Wednesday, August 3, 2011

Bila Suami Puji

Aku tengah sikat rambut bila suami tiba - tiba peluk dari belakang. Malas aku nak layan kalau mood mengada - ngada dia datang.

"Eh!" Tetiba dia macam terperanjat. Aku pun terperanjat samalah.
"Lina (Nama panggilan aku kat rumah) dah kuruslah. Pinggang dah ramping ni!" Sambil dia pegang pinggang aku dengan dua - dua belah tangan. Aku diam je. Tapi dalam hati aku macam nak jerit - jerit macam orang gila.

"Ingatkan tak perasan.." Aku jawab sambil buat - buat macam takde apa - apa yang jadi. Padahal dalam hati. Huhuhu. Suami senyum je sambil terus peluk aku dari belakang.

Elehhh, dulu kata kalau aku gemuk ke apa ke dia tetap sayang. Hakikatnya, kalau aku kurus dia jugak yang gembira! Hahahaha! Sayyyyang abang!

Boyfriend saya!
Aku belum kurus pun. Cuma dah turun sikitttttt je. Ecewahhhhh! Chayok chayok!

Dah.KBhai!

20 comments :

Shalina Samsudin said...

wowwww ! untunglah :D

Rai said...

rajin ko sikat rambut..laki aku asyik membebel je sbb aku malas sikat..hahaha..

ewah..romantika d amor gitu eh.. tak lama lagi boleh la adam dapat adik.ehehehe..

Miss Tasantek said...

aku doakan kau boleh kurus at least seperti sebelum melahirkan adam. ada lah figure sikit kan :) weE...

-[DeeYA]- said...

anda hebat!!!
berapa kilo dah turun?
rahsianye???

Innanie | Ariffin said...

eh..eh.. bulan pose ni... duduk renggang-renggang ye! hehehe..

wah2... puji ada makna ke tu cik abang. CPB memang cun pun!

bella bellitos said...

shaiyok chaiyok kak bunga. semoga puasa sebulan ni membantu akak kurus lg. nanti leh raya glamorous gitu kan kan.

ieyfa syifa said...

ape rahsienye ? hehe .

Cik Puan Bunga said...

@Shalina SamsudinTerima kasih! :D

Cik Puan Bunga said...

@RaiHahahaha ayoooo! kau biar rambut mengerbang mcm mak limah ke? kehkeh! adik adam? ohhhhhh nanti duluuuu.. hihi!~

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekDoa lebih sikit! Hahahaha!

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-Baru 4 kg. Hahaha. Org yg cakap, aku tak perasan apapun. hari tu kita dating, apa pendapat anda? nampak perubahan? aku kawal makan. Sifu shuhaili che musa ajar! hihi!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | Ariffinkahkahkah tak boleh blah! duduk renggang2 yeeee.. kihkihkih! ouhhh thanks! ;]

Cik Puan Bunga said...

@bella bellitosAminnnnn aminnnnnnn! :D

Cik Puan Bunga said...

@ieyfa syifakawal jumlah pengambilan gula. ecehwaahhhh!

Lea IsNaw! said...

ehemm..romantisnya

Cik Puan Bunga said...

@Lea IsNaw!Eh eh! :D Hihihi!

Rai said...

@Cik Puan Bunga

hahaha..hampeh ko..rambut aku pendek je..boyish gituh..aku tak suka rambut panjang sebab malas sikat..hahahaha..boleh gitew?

Nini Hartini said...

@Rai

haha..sama lah pulok? malas gile nak sikat rambut. selalu main ikatje.kehkehkeh

@Cik Puan Bunga

kak, tgk gambar akk xde lah gemuk ke ape... ok je(gambar yg akk ckp kaki akk dah kecik tu)

Cik Puan Bunga said...

@Raikehkehkeh ingatkan rambut panjang malas nak sikat! hahahaha!

Cik Puan Bunga said...

@Nini HartiniOoohhh Tiniiii tu dah kecik sikit dah. sebelum ni buntal jek! haha!