aku cerita satu - satu boleh nangis aku sorang - sorang bawah pokok. Tapi dek kerana keazaman yang tinggi, aku gagahkan jugak buat preparation sehabis tenaga dan sehabis duit jugak. Macam bagus - bagus je aku siap nasihatkan orang jangan membazir, sekali bila nampak sales terpampang besar - besaran terus menggelupur macam orang kena rasuk.

Hari Raya hari kemenangan bagi umat Islam seluruh dunia haruslah disambut dengan  gilang - gemilangnya tapi janganlah sampai berlebih - lebihan. Walaupun kita mampu, duit banyak, tapi janganlah sampai apa yang kita buat tu mendatangkan rasa iri dan kurang senang dikalangan yang kurang berkemampuan. Kalau kau ada lebih, hulur - hulurlah mereka yang takde lebih. Kebahagiaan sama di rasa, Barulah rezeki kau berkat dan Allah turunkan lebih lagi dan lagi untuk kau. Ni peringatan untuk diri sendiri jugak. Ehem.

Malang tak berbau bila cita - cita dan harapan nak bergaya pakai beg mahal di Aidilfitri tak kesampaian bila beg yang diorder lain bebenor dari apa yang dihajatkan. Mati terus mood nak melaram. Agaknya inilah balasan Allah kepada manusia yang suka membazir. Apalah salahnya kau pakai beg yang harga dua tiga puluh dari kau pakai beg harga ratus - ratus ribu - riban tapi tak mendatangkan keuntungan kepada si pemakai dan si penengok?Ya, itu adalah ayat manusia kecewa. Nak buat macamana, bila beg yang sampai bukan sepertimana yang diharapkan, aku rasa macam dunia ni dah takde maknanya lagi. Sekarang ni tengah berjuang nak dapatkan balik duit aku yang dah terlebur. Bagi mengubat kedukaan hati, duit bonus pun ada lagi baki, maka aku beli handbag GUESS je buat ada - ada. Haih. Padan muka aku.

 Maka kau duduk dalam almari diam - diam. Memandang mu membuat hati ku sakit bangat!
Dugaan bila tiba malam raya, baju raya suami tak siap lagi. Bayangkan kau melenggang pergi kedai tailor nak ambik baju tapi nahh hambik kau, rupanya baju suami tengah giat dipotong dan dicantum - cantum. Dekat 5 kali aku ulang - alik kedai nak ambik baju, sudahnya pukul 11.50 malam tadi tailor called kata baju baru siap. Macam pelesit aku drive nak ambik baju. Bayangkan tengah - tengah malam buta meredah kepekatan malam semata - mata nak pastikan suami dapat berbaju raya di pagi raya, Gigihnya aku. Mithalinya aku. Nasib baik tailor tu bagi diskaun kalau tak, memang lahh memanglahhhhh! Sayu sambil feeling - feeling aku iron baju suami. Abang kena ingat ni bangggg, ayang punya perjuangan nak dapatkan baju abang niiii!

Baju raya suami.
 Preparation lain awal - awal lagi aku setelkan. Ni tinggal nak isi kuih dalam balang aje. Yang lain semua dah ready. Alhamdulillah. Tahun ni jugak buat pertama kali nak bagi duit raya kepada budak - budak. Kalau tahun - tahun sebelum ni aku tak pernah kasi pun duit raya. Bagi kat emak abah, adik dengan anak - anak sedara je. Budak - budak datang rumah kasi makan kuih je. Duit raya takde. Tahun ni, alhamdulillah rezeki lebih maka merasalah kau budak - budak duit raya. kalau kau komplen sikit memang aku piat telinga kau sorang - sorang. Dapat duit raya kena cakap apa? Syukur, alhamdulillah. Tahu?

Tahun ni Adam dah pandai jalan, pheww kerja nanti nak mengemas meja ajelah ye. Baju raya Adam pun dah siap iron.Alahai tak sabar nak tengok hero tecitt mama pakai baju raya, Mesti comel macam mama. Ehem.

Phewwww alhamdulillah siap jugak semuanya. Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu rahmat dan kebahagiaan buat kami sekeluarga. Tak sabar nak beraya esok! Yayyyyyyyy!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.
Dari aku dan family.
Raya datang rumah!

Dah.KBhai!

Read More»

Perjuangan Pada Hari Terakhir Bersekolah

Bukan perjuangan apa pun tapi lebih kepada perjuangan membuang jauh - jauh rasa malas dalam hati. Dari pagi asyik merengek - rengek dekat suami kata taknak pergi sekolahhhh taknak pergi sekolah. Buat macam - macam alasan kata demam laa, sakit perut laa, alasan kasut sekolah basah je aku belum bagi. Sumpah aku rasa malas gila nak datang sekolah. Ni kalau anak - anak murid aku baca ni confirm semua keji aku dalam hati. Haishhh!

Datang sekolah dengan penuh pengharapan mudah - mudahan anak murid aku yang nakal - nakal takkan datang sekolah hari ini. Jadi cikgu tak perlu stress - stress berganda nak melawan perasaan malas dan juga sebel nak melayan anak murid yang kadang - kadang peel masing - masing macam nak mintak penampar sorang - sorang. Tapi macam tak berapa nak makbul doa dan harapan tu sebab on the way ke sekolah ramai pulak aku tengok muka - muka palat tengah tunggu bas. Haishhh! Rajin pulak kau datang hari ni!

Sampai sekolah raya sayu pulak sebab kosong je bilik guru area tempat aku duduk. Kalau tahun lepas kepoh - kepoh bermaafan sesama kami tapi tahun ni sedih sebab aku dah ke petang kan. Jadi tak dapatlah nak  bermaaf - maafan, yang lagi sayu tak dapat nak beraya pusing rumah kawan - kawan dengan diorang tiap - tiap kali balik sekolah, macam tahun - tahun lepas. Sobb sobbb sobbb.

Untuk mengubat hati yang berduka nestapa, aku kemas tempat duduk aku. Maklumlah semangat raya membuak - buak, jadi sebelum cuti seminggu aku kemaslah tempat duduk aku. Susun - susun buku, sapu - sapu habuk, hias - hias sikit. Barulah nampak macam bagus - bagus gitu. Lagipun kelas aku start pukul 3.35 petang. Banyak masa lagi.

Serious kalau tahun depan masa hari guru ada anugerah meja guru paling ngetop senang - senang je aku menggondol kejuaraan.
Sebab dah terlampau rajin tambahan lagi aku kesiankan meja sebelah yang serabut macam tempat jin bertendang, maka aku kemaskan sekali meja jiran tetangga. Sakit hati jugak kemas meja jiran ni tahapehapelah kertas zaman bila dia simpan taknak buang dengan habuk dengan lipas mati celah buku. Ita kau kena menghargai jiran yang baik macam aku ni weh. Hargai aku seadanya. Hahah!

Ita, bangga tak meja kau dah kemas sedunia?
Dan yang paling buat aku sedih bila ada kuih dua bekas atas meja aku. Ni mesti kakak - kakak aku yang prihatin tinggalkan kuih atas meja. Kasih sayang berpanjangan betul. Tapi yang lagi buat aku bertambah sedih rupanya kuih tu bukan free tapi kena bayar satu bekas RM25! Sob sob sob!

Kuih ni sedap! Nama dia Kuih Datin sebab bentuk dia poyo and macam good - good aje. Nak rasa mehlah datang rumah aku! Hehe!
Maka dengan ini dapatlah aku bercuti dengan tenang dan tenteram. Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu kebahagiaan dalam diri aku dan keluarga tercinta. Tak sabar nak bawa Adam pergi beraya rumah sedara - mara dengan kawan - kawan. Mesti comel bila dia buat perangai notty. (Comellah sangat, padahal rasa nak cubit!) Yayyy Adam dah boleh collect duit raya!

Untuk semua readers / stalkers / haters  .geek in the pink. sahabat - sahabat, bloggers, saudara mara, anak - anak murid, skandal - skandal, jiran - jiran kampung, artis - artis Malaysia, Pak Lah, Datin Rosmah eh semua semualah ye aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432Hijrah. Aku mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki atas segala keterlanjuran selama ini. Maaf zahir dan batin. Raya jemput datang rumah ye!

Dah.KBhai!

Read More»

Awak Takdeeee Kita Adeeeeee!

Ada rasa macam nak penampar tuan blog tak? Jangan jangan jangan! Tapi bila asyik tengok header bertukar - tukar, tuan blog pun rasa macam nak tampar diri sendiri. Bilalah agaknya aku nak buat header yang ala - ala matang dan menggambarkan diri sendiri sudah tua eh matang dan nampak imej - imej pendidik gitu? Nampaknya buat masa sekarang, readers sekalian harus bertabah dengan perangai aku yang masih belum nak melupakan zaman kanak - kanak aku. Chill la, aku baru 28 tahun. Muda belia lagi. Kehkeh. Muntah muntah.

Nak nampak lagi childish, sempena hari raya yang bakal menjelma tak lama lagi, maka aku menghadiahi diri sendiri header perasan edisi raya feat. doodle free dari Mel Amalina. Thanks banyak - banyak Mellllllll! Nampak tak blog aku dah ada semangat berhari raya? Kehkeh.

Banyak lagi sebenarnya kerja nak buat tapi sempat lagi curi masa nak update blog. Adam pun dah tidur haaaa aman bahagia sikit. Takdelah asyik nak kejar - kejar dia keliling rumah. Aku nak cari ilham nak hias ruang tamu supaya ruang tamu aku boleh bergaya ala ala kondo mewah. Citarasa kena tinggi walau duduk kat kampung. Barulah update dengan perkembangan semasa namanya. Serabut jugak nak hias ruang tamu sebab tahun ni aku dah bakar sofa lama. Untuk sofa ruang tamu aku pakai sofa bed dengan Ottoman je. Jimat ruang! Tapi tulah masalah nak hias dia bagi nampak gah sikit tu yang aku dok terkeruk - keruk kepala dari tadi. Korang kalau ada idea kongsi dengan aku meh meh meh.

Ruang tamu aku pink! Yayyyy! Padan muka semua orang yang tak mencintai pink dalam rumah aku. Hahahaha aku dah tukar ruang tamu jadi pink pink pink sedunia! Weeehuuuuu! Terima kasih Abah tolong catkan!

Oh idea silalah datangggg!

p/s : Wohoiiiii Embun, tolonglah aku kemas rumah. Pemalas betul anak dara Pakcik Isnin yang sorang ni. Tau membuta je.

Dah.KBhai!

Read More»

Senarai Kesyukuran Saya (Part 2)

Dua tahun lepas, aku buat senarai kesyukuran aku yang pertama. Dengan harapan biar aku jadi manusia yang tau nak bersyukur yang tak selalu merungut and rasa gembira sedunia dengan hidup yang aku jalani sekarang.

Akhir - akhir ni bila banyak benda tak best yang jadi, jiwa kacau dan gundah gulana, maka terfikir untuk menghasilkan senarai kesyukuran yang kedua. Semoga aku akan lebih menginsafi diri dan menjadi manusia yang tau untung. *Mode ustazah*

Maka inilah perkara - perkara yang aku sangat - sangat bersyukur :

1. Aku bersyukur kerana setiap bulan masih mampu mencukupi keperluan sendiri dan juga emak abah dan juga adik aku yang kaki pow tu.

2. Aku bersyukur dikurniakan suami yang penyayang, penyabar dan kacaknya pun boleh tahan jugak.

3. Aku bersyukur tidak termasuk dalam kategori guru - guru yang dibenci di sekolah oleh anak - anak murid.

4. Aku bersyukur kerana masih boleh dipanggil cantik walaupun gemuk dan tidak seksi seperti waktu dahulukala lagi.

5. Aku bersyukur bangun pagi tiap - tiap hari masih boleh peluk cium sayang Emak. Masih boleh duduk bawah ketiak emak.

6. Aku bersyukur jerawat kat muka dah tak banyak macam dulu and dah boleh bergaya anggun di mana saja aku berada.

7. Aku bersyukur dah kurus sikit dari dulu - dulu sejurus selepas aku selamat melahirkan Adam. Hoyehhh!

8. Aku bersyukur dapat pergi jalan sana sini tanpa risau serangan pengganas ataupun anjing gila.

9. Aku bersyukur dikurniakan Allah hati yang masih tahu rasa takut azab jika membuat durja dan dosa dan sentiasa cintakan taubat dan kebaikan.

10. Aku bersyukur Adam sekarang tidak lagi mudah batuk dan selesema macam dulu.

11. Aku bersyukur suami cukup tabah melayan karenah aku yang merepek - repek setiap hari.

12. Aku bersyukur dikurniakan Allah kesihatan yang baik tanpa sebarang penyakit kronik yang melampau.

13. Aku bersyukur adik aku tak terjebak dalam kancah pergaulan bebas dan mat rempit.

14. Aku bersyukur berada dalam keluarga yang harmoni dan saling melengkapi.

15. Aku bersyukur kami adik beradik cantik - cantik semuanya.

16. Aku bersyukur abang - abang ipar aku bagus - bagus semuanyadan bukan terdiri daripada kalangan penagih dadah.

17. Aku bersukur dapat berbaik - baik dan menjalin silaturrahim dengan orang yang dulunya giat bermusuhan.

18. Aku bersyukur masih boleh mambaca Al-Quran dengan tajwid yang boleh tahan betulnya dan tidak merangkak - rangkak.

19. Aku bersyukur dapat hidup sampai sekarang.

20. Aku bersyukur dapat mencintai dan dicintai dua lelaki dalam satu masa.

ALHAMDULILLAH SYUKUR ATAS NIKMAT - MU YA ALLAH.

 Semoga aku tidak akan menjadi manusia yang kufur nikmat Mu Ya Allah.

Dah.KBhai!

Read More»

Apa Yang Aku Paling Takutkan

Pisang yang berbuah dua kali.

Aku selalu mengharapkan, bila kita berbuat baik dengan orang, maka besarlah juga harapan kita untuk orang membalas kita dengan perbuatan yang baik - baik. Bila kita sayangkan orang, maka of courselah kita harapkan orang itu juga akan menyayangi diri kita. Dan dan dan bila kita bersahabat, maka besarlah impian kita supaya persahabatan yang terjalin dapat bertahan dan kekal sampai bila - bila. Aku ni kalau dah berkawan memang baik dengan orang yang aku anggap kawan tu. Susah senang (InsyaAllah) tolong menolong, ingat - mengingati. Bak kata Mat Salleh "I've got your back covered,bro!" Maka begitulah.

Aku paling takut kalau - kalau ditikam kawan baik sendiri. Zaman remaja aku agak kucar - kacir bila kawan sendiri, yang kita percaya, yang kita anggap kawan sampai mati, siap berpegang pada prinsip "Janganlah kita kawan - kawan bergaduh kerana lelaki". Sampai macam tu sekali. Tapi, kawan tu jugaklah yang dah menconteng taik ke muka kita. Yang dah hampakan dan kecewakan kita.

Bila dah besar - besar ni, aku tak berkawan dengan ramai orang. Maksud aku, aku kawan dengan semua orang. Tak pilih bulu. Tapi untuk rapat dan berkongsi masalah suka duka tu aku agak tertutup sikit sebab aku takut benda yang lama jadi kembali. Definisi sahabat pada aku agak berbeza. Sahabat yang aku maksudkan kat sini adalah insan yang boleh kita kongsikan suka duka, bahagia gembira kita bersama. Yang akan bantu kita dalam hidup, menjauhkan kita dari melakukan kerja - kerja yang jahat.

Apa perasaan korang, kalau kawan korang sendiri yang korang sayang, yang korang percaya sanggup bercakap benda yang bukan - bukan dibelakang korang, disaat korang melalui zaman - zaman kejatuhan dan kesukaran? Depan korang, baik gila pijak semut pun tak mati tapi belakang korang, kata - katanya MasyaAllah, terluka tersayat hati mendengar.

Lakonannya adalah yang terbaik sedunia. Depan aku, dialah yang menjadi tempat aku meluah rasa. Tempat aku mencurah segala isi hati dan setiap ketidakpuas hatian, tapi belakang aku... haih. Aku sangat - sangat tak sangka, dia sanggup keluarkan kata - kata tu semata - mata untuk mengutuk aku. Demi untuk menjatuhkan maruah aku, sanggup dia memburuk - burukkan aku dengan orang lain. Dan yang paling aku kesal dan terkilan, dia melobi semua orang untuk jangan berkawan dengan aku. Ya Allahhhhhh. Apa salah aku pada kau wahai sahabat?

Aku baru tau benda ni minggu lepas bila seorang hamba Allah tunjukkan pada aku sms - sms kawan aku ni yang beriya - iya mengutuk aku. Keji nistanya buat aku hilang arah sebentar. Apatah lagi bila suami turut terkait sama. Serious, aku rasa dunia gelap sekejap. Terbayang saat - saat manis aku habiskan dengan dia. Bergelak ketawa, keluar bergembira, masing - masing meluah rasa. Tidur sebantal makan sepinggan. Aku rasa itu adalah dari dunia yang berlainan. Aku tahan air mata dari mengalir. Cukup - cukuplah aku menangis untuk sahabat yang tak layak untuk aku panggil sahabat.

Terbayang bila mana aku sanggup mempertahankan dia dari menjadi umpat keji orang lain, rupa - rupanya aku sendiri yang menjadi umpat kejinya. Ya Allah.

Aku siap demam eh, kerana tak sanggup berdepan kenyataan yang kawan baik aku sendiri sanggup buat aku macam tu.

Manusia, selalu buat aku confuse sorang - sorang. Dan Allah lah tempat aku mencurah segala isi hati, kekecewaan, dan perasaan aib yang tak tergambar. Betapa selama ini aku layan dia dengan sebaik - baik layanan, rupa - rupanya kebaikan dia pada aku hanyalah semata - mata lakonan. Ya Allah.

Sudahlah.

Mungkin Allah nak tunjukkan siapa kau yang sebenar. Nak  nak lagi benda ni jadi di bulan mulia penuh keberkatan. Aku harap kau bahagia dengan hidup yang kau jalani.

Terima kasih banyak - banyak. Kau ajarkan aku erti hidup.

(Geli betul ayat macam drama...)


Blah.

Read More»

Orang Tua Berjiwa Kanak - Kanak Ribena

Phewiitttt dapat kad raya! Hahaha kad raya pertama untuk tahun ni. Student bagi. Anak - anak murid yang lain derhaka sebab tak ingat langsung nak bagi aku kad raya. Korang memang tau. Sob sob! Tak sangka aku masih super teruja bila dapat kad raya. Terbukti bahawa skill aku nak jadi kanak - kanak ribena masih ada lagi. Ada ke students aku yang lain boleh cakap apa, "Teacher nanti wish raya kat FB jelah ehhh.." Wahwah korang. Ni lah satu benda yang aku malas kalau bercakap pasal teknologi ni. Kadang - kadang benda old school macam pos kad raya ke, pos kad birthday ke, hantar kad kahwin ke janganlah sampai guna FB je.  Benda - benda macam ni nampak je remeh, tapi sebenarnya lebih terkesan dalam hati.

Hari tu aku mintak kat suami kad raya, suami senyum je. Dulu masa zaman bercinta, tiap - tiap tahun aku tunggu kad raya dari suami (Boyfriendlah pada ketika itu) excited habis. Standard size A4 kad raya yang aku dapat dari suami. Siap bunyi - bunyi lagi. Haha. Kelakar bila difikir - fikir tapi memori semua tu. Nanti baca ayat - ayat suami yang sungguh jiwa - jiwa tu buat aku senyum sengih sorang - sorang. Sekarang dah tak dapat lagi ye,bang?

Comel kad raya aku dapat. Korang ada? Huhu!
Raya dah nak dekat tapi preparaion raya tak buat lagi ni. Kuih pun aku tak beli lagi. Adoiiii! Ingat nak borong kerepek ajelah. Senang and sedap. Kan? Aku nak mintak suami belikan lampu raya yang bentuk ketupat tu. Dari kecik aku teringin nak ada lampu liplap liplap tu. Macam cool kentang je. Nanti tunggu suami free, tak kerja, nak pow dia lampu raya bentuk ketupat. Yiahooo! Kan dah kata aku orang tua yang berjiwa kanak - kanak ribena. Hoho!

p/s : Jangan membazir. Duit simpan. Hujung tahun kena beli roadtax. Haih!

Read More»

Hati - Hati Memilih Perkataan

Huwaaaarghhhh lamanya aku tak update blog? Sebenarnya banyak nak cerita, banyak nak kongsi banyak nak dicarutkan diluahkan tapi sebab banyak jugak benda yang jadi yang menuntut pengorbanan masa (cehwahh padahal bantai tidur manjang!) maka aktiviti mengupdate blog terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Tengoklah malam karang kalau aku rajin and Adam tidur awal, aku updatelah blog yang picisan neh. Bukan ada yang rindu pun kalau aku tak update blog. *Tangan ke bahu mata ke atas*

Lagipun sekarang ni bila blog dah dalam pemerhatian pihak berwajib ni,maka aku haruslah lebih peka dalam setiap entry yang aku buat. Apa guna buat entry yang menyentapkan orang lain, yang melukakan hati orang lain, yang mengaibkan orang lain. Aku rasa macam looser pulak bila pernah terjebak buat entry - entry yang macam tu. Serious menyesal. Lepas ni takkan ada lagi. Aku janji. Kalau ada lah katakan aku terrrrbuat entry macam tu, silalah keji aku secara berjemaah. Aku rela.

Sumpah aku rindu nak update.

Nanti - nanti ye.

Dah.KBhai!

Read More»

Di Bahuku Sendiri Aku Temui Satu Kekuatan

Chill.

Aku ni manusia biasa. Aku tau marah. Aku tau malu. Aku tau kecewa. Aku tau memaki. Aku tau mengeji. Aku tau mencaci. Persis manusia normal seperti kamu - kamu yang lain.

Dalam diri aku yang penuh ketidaksempurnaan ini, adanya seketul daging yang di panggil hati.


Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai.
p/s : Readers, bagi aku satu tips paling berkesan mengawal api kemarahan, pelisssss?

Dah.KBhai!

Read More»

Kalau Baik Tu Anak Papa, Kalau Nakal + Aneh + Gedik Tu Anak Mama!

16 Ogos 2011, genap Adam Irfan Xaharis Bin Hafizal berusia 13 bulan. 1 tahun 1 bulan. Bijak, nakal, semua pun datang siap in one package. Dah takleh nak remove - remove dah. Terima seadanya. Alhamdulillah dah pandai jalan dengan riang rianya, dah pandai panjat - panjat, dah pandai sorok - sorok bawah dapur, dah pandai majuk, pandai menggedik, semua dah dia pandai dah. Sekarang pun dah jarang sakit, alhamdulillah.

Adam punya obsesi adalah dengan bola. Kalau nampak bola mesti rasa teruja jerit - jerit. Kat mana - manapun kalau nampak bola nanti jadi tak ketahuan hala. Nak tak nak terpaksa belikan. Kalau hari tu kejam sikit maka buat - buat tak nampak bola tersebut dan terus berlalu pergi. Cakap belum pandai lagi. Sikit - sikit bolehlah. Adam suka menjerit. Pekak telinga orang kampung kalau dengar dia menjerit.

Dan dan dan yang selalu buat kami suami isteri pening kepala adalah perangai dia yang memang entah hape hape. Lucu. Kadang - kadang boleh buat darah naik jugak. Haih! Macam last week aku belikan dia bakul bola dengan bola berbiji - biji sebab aku dah sedia maklum dia memang sukakan bola apatah lagi kalau bola tu berwarna - warni. Memang dia teruja bagai nak rak!

Comel! Aku pun siap teruja main sama dengan Adam!
Tapi, instead of main bola tu betul - betul, dia boleh pulak sepah - sepahkan bola tu and masukkan kepala dia dalam bakul net tu sambil jalan sana sini sengih - sengih. Bila aku marah nanti dia menjerit sekuat hati! So, aku biarkan ajelah dia main dalam bakul tu dengan gembiranya.

Wah! lagi gembira dia main dalam tu!
Buat muka sengih dia!
Nampak sesungguhnya sinar ke'notty'an dia!
Olohlohlohloh!
Papa senang je, kalau perangai macam ni, semua pun dia kata perangai aku. Kalau perangai yang baik - baik tu, hah dia laaaa punya perangai. Haish!

Dah.KBhai!

Read More»

Rabu Tanpa Kata - Kata (3)

Perangai sapa?

Dah.KBhai!

Read More»

Angka Yang Membuatkan Aku Tersenyum Lebar

Genap sebulan yang lepas, aku tulis entry ini. Sejak daripada itu,azam diet aku bukan lagi main - main. Walaupun kadang - kadang aku terjerumus juga ke lembah maksiat makanan, tapi lepas tu cepat - cepat aku bertaubat dengan cara mendetoxkan badan dan berlari setempat macam kena denda masa zaman belajar Pendidikan Jasmani time darjah 4 Cempaka dulu. Aku taknak dipandang sebelah mata oleh Sue, idola kurus aku. Aku taknak Sue kecewa dengan aku. Aku taknak Sue meluat dengan aku. Aku taknak Sue pandang aku sebelah mata. Walaupun aku punya diet tak dahsyat macam Sue yang workout kaw - kaw punya, aku buat dengan cara old school iaitu cut down carbs and sugar. Cehceh! Terus speaking! Nyampah tak? Disamping tu, adalah aku lari - lari sikit, loncat - loncat sikit. Alahhh buat ada - ada orang kata.

Masa aku tulis entry tu sebulan lepas, berat aku masa tu main - main dalam lingkungan 66-67-68 kg. Memang sebal, memang annoying bila gemuk dan tak mampu nak membahagiakan diri sendiri. Tapi, dengan penuh semangat dan keazaman, perlahan - lahan aku dah stop makan malam. Paling lewat aku makan pukul 8, lepas tu tak makan lagi dah. Cool blog aku minum time terasa nakkkkkk sangat makan, no more fast foods and junk foods. The only benda yang aku memang gagal nak lupakan adalah cokelaat. Tapi aku makan dalam 2 minggu sekali ke, atau kalau dah tak tahan sangat, aku gigit sikit buat lepas gian.

Dan bila suami mula noticed perubahan fizikal aku, and dia puji aku, Arghhhh aku rasa sangat heavenlah! Memang pun aku buat semua ni untuk dia. Untuk dia. Untuk dia!

Bila tiba bulan puasa, alhamdulillah aku dapat kurangkan makanan yang aku rasa tak perlu. Tak lagi makan kuih - kuih yang manis, aku banyakkan (wajibkan) makan buah kurma time buka puasa, walaupun aku minum air batu macam orang gila, tapi aku kurangkanlah jenis minuman + makanan manis yang aku bedal. Contohnya, kalau dah banyak makan manis, maka air aku kurangkan. Kalau dah banyak minum air manis, kuih aku makan sikit je. Gitu. Nasi tetap aku makan. Tapi ambik sikit je, lebihkan lauk dan sayur.

Lepas solat Maghrib, kadang - kadang aku exercise sikit - sikit. Buat keluarkan peluh. Takdelah sampai lari 5km hari - hari ke apa, buat sit-up sampai lebam ke, tapi aku cubalah buat aktiviti fizikal biar tak nampak sangat macam unta padang pasirnya.

Dan alhamdulillah, usaha keras aku membuahkan hasil bila aku timbang berat aku pagi tadi. Hampir - hampir aku tak percaya. Rasa macam nak nangis tapi tak nangis la. Nanti, bila dah capai berat badan ideal, aku melalak jugak kot! Huhuhu! Aku timbang berkali - kali dalam waktu yang berbeza, time belum berbuka, time lepas berbuka, lepas buang air, lepas mandi, angka yang ditujukkan sama je. iaitu......

60 kg! Alhamdulillah Ya Allahhhhhhh!
Maknanya, tolak tambah aku dah kurang 6-7 kg sepanjang aku diet betul - betul ni. Alhamdulillah Ya Allah. Aku bersyukur sangat - sangat. Bukan nak riak ke apa, tapi aku terhutang budi kat Sue and semua yang dah beri aku galakan untuk turunkan berat badan. Aku taknak terlampau gembira sangat walau dalam hati rasa memang berbunga - bunga. Selagi aku tak macam Megan Fox, selagi itu aku akan terus berusaha dengan penuh kegigihan! Figure aku belum cantik lagi pun, masih ada bump and lump here and there tapi insyaallah, aku berusaha ke arah itu. Pelan - pelan kayuh! Berbaloi aku tahan nafsu makan, berbaloi aku tahan perut lapar time malam, berbaloi aku tak makan fast food. Berbaloi aku exercise sampai badan lenguh - lenguh. Berbaloi, Ya Allah!
Bila suami puji, suami semakin suka peluk and beri semangat untuk aku teruskan diet semakin bersemangat aku nak kurus! Nak cantik! Nak jadi yang hebat - hebat untuk suami.  Walaupun suami tak pernah mintak - mintak aku kurus ke apa, tapi aku tau dalam hati dia, kalau aku kurus, dia rasa happy jugak. Kan kan kan?

Ya Allah, perkenankanlah hajat ku ini Ya Allah! Chayok chayokkkkkk! Memang selama ni pun, niat aku cantik dan nak kurus adalah untuk suami. Semoga hati aku terus tabah dan penuh semangat serta keyakinan! Hieyaaahhhhh! Insyaallah, bila aku dah kurus nanti, aku takkan lupa diri. Takkan pakai baju sendat, takkan pakai baju seksi. Tetap menutup aurat, tetap pakai labuh - labuh dan besar - besar. Insyaallah.

Mode : Gembira dan berbangga.


Dah.KBhai!

Read More»

Nasihat Untuk Orang Yang Degil, Keras Kepala Iaitu Aku Sendiri.

Membenci itu senang. Perasaan jengkel yang akhirnya akan membuahkan dendam. Dendam itu pula penyakit hati yang susah diubati. Orang yang hebat adalah orang yang meminta maaf jika ternyata dia salah dan memberi maaf jika dia disalahi. Menerima nasihat dengan hati yang terbuka walaupun nasihat yang diterima bukan gula - gula telinga yang enak - enak untuk didengari. Untuk menjadi insan yang lebih mulia disisi Allah dan manusia secara amnya, berani berubah untuk kebaikan diri dan menerima kesalahan diri dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.

Nescaya, setiap hari - hari yang kau lalui umpama hari - hari bahagia yang sentiasa membawa sinar.

Bersyukurlah jika masih ada yang sudi menasihati. Itu tanda kau masih ada yang mengambil peduli.

-Norhayati Isnin, 2011-

 Sesiapa rindu aku boleh tatap wajah kesayangan kalian ini. Ni namanya muka budget artis. Nak muntah pun bolehhhh.

p/s : Entry yang ditaip ketika azan subuh berkumandang. Semoga lebih barokah. Amin!

Dah.KBhai!

Read More»

Terima Kasih Kawan - Kawan

Terima kasih semua. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Allah saja yang dapat balas budi baik kalian semua. Mulai hari ini .geek in the pink. akan cerita yang best - bestttttt saja. Kalau ada entry touching - touching emo - emo pun insyaAllah akan di sampaikan dengan cara yang penuh hemah dan tatasusila. Taknak ada orang yang sentap, taknak ada yang terasa. Korang, kalau aku ada buat entry merapu lagi korang marah aku yeh?Yeh?

Terima kasih Puan Tasa, Aina Nini Hartini, Miera, Deep, Haza, Azie Azman, Kak Mimie Osman alaaaa semua - semualah yang dah banyak nasihatkan aku, tunjuk mana buruk baiknya dengan entry aku yang sebelum - sebelum ni.

Untuk update : aku dah cuba nak berbaik, nak clearkan keadaan, tapi aku buat semana yang aku terdaya sebab dia still kata aku yang salah, aku nak sakitkan hati dia and things. Aku malas nak berbahas lagi sebab semakin banyak aku cakap nanti semakin parah jadinya. Again, ayat cliche aku, Allah Maha Tahu. Insyaallah.

No more about her after this. Aku perlu fokus pada kebahagiaan aku sefamily.

Thanks Nini Hartini atas nasihat yang buat aku banyak berfikir. Thanks so much!

Dan dan dan terima kasih untuk Personal Lawyer aku kerana memberikan legal advise yang tip top! Janganlah sentap sayang! Hihihi!

Dah.KBhai!

Read More»

Tips Untuk Menjadi Pemandu Hot Di Jalan Raya.

Ecehwah tajuk tips macam bagus - bagus je aku. Padahal kalau drive boleh tahan menaikkan amarah pengguna jalanraya yang lain. Hehe. Okey ni bukan tips - tips pemanduan, ni tips - tips kelihatan cool kentang je.

Sebenarnya dah berkali - kali jugak Farrel tu number platenya hilang secara misteri. Dah banyak kalilah jugak nanti tiba - tiba je number plate dia rongak. Kurang kacak sikit lah dia. Dah tak boleh nak ngorat kereta - kereta ganteng yang lain. Secara tak langsung, jatuhlah reputasi aku selaku pemandu yang cool kentang bila memandu kereta yang tidak kecukupan number platenya. Nak nak lagi dah hampir 3 minggu aku drive Farrel dengan number plate tak cukup. Karang kalau kena tahan JPJ, layak lagi ke aku membuat muka comel minta dikasihani?

So pagi tadi kebetulan sekali nak pergi servis Farrel so terus tukarkan dia punya number plate. Tak de nya nak ganti huruf - huruf yang hilang, aku ganti baru terus. Sesekali tukar imej dia, maka taklah lagi dia kelihatan seperti kereta tua yang dah takde harga lagi. Kacak sikit ah jadinya nanti. Haha.

Muka bersemangat nak pergi sekolah. Mentang - mentang kereta baru lepas basuh. Berkilat - kilat! Wiwiwittttt!
Teka ini adalah apa? Make up? Salahhhh! Ini adalah pewangi kereta yang sangat best baunya. Bau white musk. Lepas tu yang buat dia special, dia macam glittering. Stylonya rasa! Beli kat tempat tukar number plate Farrel jugak dengan harga RM25! Phewwww!
Plate number asal. Huduh sangat dah.
Tadaaaaaaaaa! Yang baru! Carbon weh! Hahahaha!
Sekali lagi. Hehe.
Eh dah tu mana tipsnya? Okeh okeh, tipsnya adalah kalau number plate hilang cepat - cepat gantikan dengan yang baru. Barulah cool kentang!

Kehkeh. Adoi! Macam baru kena tipu!

Dah.KBhai!

Read More»

Sesabar Manapun Manusia Tetap Ada Batasnya

Ini mungkin akan jadi entry yang terpaling panjang, mungkin juga akan entry yang terpaling bosan. Tapi pada aku senang je, dalam hidup kita kena ada penutup, kena ada konklusi. Ini my last shot. Apa yang jadi lepas aku publish entry ni aku redha seredha redhanya. Bukan nak kata aku budget bagus ke, berlagak baik tapi macam mulut longkang ke, terserah. Sebab makin lama aku biarkan benda ni aku rasa menyampah pulak. Kadang - kadang orang perlukan pengajaran, kadang - kadang orang perlukan kesedaran. Dalam kes ni, aku rasa orang perlu dua - dua sekali.

Aku rasa dah lama betul budak ni buat entry yang memang ditujukan untuk aku, dan sebagai komen balas, aku ada jugak dedikasikan beberapa entry untuk dia, antaranya :
http://puterihati.blogspot.com/2011/08/stalker-jangan-sentap-sangat-dong.html
http://puterihati.blogspot.com/2011/08/bazaar-ramadhan-banyak-orang-gila.html
http://puterihati.blogspot.com/2011/04/dengar-sini-kakak-nak-pesan.html
http://puterihati.blogspot.com/2011/04/kita-tak-layak-langsung-nak-judge-orang.html
Tu jelah kot yang aku ingat, kalau - kalau ada lagi aku taktaulah, aku dah check sana - sini rasanya takde lagi yang tinggal. Yes. Memang entry tu aku tujukan untuk dia.Aku ni bukan muda lagi, umur aku bulan Oktober ni genap 28 tahun (Ceh sempat pulak nak promote birthday sendiri!) tapi aku sesungguhnya tak pandai nak menangani remaja bermasalah. Walaupun adik aku tu remaja jugak tapi dia takde menimbulkan masalah kat aku so far, alhamdulillah.

Aku ni mulut pun boleh tahan jahat jugak, tapi aku tak pernah nak kisahkan rumahtangga orang yang lagi tua dari aku. Nak - nak lagi kalau aku sendiri belum kawen, aku takut nasib yang sama menimpa aku. Ataupun esok - esok kalau aku ada anak, aku takut anak aku akan dapat nasib yang sama macam orang yang aku kutuk keji hina tu. Baik. Noted ayat aku di situ baik - baik.

Aku taktau di mana silapnya, kenapa dia benci sangat - sangat dengan aku, tapi yang pasti dia yang start semua ni. Sebab setahu aku, dulu masa kawan aku sorang tu marah gila kat budak ni sebabkan mulut dia ni jugak yang suka mengeji orang main emak bapak orang, aku sungguh - sungguh sabarkan kawan aku tu supaya bersabar banyak - banyak. Aku pesan kat kawan aku, tak payahlah sampai nak datang marah budak ni, nak pergi rumah dia segala. Aku cakap, budak ni jiwa tengah kacau (Sebab ada something jadi kat family dia)

Time tu aku rasa aku sungguh bersahsiah dan berhati mulia, sebab kalau aku tengokkkan perangai dia siap main emak bapak kawan aku ni memang dah masuk kategori melampau yang mintak pelempang punya.

And kalau nak tau kenapa dia jaki sangat dengan aku, aku tak boleh nak jawab. Dia je yang tahu jawapannya.

Banyak lagi entry - entry dia yang memang dia tulis pasal aku. Dan setiap kali dia menulis pasal aku, mesti dia takkan lupa nak mengeji hal pernikahan aku tanpa restu.Modal dia kalau mengkeji aku, tak lain tak bukan pasal aku yang kawen tak pernah dapat restu emak abah suami aku. Ye. Kepada yang belum tahu, biar semua tahu, Kepada yang dah tahu, emmm aku pun tak tau nak cakap apa.

Ye. Aku kawen emak bapak suami aku tak restu. Aku tak setaraf dengan anak dia. Aku jahat. Aku budak kampung biasa yang konon - kononnya nak mengikis duit suami aku. Hari aku bertunang, suami aku datang sendiri. Hari aku menikah, suami aku takde satu pun wakil dari keluarga dia kecuali Pakcik dia, Pakcik Husin. Hari kami bersanding, hanya dua orang pakcik dia yang datang majlis kitorang. Aku redha. Aku terima nasib aku. Aku terima jalan dan taqdir yang Allah dah tentukan untuk aku.

Tapi satu aku nak cakap dengan kau, demi maruah aku yang kau dan orang - orang macam kau selalu perkotak - katikkan, aku kawen walaupun emak bapak suami aku tak restu, satu sen pun aku tak guna duit emak bapak suami aku, atau duit suami aku. Majlis kat rumah aku dari yang sekecil - kecil benda sampai yang sebesar - besarnya 100% duit aku. Bukan nak riak, bukan nak ujub. Tapi ini hakikatnya. Berpuluh ribu yang aku spent, takde satu sen pun duit suami aku. Allah saksi aku. Lillahi Ta'ala. Dan dari tarikh aku bernikah sampai sekarang, satu sen pun aku takde bebankan suami aku dengan duit. Aku guna duit aku sendiri. 

Aku bukan riak, bukan ujub nauzubillah, tapi sepanjang pernikahan aku dan suami, aku senangi dia semampu aku, rezeki aku bila lebih aku kongsikan dengan suami, aku cukupi keperluan dia tanpa sikit pun aku rasa terbeban. Sebab aku bersyukur dia jadi suami aku, sanggup di buang keluarga (Pada masa itu) kerana bernikah dengan aku. Maka sebagai galang gantinya, aku tak pernah membebani dia. Sehingga Adam Irfan Xaharis selamat dilahirkan, satu sen pun aku tak pernah mintak dengan suami. Bila dia memberi dan menyediakan, maka aku terima. Tapi kata nak mintak itu - ini dengan dia, memang TIDAK SEKALI - KALI. Aku kawen dengan suami aku bukan sebab harta yang tak boleh nak bawak ke mati tu pun.  Teori aku kawen sebab nak harta, kau boleh buang jauh - jauh dalam longkang. Kalau nak tahu sangat kenapa suami aku pilih aku untuk jadi isteri dia, maka manusia paling tepat yang kau kena tanya adalah suami aku sendiri, sebab aku takde jawapan.

Ayat dia "Tapi kalau dari kecik dah di ajar macam tu, sampai dah ke tua pun perangai tu takkan berubah.." Sekarang apa hak kau nak libatkan emak abah aku sekali? Kalau nak kata aku jahat, kata aku sorang je tak payah nak libatkan emak abah aku. Emak abah aku didik aku dengan baik, kalau aku jahat, sebab aku yang jahat. Aku memang tak boleh terima dia nak libat - libatkan sekali emak abah aku yang takde dosa apa - apa langsung dengan kau. Jadi jangan sentap kalau aku panggil kau biadap. Seingat aku, aku tak pernah sebut apa - apa pasal emak abah kau. Noted disitu.

Kau kata aku dibenci, dipandang rendah dengan "family aku sendiri". Siapa family aku yang pandang rendah kat aku? Family suami aku? Makcik - makcik pakcik - pakcik sebelah family aku? Kau ingat aku kisah ke kalau orang nak benci aku? Hidup aku selama hampir 28tahun kat muka bumi Allah ni takde langsung bergantung dengan sedara - sedara yang langsung tak memberi guna dalam hidup kami sekeluarga. Asalkan emak abah aku, kakak - kakak aku yang tercinta, adik aku yang tersayang, abang - abang ipar aku dan yang penting suami aku kenal aku siapa, tahu aku yang sebenar - benarnya, yang lain - lain aku dah tak kisah dah. Isnin.com comes first. Yang lain? Never comes second.

Ye. Pakcik aku and makcik aku ada jugak yang turut menanam share memburukkan aku sekeluarga kepada keluarga mertua aku terutama emak dan bapak suami aku. Kitorang sedia maklum hal - hal macam ni. Takpe. Pandai - pandailah diorang hitung untung nasib masing - masing. InsyaAllah ada bahagiannya. Kalau benda betul yang disampaikan, namanya mengumpat. Kalau benda tak betul, fitnah namanya. Dah besar. Dah turun naik haji dan umrah. Fikirlah.

Well, kau suka nasihatkan orang macam kau bagus sangat kan? Kau suka sangat fikir yang kau baik, orang tak boleh judge kau dari luar, kau tak buat salah apa - apa, hakikatnya? Kau dengan Allah saja yang tahu. Modal kau balik - balik pasal aku kawen emak bapak mertua aku tak restu. Takde modal lain? Kenapa kau kisah sangat kalau emak bapak mertua aku tak suka, tak restu aku sekalipun? Demi Allah, saksi hakiki apa yang aku type dalam blog malam ni, kalau aku berdusta maka aku akan dilaknat, aku tak pernah cari pasal dengan kau at the first place. Kau timbang tara semula, siapa yang mulakan semua ni.

Aku takde masa nak jengah blog kau yang langsung tak bagi apa - apa informasi. Tapi kau kena ingat, kawan - kawan kau tu kawan - kawan adik aku jugak, diorang bukan bodoh, bukan buta huruf tak boleh nak baca apa yang kau tulis kat blog. Indirectly, diorang akan bagitau adik aku. Dan sebagai adik yang berjasa kepada keluarga, adik aku akan beritahu aku, manusia yang dibahan. Tapi alhamdulillah kawan - kawan adik aku semua berotak. Even adik aku sendiri kesian habis - habisan dengan kau. "Biarlah Kak Lina. Kadang aku kesian dengan dia. Kawan - kawan aku cakap orang kalau belajar setakat sampai SPM je memang macam tulah. Jumud. Cara berfikir terbantut." Betul jugak apa yang adik aku cakap. Ilmu ni kadang - kadang penting. Kalau bercakap guna otak kosong, memang haru - biru.

Ye. Memang aku cakap bf kau tak ada masa depan. So, kalau kau rasa terbakar dan tersentap, maka adillah apa yang kau rasa tu. Takkan kau je kot yang sedap menganjingkan orang. Bila terkena batang - hidung sendiri, tau pulak kau marah. So, buktikanlah yang bf kau ada masa depan. Dan yang paling penting, berilah jaminan yang perkahwinan kau nanti direstui semua orang, berdoalah semoga semua kejahatan yang kau buat takkan tertimpa kat anak - anak kau. Dan sentiasa beringatlah, kalau kau ada anak perempuan, atau anak lelaki,semoga mereka bila bernikah kelak pernikahan mereka direstui semua orang. Beri jaminan ini semua pada aku sekarang.

Pada aku, kalau kau nak kata aku jahat dan bermulut jahat, apa kurangnya kau?
Kau kata aku selalu memburuk - burukkan orang, apa kurangnya kau?
Kau kata aku kurang ajar, apa kurangnya kau?
Kau suruh aku jaga pertuturan, kau jaga tak pertuturan kau?
Kau suruh aku banyakkan berzikir, kau berzikir tak?
Mahu tau realitinya?
Apa yang kau cakap kat aku, adalah sebenarnya the exact things yang kau buat.
Alhamdulillah. Allah saksi hakiki aku, aku tak ada mengaitkan atau mengaibkan emak ayah kau atau keluarga kau yang lain. Tapi kau dah mengaibkan emak abah aku dan suami aku sebagai insan yang berhak mutlak ke atas aku. Secara tak langsung, kau mengaibkan emak bapak suami aku jugak. Salah silap kau pada aku, aku dah maafkan. Tapi pada mereka - mereka ni, kau fikirlah sendiri. Andai kata salah seorang ada yang meninggal, kau ingat macamana kau nak mintak maaf dari mereka? Mungkin sekarang ni kau boleh tersenyum sinis memperlekeh apa yang aku cakap, takpe. Aku sabar tunggu Allah tunjukkan kuasa Nya. 

Demi Allah, sebagai wanita yang belum berkahwin, kau tak ada hak untuk memperlekeh pernikahan aku yang sah dari segi syarak dan direstui Allah Maha Besar walaupun tak direstui manusia yang tidak abadi. Aku tak pernah malu bernikah dengan tak mendapat restu emak bapak mertua aku, sekurang - kurangnya aku tak berdosa melakukan zina, samada zina besar atau zina kecil, aku tak melakukan maksiat kerana lelaki itu sah menjadi suami aku, emak abah aku tak menanggung dosa andai kata aku keluar berdua tanpa nikah, andai kata aku melakukan maksiat atau apa yang dilarang. Disitu, taraf aku jauh berjuta kali ganda lebih mulia dari orang yang bercinta kononnya direstui emak ayah tapi takde langsung sebarang ikatan nikah. Ye, nampak remeh di mata kau. Sebab kau tak sedar.

Kau marah bila orang kata pasal kau, tapi bila kau kata pasal orang, ada kau fikir perasaan orang?

Dik, semua salah kau pada akak, akak dah maafkan.Dosa kau mengeji, mengata akak, akak dah maafkan. Akak tau kau akan baca entry ni. Akak nak datang rumah kau, nak berjumpa empat mata dengan kau, tapi suami akak tak beri izin. Akak tak pasti samada dia terluka, atau kerana dia memikirkan yang sepupu dia adalah suami kakak kau. Akak ikhlas. Sebab akak takut tak dapat nak maafkan kau andai kata akak meninggal dan kau tak sempat nak minta maaf dari akak. Tapi akak mintak maaf, akak tak dapat nak maafkan kau bagi pihak suami akak, emak akak, abah akak dan sesiapa yang terlibat selain akak.

Kau cakap akak menutup keburukan akak dengan mendajalkan orang lain, itu paling akak tak boleh nak terima. Akak tak pernah menjahati kau, malah sesiapapun dengan niat nak menutup keburukan diri. Dik, keburukan diri ni tak payah nak ditutup - tutup, suatu masa Allah akan tunjukkan juga.

Kalau lepas ni kau masih nak mengeji, nak mengutuk dan membahan yang pernikahan akak tak direstui emak bapak suami akak, kau masih nak mengeji peribadi akak, masih nak kutuk akak macam - macam samada di blog ataupun secara lisan dengan masyarakat, maka terputus kemaafan akak di situ. Itu urusan kau dan Penilai Hati Yang Maha Mengetahui.

Dengan bersaksikan Allah Yang Maha Kuasa, walau apapun yang kau tulis / cakap lepas ni hanya Allah yang layak memberi perhitungan.

Bila Allah memberi izin dan restu Nya untuk aku dinikahi suami pada tarikh 10 Oktober 2008, tepat selepas Isya' maka sesungguhnya itulah restu dan redha yang paling superior memberkati pernikahan aku.

Suamiku (Hafizal Elias) Emak, abah, kakak - kakak, adikku, maafkanlah aku andainya pernikahan aku ini memalit arang yang berpanjangan ke muka kalian, insan - insan yang aku sayang.

Ya Allah, 
Penilai hati yang hakiki, kau lihatlah batinku Ya Allah. Andai ternyata aku yang bersalah, maka kau laknatilah aku Ya Allah. Kau tunjukkanlah kekuasaanMu Ya Allah. Demi Allah, Tuhan Esa Yang Maha Adil, aku sabar dan penuh redha menunggu pembalasan dan penganugerahan kemanisan iman dari Mu Ya Allah.

Assalamualaikum.

Read More»

Hebatnya Kuasa Doa Di Bulan Ramadhan

Aku kena ingatkan dulu sebelum apa - apa. Sebelum kena keji berbakul - bakul. Ini bukan entry budget bagus atau perasan cun walaupun aku terbukti secara klinikal memang cun banget kata orang. Langsung bukan entry mintak simpati derma barang singgit dua bagi membeli handbag mahal berjenama Coach ehem. Ini hanyalah entry berbaur keinsafan yang aku nak kongsikan dengan semua orang, tak kisahlah korang nak dengar ataupun tidak.

Semalam, lepas solat Maghrib. Aku tak taulah kenapa aku sedih sangat - sangat. Banyak yang aku doakan, banyak yang aku mintak. Banyak yang aku ngadukan kepada Dia, penilai hati yang Maha Kuasa yang Maha Esa. Sampai tersengguk - sengguk bahu aku menahan sedih yang entahlah susak aku nak cakap macamana. Dan aku doakan supaya rezeki aku diluaskan, diberkati dan aku akan sentiasa kecukupan supaya aku dapat lunaskan hutang - piutang aku, hutang masa belajar, loan bank dan sebagainya. Ini memang aku mintak betul - betul. Aku niat sesungguhnya nak bayar hutang, biar aku hidup aman dan tak dibelenggu keresahan.

Dan sesungguhnya Allah Maha Besar Maha Kaya Maha Penyayang,
Dengan taqdir Allah Yang Maha Esa hari ini tiba - tiba Allah bukakan jalan untuk aku melunaskan hutang - hutang aku. Bantuan Allah datang dalam cara yang aku tak terbayang. Dalam cara yang aku tak pernah terfikir langsung. Alhamdulillah Ya Allah. Dan aku takkan sekali - kali lupakan yang duit tu akan aku gunakan untuk melunaskan hutang - hutang yang ada. Aku pun dah cash outkan duit Nuffnang, sedikit sebanyak boleh jugak aku guna untuk bayar hutang atau beli benda - benda yang sebelum ni aku berguling - guling nak beli. Walaupun tak banyak, tapi cukup alhamdulillah untuk menggembirakan hati aku.

Ya Allah bantuan datang dari Allah buat aku rasa kerdil, langsung tak berguna. Aku hambaNya yang aku rasa tak layak dibantu. Selalu membuat dosa, lalai dalam melaksanakan suruhanNya. Alhamdulillah Ya Allah. Semoga aku menjadi insan yang lebih baik, muslimah yang berguna kepada agamaMu Ya Allah.

Amin. Ya rabbal al amin!


Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.

Read More»

Suami Saya Dan Ketika Cinta Bertasbih

Aku bukan suka sangat tengok cerita Indon. Lagi - lagi kalau bab yang bersiri tah hape - hape tu. Ingat lagi aku masa Bawang Merah Bawang Putih. Dah macam hape entah rakyat Malaysia ni. Sanggup tinggal anak bini semata - mata nak tengok cerita tu.

Tapi lately sejak - sejak Astro bagi channel free tu suka pulak aku dengan satu sinetron islamik nih. Kira hari - hari jugaklah aku tengok. Sambil - sambil tu boleh belajar sabar, cakap lemah - lembut macam Anna Althafunnisa'. Lembut jeeee kalau bercakap dengan suami dia. Jauh panggang dari api bebenau dengan aku neh. Ehem.

Satu hari suami sama - sama tengok TV dengan aku, tiba - tiba ada movie KCB2 ni kat channel Pelangi, aku sibuk cakap dengan suami, aku kata aku nak tengok. Mula - mula suami macam gelak - gelakkan aku nak tengok cerita Indon, lama - lama aku tengok dia pulak yang khusyuk melebih - lebih mengalahkan aku. Siap tanya itu ini kat aku, memang betul - betul excited. Time ni kitorang tengok kat TV hall depan.

Bila Azan Maghrib dah bunyi (Waktu berbuka puasa) kitorang pun bergalih ke dapur. Sampai dapur dia hidupkan pulak TV dapur, siap sambung tengok kat TV dapur. Lepas makan cepat - cepat dia sambung tengok sampailah aku bising - bising suruh dia solat Maghrib. Kelakar pun ada tengok suami duduk penuh khusyuk kat depan TV. Macam budak - budak tengok Upin Ipin!


Start daripada hari tu, dia pulak yang rajin ingatkan aku kalau cerita ni keluar kat TV. Nanti dia pun sama - sama tengok dengan aku. Alahai sukanya aku. Mana - mana yang baik boleh kitorang manfaatkan dalam kehidupan kami sehari - harian sebagai suami isteri.

Cuma bab ada anak super notty yang suka panjat grill je belum dipertontonkan dalam sinetron ni memandangkan Ustaz Azam dan Anna belum ada baby lagi. Kalau tak, boleh juga aku nak belajar cara - cara menangani anak yang super lincah. Haih!

Dah. Itu saja. Tak bermanfaat sangat.

Babai!

Read More»

Wanita Cantik Yang Melahirkan 4 Puteri Cantik

9 Ogos - setiap tahun.

Seorang wanita cantik akan diraikan hari kelahirannya. Membuktikan kelahirannya ke dunia bukan sesuatu yang sia - sia. Dia tak pernah kisahkan pendapat dunia, cuma asal 4 puterinya mendamba kasihnya. Maka selama itu wanita cantik itu akan bahagia.

Emak. Dan cucu emak.
Terlalu banyak yang Lina nak tulis untuk emak. Mungkin akan jadi panjang dan berjela - jela. Tapi Lina sum up kan jadi satu ayat je eh? Tanpa emak, Lina ni tak ada harga.
Selamat Hari Lahir yang ke 57,emak. Semoga emak dirahmati Allah. Diberi kesihatan sepanjang usia, kenikmatan, keberkatan dari Allah Yang Maha Esa.

Lina gila kalau tak sayang emak.

Muah muah muah!

Dah.KBhai!

Read More»

Kecittt Hati Dengan Suami

Benda ni dah lama sebenarnya, lebih kurang 2 minggu lepas. Tapi aku baru teringat nak update. Kira acilah kan eh eh eh!

Semuanya bermula dari mulut suami yang tak ada insurans. Gara - gara aku lambat solat Isya' malam tu (Masa ni aku berlingkar kat katil dengan penuh gembira sekali) suami panggil aku 'Isteri Yang Malas Solat'. Ya Allah terlukanya hati aku masa tu. Suami cakap dengan nada marah and serious. Aku memang sentap habis. Aku taulah salah aku sebab dah pukul 10 malam pun aku belum solat lagi. Tapi aku sesungguhnya rasa yang suami tak patut panggil aku macam tu. Hatiku sungguh terluka, tersiat dan pecah berkeping - keping takkan bisa diobati lagi.

Lepas suami cakap macam tu, tiba - tiba dia terdiam dan masih berdiri kat hujung katil. Satu malam tu kami tak bercakap. Aku tidur menghadap arah lain. Malam tu dalam keadaan mamai - mamai aku dapat rasa suami peluk aku tapi aku tak bagi respons apapun. Konon - konon marahlah. Eh bukan konon - konon, ini memang betul - betul marah. Huh!

Esok paginya suami pergi kerja, dia cium aku macam selalu tapi aku buat muka sardin. Tak sengih - sengih macam selalu. Aku buat bodoh je. Pandang pun tidak. Hati aku masih sakittttttt bangat dek kerana insiden malam tadi. Yang buat aku lagi marah, dia tak minta maaf sikit pun kat aku. Cis cis! Menyumpah sikitlah aku dalam hati.

Sepanjang hari tu aku berfikir, apa yang berlaku. Patut ke tak patut. Entahlah. Hati aku masih marah time tu, jadi apa yang aku fikir pun negatif memanjang. Aku sikit pun tak fikir yang positif. Sebalnya hati aku ni Allah saja yang tahu. Memang amarah melampau. Sehinggalah hari menjelang malam, time yang hampir - hampir sama ketika kejadian semalamnya berlaku, suami datang pada aku.

Dia cium aku berkali - kali, berulang kali bagitau aku yang dia sayangkan aku, dan ini yang dia bagitau aku;

"Sepanjang hari abang tak boleh nak buat kerja. Abang teringat Lina sepanjang masa. Hati tak tenang, buat kerja semua tak kena. Abang mintak maaf salah abang. Abang tau abang salah. Abang ni salah. Mulut abang ni jahat. Abang mintak maaf ye sayang. Abang semalam penat sangat, entah apa yang abang fikir. Abang mintak maaf."

Tak jadi aku nak merajuk lebih lama. Aku faham, apa - apa hal dosa aku dia yang menumpang sharenya. Redhalah aku ketika itu ditegur suami kerana lewat solat Isya'. Dan dan dan nak tahu hasilnya? Aku sekarang lebih alert dengan waktu solat especially bila ada dengan suami. Azan je insyaAllah aku terus cepat - cepat solat. Aku taknak suami panggil aku "Isteri Malas Solat" Terhina sungguh aku dengan panggilan tu.

Redha suami tu redha Illahi jugak.

Intan payung aku.
Motif? Jangan malas / lewatkan waktu solat!

Dah.KBhai!

Read More»

Liyanaa Lunia Wehhh! Innanie Ariffin Sila Makan Hati Pelisssss!

Aku memang suka stalk blog perempuan comel yang blog dia comel jugak nih! Hari - hari rasanya aku klik blog dia berkali - kali. Suka baca previous entry dia la macam nak duduk exam. Kehkeh. Tak sangka dia sudi datang blog aku and follow blog yang entahapehape ni. Terharunya! Sobsob!

Follower number 811 - Liyanaa Lunia! Haaaaaa semputttttt!

p/s : Innanie Ariffin gurlfren awak kita kebas dulu! Hahahahaha!

Read More»

Stalker Jangan Sentap Sangat Dong!

Phewwww panas betul hari ni. Tapi hopefully takde hati - hati yang panas lepas datang blog aku yeh. Aku taknak bertanggungjawab kalau ada yang kena serangan jantung ke hape kan. Nanti tanjat boboiiii!

Stalker ni kan suka sentap - sentap tau. Datang sini, baca at your own risk laaaa.. Kalau nak sentap - sentap, duduk rumah diam - diam.

Aku belum tahap nak panggil orang anjing ke apa kan. Tapi aku tahap manusia sedar diri, kalau dah memang aku lawa, of courselah kena budget lawa. *Kelip - kelipkan mata*

Tapi bila orang lain dah panggil kau anjing,apa kau nak buat? Doakan ajelah yang baik - baik.

(Errrr aku terpublish awal la pulak. Kecah sangat nak masuk kelas tadi. Kehkeh!)

p/s : Satu je aku nak tengok, berapa lama dia dengan boyfriend dia yang takde masa depan tu boleh bertahan. Sampai kawen ke atau putus di tengah jalan. Bagus sangat macam kau tau je kuasa Allah and apa perancangan Allah untuk kau di masa depan. 

Idiot!
 
p/s/s : Terima kasih kepada si pemberi maklumat. Appreciated though!

Read More»

Bazaar Ramadhan Banyak Orang Gila!

Takut betul sekarang nak pergi bazaar Ramadhan kat pekan Parit Ya'ani sebab toleh sana nampak orang gila, toleh sini nampak orang senget! Gegurl rasa tak secure! Gegurl serammmm! Gegurl takutttt!

Tadi, masa kat bazaar, ada orang gila naik motor berdua. Pusing sana pusing sini tak beli apapun tapi mata melilau macam mata peragut jalanan tengok handbag wanita. Orang gila tu lelaki tau! Takut gegurl. Tetiba bila orang gila tu lalu tepi gegurl dia jeling gegurl! Tanjat gegurl! Gegurl rasa tanjat sangat sampai nak terludah orang gila tu kat muka. Nasib baik puasa. Astaghfirullah!

Pastu masa nak balik, gegurl nampak orang gila jugak. Tapi kali ni perempuan tau. Pun buat muka itik dengan gegurl. Kusss semangat. Tanjat gegurl buat kali kedua. Tapi nasib baik dia buat muka itik je, kalau dia buat lebih - lebih gegurl cubit mulut dia.

Pastu pastu, yang lagi buat gegurl tanjat, rupanya orang gila lelaki dengan orang gila perempuan ni pergi dating! Waaaahhhh pasangan bercinta rupanya! Tanjat gegurl buat kali ketiga!

*Tangan ke bahu mata ke atas*

p/s : Satu lagi entry sinikal tajaan minyak urut cap kaki cagu.

Read More»

Tikar Terbang..ang.

Sekarang ni aku sedang berenak - enak tergolek - golek dalam bilik sebelum aku bangun dah menyetelkan pulak kain yang tak berlipat yang dah membukit. Relaks kejap sebab pagi tadi aku dah berhempas pulas punggah almari + sofa sebab buat flooring kat hall and hall tengah. Tadi masa tengah buat kerja tak rasa penat sangat tapi lepas mandi + solat baru terasa penat ya ampun! Bukan penat sangat pun tapi lebih kepada haus. Kecik besar je aku tengok botol coca cola kat dapur. Kalau taruk ais sikit, perghhhhh!

Yang aku sakit hati, sepanjang proses flooring tu, aku tengok Embun sedappppp je tidur sambil sengih - sengih. Entah mimpi apatah. Mimpi makan tauhu bakar agaknya. Grrr!

Tiap - tiap tahun, kalau aku tengok tikar getah emak macam dah nazak je, memang aku gantikan. Dulu masa belum kerja, time study, duit PTPTN kasi tu aku simpan sikit untuk beli apa - apa yang patut. Pernah duit PTPTN + duit kocek suami mitorang kumpul and belikan emak sofa. Terharu tak? Masa tu kerusi kayu rumah aku memang dah super bangsat rupa parasnya, nak nak lagi raya dah nak dekat dah so kitorang beli sofa PVC maroon tu dengan harga RM950 plus coffee table free. Perghhh rasa dia memang puas sangat!

Memanglah emak tak mintak, tapi aku rasa emak pun suka kot kalau sesekali raya rumah dapat di cantik - cantikkan. Embun pun mesti suka kalau rumah cantik, kerusi cantik. Nanti kawan - kawan dia datang, takdelah dia malu sangat. Kadang - kadang kalau budget lebih, aku cat rumah luar dan dalam. Rasanya dah bertahun jugaklah rutin ni aku buat. Cat rumah memang ternyata mengundang kegembiraan kepada aku dan keluarga. Rumah jadi cantik, berseri - seri. Aku bahagia.

Kuih pulak kalau time raya selagi tak penuh meja memang tak sah. Macam membazir kan? Tapi aku puas hati dapat belikan emak kuih - kuih yang dulu masa aku kecik tak dapat aku nak rasa. So bila besar, dah kerja, dah ada duit sikit, aku faham - faham sendirilah. Rapikan rumah sedapatnya untuk menyambut hari berbahagia.

Macam raya tahun ni, aku tukarkan tikar emak dari hall sampai ke dapur. Aku tau emak happy. Mana tak happy kalau rumah naik seri. Cadangnya kalau budget lebih insyaAllah, aku nak tukar sofa. Sofa yang lama dah berhabuk, bau pun dah lain. Dah koyak - koyak dah pun. Aku nak beli sofa murah - murah je. Simple. Tapi masih anggun bergaya. InsyaAllah.

Nampak macam senang. Tapi trylah pasang tikar kalau kau nak
tau langit tinggi ke rendah.
Kalau boleh, aku nak bahagiakan emak dengan adik aku dulu sebelum aku bahagiakan diri aku sendiri. Takpelah kot dalam usia macam ni aku belum ada rumah sendiri, belum ada harta sendiri. Jalan hidup kita lain - lain. Masing - masing ada ceritanya sendiri. Aku kalau boleh nak duduk dengan emak sampai emak dah tak ada. Baru aku keluar cari rumah sendiri.

Orang kata aku save budget, takpayah keluar rumah bayar duit rumah semua. Hakikatnya, niat aku Allah saja yang tahu. Aku nak jaga emak. Taknak emak sunyi, taknak emak rasa sepi. Ye, aku tau aku anak yang baik. *Muntah*

Sekian saja cerita tikar pada hari ini.

Dah.KBhai!

Read More»

Adam Kuat Menyengih!

Siapa nak tengok Adam punya sengih secara life angkat tangan! Hehe!



Tolonglah abaikan suara Mak Nyah itu. Haishh!
Dah.KBhai!

Read More»

Budak Kecit Fitting Baju Raya

I tell youuuu! Dia punya excited mengalahkan aku. Sengih manjang macam dia sorang ada baju baru. Yang spoil nya, songkok dia takmoh pakai. Haishhh!

Imam muda. Insyaallah
Sempat lagi nak buat muka samseng. Huhu!
Nama sapa cayangggg?
Dari tepi muka macam anak ayam.

Sesiapa ada anak gegurl yang ingin dijodohkan dengan anak aku boleh PM sekarang. Duit hantaran boleh kawtim lagi. Aku tak memilih besan asalkan berharta sudahlah. Hahaha.
Dah.KBhai!

Read More»

Hasad

Aku merujuk kepada seorang yang bijak pandai tentang permasalahan hati. (Seorang pakcik tua yang pandai membaca hati manusia). Aku luahkan pada dia, tentang manusia - manusia yang membenci aku. Aku nak tau kenapa. Dan ini yang dia bagitau aku :

"Kau ni ada potensi. Orang - orang ni nampak potensi kau. Jadi, mereka tak senang hati. Tunggu peluang nak cari salah kau. Bila dah jumpa salah kau, ni yang dibesar - besarkan. Tak boleh tengok muka kau. Pantang nampak muka kau, kerja nak bergesel aje. Tak boleh jumpa."

Aku balas "Tapi saya cikgu biasa je, pakcik. Saya bukan ada pangkat"

Pakcik tu sambung,

"Ini yang namanya hasad dengki. Kau tau sabar? Kau boleh sabar?Tunggu. Sikit masa lagi kau tengok. Allah nak bagi apa."

Aku *Terkulat - kulat sambil buat muka seposen*

Dah.KBhai!

Read More»

Kalau Buat Perangai Comel Teacher Mestilah Sayang!

Anak - anak aku 1C tu kadang - kadang memang buat darah aku naik jugak. Dengan bisingnya, dengan pot petnya, dengan degilnya. Kadang - kadang aku terasa jugak macam nak rendam diorang dalam kolam ikan keli kat belakang sekolah tu. Nasib baik saki - baki kesabaran aku ada lagi.

Kadang - kadang aku bagi kerja bukan diorang nak siapkan pun. Bila aku tanya mana kerja yang diorang kena siapkan, nanti sorang - sorang buat muka itik minta dikasihani. Kadang - kadang kalau aku dah geram sangat aku libas jugak rotan sedas dua. Buat pengajaran. Sebelum rotan aku baca bismillah dulu, doa supaya rotan tu tak tinggalkan bekas. Kehkeh. Karang kalau mak bapak diorang datang, takkan aku pulak nak buat muka itik minta dikasihani. 

Tapi hari tu tetiba je masing - masing buat perangai baik - baik aja. Aku suruh diorang discuss untuk presentation Poem : The River wahhh masing - masing tunjuk perangai angel. Dengan bincang penuh perasaannya, dengan tanya aku makna, tanya nak sebut macamana, dengan penuh semangatnya. Nasib baik aku tak terus keluar beli nombor ekor. Kalau tak kompom kena juta - juta.

Dalam hati bangga jugak ni. Bukan selalu anak - anak ni buat perangai malaikat. Maka harus dihargai dan digunakan semaksimumnya. Alhamdulillah, presentation berjalan lancar.

First group. Malu - malu. Lempang baru tau. Haha!
Group malu - malu jugak. Tapi present best!
Anak - anak gadis aku. Masing - masing perangai buat aku pening kepala.
Anak - anak bujang aku yang emphhhhhh...
Bila aku puji, masing - masing muka tersipu - sipu. Menyampah! Huhu. Macam nilah bagus anak - anak. Teacher pun senang hati semua orang dapat belajar dengan aman. Kan? Takdelah teaher mati muda skit jantung!
Dah.Kbhai!

Read More»

Bila Suami Puji

Aku tengah sikat rambut bila suami tiba - tiba peluk dari belakang. Malas aku nak layan kalau mood mengada - ngada dia datang.

"Eh!" Tetiba dia macam terperanjat. Aku pun terperanjat samalah.
"Lina (Nama panggilan aku kat rumah) dah kuruslah. Pinggang dah ramping ni!" Sambil dia pegang pinggang aku dengan dua - dua belah tangan. Aku diam je. Tapi dalam hati aku macam nak jerit - jerit macam orang gila.

"Ingatkan tak perasan.." Aku jawab sambil buat - buat macam takde apa - apa yang jadi. Padahal dalam hati. Huhuhu. Suami senyum je sambil terus peluk aku dari belakang.

Elehhh, dulu kata kalau aku gemuk ke apa ke dia tetap sayang. Hakikatnya, kalau aku kurus dia jugak yang gembira! Hahahaha! Sayyyyang abang!

Boyfriend saya!
Aku belum kurus pun. Cuma dah turun sikitttttt je. Ecewahhhhh! Chayok chayok!

Dah.KBhai!

Read More»

Perempuan Bermulut Jahat

*Hari ni aku insaf sedikit berbanding hari - hari lain. Hari ni aku tangani kemarahan dengan penuh berhemah. Amin!*

Siapa yang datang baca blog aku hari - hari mesti ada ketikanya terperasan jugak ada timenya aku meluahkan rasa marah, rasa tak puas hati, rasa kurang senang aku terhadap sebilangan manusia kat atas muka bumi ni. Itu satu reaksi standard aku kira. Semua manusia pun tak berkecuali. Cuma macamana manusia tu meluahkan, haa tu yang berbeza.

Kadang - kadang bila aku tulis sesuatu dalam keadaan marah, ayat - ayat yang aku gunakan memang ishhh dahsyat and menyakitkan hati mereka - mereka yang terkena. Itu juga standard bagi aku sebab kalau tengah marah, setan memang suka, Tu yang ayat yang keluar pun dah berbaur setan. Tapi tu tak bermaksud aku dengan setan akrab ye kawan - kawan. Tidak! Tidak!


Dan aku juga sedia maklum kalau manusia yang kita palatkan dalam blog akan datang dan membaca blog aku. Kau jugak kena bersedia dengan kemungkinan - kemungkinan yang bakal berlaku. Yelah, dah kau syok - syok memalatkan orang, kalau orang tuh sentap maka haruslah kau bersedia dari segi fizikal dan mental. Mana tau dia bawak abang long kawasan ke datang cubit perut kau,kan.

Kalau orang nak panggil aku perempuan mulut jahat pun aku terpaksa redhalah kan. Nak buat macamana. Takkan nak harapkan orang panggil aku "Princess comel" sepanjang masa. Tak semua orang suka kau. Tak semua orang suka tengok muka kau. Sila noted ah.

Aku bercakap (Menulis) berdasarkan apa yang aku rasa, apa yang aku alami. Bezanya cuma, aku meluahkan di blog. Bukan menyebar pada manusia lain secara lisan dan menokok tambah. Tak tak. Tu bukan cara aku. Dan aku tak suka bercakap belakang - belakang ni. Itu sifat orang pengecut. Tapi bukanlah bermakna aku suka serang orang depan - depan cakap itu ini. Tu pun bukan sifat aku jugak. Aku lebih suka diam dan pendam. Paling kuat pun aku membebel kat dalam blog. Itu saja.

Cuma apa yang aku kesalkan, kenapa mesti nak bercakap belakang aku kalau niat untuk menegur aku. Kenapa mesti terus libatkan orang atasan tanpa orang kata 'sound' aku dulu. Aku seorang yang matang dalam menerima teguran tapi sungguh tak matang dalam menerima kutukan belakang. Aku rasa semua orang pun sentap kalau kau main kutuk belakang. Cuba kau yang kena. Rasa apa? Rasa oren?

Aku mintak maaf kalau ada hati hati yang aku lukakan dengan apa yang aku tulis ni. Bukan senang nak mintak maaf atas sesuatu yang aku rasa bukan salah aku. Tapi sebagai manusia yang cintakan kedamaian, aku mintak maaf.

Cuma jangan berlakonlah depan aku.

Aku cool.

 Senyum. Selagi boleh.

Dah. KBhai!

Read More»