Wednesday, August 17, 2011

Angka Yang Membuatkan Aku Tersenyum Lebar

Genap sebulan yang lepas, aku tulis entry ini. Sejak daripada itu,azam diet aku bukan lagi main - main. Walaupun kadang - kadang aku terjerumus juga ke lembah maksiat makanan, tapi lepas tu cepat - cepat aku bertaubat dengan cara mendetoxkan badan dan berlari setempat macam kena denda masa zaman belajar Pendidikan Jasmani time darjah 4 Cempaka dulu. Aku taknak dipandang sebelah mata oleh Sue, idola kurus aku. Aku taknak Sue kecewa dengan aku. Aku taknak Sue meluat dengan aku. Aku taknak Sue pandang aku sebelah mata. Walaupun aku punya diet tak dahsyat macam Sue yang workout kaw - kaw punya, aku buat dengan cara old school iaitu cut down carbs and sugar. Cehceh! Terus speaking! Nyampah tak? Disamping tu, adalah aku lari - lari sikit, loncat - loncat sikit. Alahhh buat ada - ada orang kata.

Masa aku tulis entry tu sebulan lepas, berat aku masa tu main - main dalam lingkungan 66-67-68 kg. Memang sebal, memang annoying bila gemuk dan tak mampu nak membahagiakan diri sendiri. Tapi, dengan penuh semangat dan keazaman, perlahan - lahan aku dah stop makan malam. Paling lewat aku makan pukul 8, lepas tu tak makan lagi dah. Cool blog aku minum time terasa nakkkkkk sangat makan, no more fast foods and junk foods. The only benda yang aku memang gagal nak lupakan adalah cokelaat. Tapi aku makan dalam 2 minggu sekali ke, atau kalau dah tak tahan sangat, aku gigit sikit buat lepas gian.

Dan bila suami mula noticed perubahan fizikal aku, and dia puji aku, Arghhhh aku rasa sangat heavenlah! Memang pun aku buat semua ni untuk dia. Untuk dia. Untuk dia!

Bila tiba bulan puasa, alhamdulillah aku dapat kurangkan makanan yang aku rasa tak perlu. Tak lagi makan kuih - kuih yang manis, aku banyakkan (wajibkan) makan buah kurma time buka puasa, walaupun aku minum air batu macam orang gila, tapi aku kurangkanlah jenis minuman + makanan manis yang aku bedal. Contohnya, kalau dah banyak makan manis, maka air aku kurangkan. Kalau dah banyak minum air manis, kuih aku makan sikit je. Gitu. Nasi tetap aku makan. Tapi ambik sikit je, lebihkan lauk dan sayur.

Lepas solat Maghrib, kadang - kadang aku exercise sikit - sikit. Buat keluarkan peluh. Takdelah sampai lari 5km hari - hari ke apa, buat sit-up sampai lebam ke, tapi aku cubalah buat aktiviti fizikal biar tak nampak sangat macam unta padang pasirnya.

Dan alhamdulillah, usaha keras aku membuahkan hasil bila aku timbang berat aku pagi tadi. Hampir - hampir aku tak percaya. Rasa macam nak nangis tapi tak nangis la. Nanti, bila dah capai berat badan ideal, aku melalak jugak kot! Huhuhu! Aku timbang berkali - kali dalam waktu yang berbeza, time belum berbuka, time lepas berbuka, lepas buang air, lepas mandi, angka yang ditujukkan sama je. iaitu......

60 kg! Alhamdulillah Ya Allahhhhhhh!
Maknanya, tolak tambah aku dah kurang 6-7 kg sepanjang aku diet betul - betul ni. Alhamdulillah Ya Allah. Aku bersyukur sangat - sangat. Bukan nak riak ke apa, tapi aku terhutang budi kat Sue and semua yang dah beri aku galakan untuk turunkan berat badan. Aku taknak terlampau gembira sangat walau dalam hati rasa memang berbunga - bunga. Selagi aku tak macam Megan Fox, selagi itu aku akan terus berusaha dengan penuh kegigihan! Figure aku belum cantik lagi pun, masih ada bump and lump here and there tapi insyaallah, aku berusaha ke arah itu. Pelan - pelan kayuh! Berbaloi aku tahan nafsu makan, berbaloi aku tahan perut lapar time malam, berbaloi aku tak makan fast food. Berbaloi aku exercise sampai badan lenguh - lenguh. Berbaloi, Ya Allah!
Bila suami puji, suami semakin suka peluk and beri semangat untuk aku teruskan diet semakin bersemangat aku nak kurus! Nak cantik! Nak jadi yang hebat - hebat untuk suami.  Walaupun suami tak pernah mintak - mintak aku kurus ke apa, tapi aku tau dalam hati dia, kalau aku kurus, dia rasa happy jugak. Kan kan kan?

Ya Allah, perkenankanlah hajat ku ini Ya Allah! Chayok chayokkkkkk! Memang selama ni pun, niat aku cantik dan nak kurus adalah untuk suami. Semoga hati aku terus tabah dan penuh semangat serta keyakinan! Hieyaaahhhhh! Insyaallah, bila aku dah kurus nanti, aku takkan lupa diri. Takkan pakai baju sendat, takkan pakai baju seksi. Tetap menutup aurat, tetap pakai labuh - labuh dan besar - besar. Insyaallah.

Mode : Gembira dan berbangga.


Dah.KBhai!

18 comments :

Mimie. said...

wahhh jeles..haritu diet sebulan trun 8kg.hehe skrng pn still on diet.nk tiru petua akak lar sikit2.hehehe :)

ikaman said...

bg la tip nk kurus....teringin nk kurus tp cpat patah semangat..:(

nazahiahhalim said...

wah tahniah kak!

Innanie | Ariffin said...

YER LAH YELAH, MMG SAJE KAN BG KITE JELES!

Mrs. Adnan said...

Tahniah! Berbaloi-baloi kan..Ni yang rasa nak jaga badan gak ni..:)

Miss Tasantek said...

buat PT10 (ekesais lompat bintang) setiap hari...tapi janganlah lepas makan. lepas 2 jam makan. nnti kau kurus. pecayalah :)

cik nur said...

ya ampun sis congrates yaa
nie mcm nak bg semnagat dekat nur jaaa tuh la nur tgh mencuba lagi nie insyallah la yaa :)

Cik Puan Bunga said...

@Mimie.Wahhhhh! 8kg? Bestnya! Apa petua! Sharelah sikit! :D

Cik Puan Bunga said...

@ikamanTu kat atas dah bagi dah. :D

Cik Puan Bunga said...

@nazahiahhalimThanks Nazahiah! :D

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinAlaaaa sayaanggggggg! :D Hikhik!

Cik Puan Bunga said...

@Mrs. AdnanAlaaaa zila dah kurusssss! Jom jom jaga badan untuk suami! :D

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekYe?Nanti aku buat! HEHE!

Cik Puan Bunga said...

@cik nurChayok chayok Cik Nur! :D

Mrs. Adnan said...

Kurus disebalik baju je..cuba tanpa baju??selulit kus semangat..opss..bulan pose ni, censored! Bulan puasa ni baru turun 2kg..huhu. Sekurang-kurangnya awak ada petua, saya ni enggak ada dong!

Cik Puan Bunga said...

@Mrs. AdnanTakpe! Semoga terus cemerlang ye mengkuruskan badan! chayok chayok! :D

yayath said...

wahhh...tahniah CPB..hehehe:)

ohhhh..rasa x sabar nak kawen lorr...muahahaha:)^^

Cik Puan Bunga said...

@yayathThanks yayath! :D