Wednesday, August 10, 2011

Hebatnya Kuasa Doa Di Bulan Ramadhan

Aku kena ingatkan dulu sebelum apa - apa. Sebelum kena keji berbakul - bakul. Ini bukan entry budget bagus atau perasan cun walaupun aku terbukti secara klinikal memang cun banget kata orang. Langsung bukan entry mintak simpati derma barang singgit dua bagi membeli handbag mahal berjenama Coach ehem. Ini hanyalah entry berbaur keinsafan yang aku nak kongsikan dengan semua orang, tak kisahlah korang nak dengar ataupun tidak.

Semalam, lepas solat Maghrib. Aku tak taulah kenapa aku sedih sangat - sangat. Banyak yang aku doakan, banyak yang aku mintak. Banyak yang aku ngadukan kepada Dia, penilai hati yang Maha Kuasa yang Maha Esa. Sampai tersengguk - sengguk bahu aku menahan sedih yang entahlah susak aku nak cakap macamana. Dan aku doakan supaya rezeki aku diluaskan, diberkati dan aku akan sentiasa kecukupan supaya aku dapat lunaskan hutang - piutang aku, hutang masa belajar, loan bank dan sebagainya. Ini memang aku mintak betul - betul. Aku niat sesungguhnya nak bayar hutang, biar aku hidup aman dan tak dibelenggu keresahan.

Dan sesungguhnya Allah Maha Besar Maha Kaya Maha Penyayang,
Dengan taqdir Allah Yang Maha Esa hari ini tiba - tiba Allah bukakan jalan untuk aku melunaskan hutang - hutang aku. Bantuan Allah datang dalam cara yang aku tak terbayang. Dalam cara yang aku tak pernah terfikir langsung. Alhamdulillah Ya Allah. Dan aku takkan sekali - kali lupakan yang duit tu akan aku gunakan untuk melunaskan hutang - hutang yang ada. Aku pun dah cash outkan duit Nuffnang, sedikit sebanyak boleh jugak aku guna untuk bayar hutang atau beli benda - benda yang sebelum ni aku berguling - guling nak beli. Walaupun tak banyak, tapi cukup alhamdulillah untuk menggembirakan hati aku.

Ya Allah bantuan datang dari Allah buat aku rasa kerdil, langsung tak berguna. Aku hambaNya yang aku rasa tak layak dibantu. Selalu membuat dosa, lalai dalam melaksanakan suruhanNya. Alhamdulillah Ya Allah. Semoga aku menjadi insan yang lebih baik, muslimah yang berguna kepada agamaMu Ya Allah.

Amin. Ya rabbal al amin!


Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.

15 comments :

Innanie | Ariffin said...

alhamdulillah.. dia memang maha mendengar dan maha penyayang. semoga rezeki tu dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh CPB.

p/s: duit raya jgn lupa~

Haneesa Fuad said...

begitulah hebatnye kuase ALLAH...memberi pada yang meminta...semoga rezeki akq sentiasa melimpah ruah...amin!!!!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinKalau awak yg dtg rumah mmg kompom dapat duit rayalah! Hehe! :D

alhamdulillah!

Cik Puan Bunga said...

@Haneesa FuadAmin alhamdulillah! Thanks nisa!

Miss Tasantek said...

kak, thanks tau. thanks sangat2. kau pon menjadi sebahagian dari pertolongan tuhan terhadap aku. :)

mimie said...

BUnga!
Rezki ramadhan namanya...Mmg lau kita berdoa, kene spesifik, details.Jd segalanya jelas & bermatlamat....
Jgn luper doakan org len jugak..moga2 meka juga akan mendoakan kebaikan wat kita...

** Nk wet Raya~ ngeh3x..

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekRezeki ada sikit, kita agih pada yang berhak. :D

Cik Puan Bunga said...

@mimieThnks kak. betul. sy mmg spesifik kan doa. allah yang maha mendengar! :D

p/s : duit raya untuk akak?akak la bg saya duit raya. sy budak kecit! huhu!

Rai said...

oh oh..aku nak jugak!! duit raya!! aku raya johor tahun ni..nanti kalau sempat aku raya rumah ko eh..

nanti ko email aku alamat rumah dgn no tepon ko..tak pun ko publish je kat blog..hahaha..

bantuan Allah selalu datang dalam bentuk yg kita tak terduga kan.. aku pun banyak kali dapat rezeki tak disangka2..yg penting jgn berputus asa..

Cik Puan Bunga said...
This comment has been removed by the author.
nur easy said...

cantiknya baju raya kat header tu..;)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyKehkehkeh! Thanks cik nur! :D

Rai said...

@Cik Puan Bunga

oipp..ko serius ke? aku gurau je.. segan la pulak aku nak beraya kat rumah ko..huhu..tapi kalau ko dah bagi alamat bagai..dah jadi mcm wajiblah aku datang kan..hehehe..

sayanggg ko..

Cik Puan Bunga said...

@RaiChettt kau bole ingat aku memain lah pulokkk! huhuhuhuhuhuhu! datang wehhh! kehkeh!

Miss Tasantek said...

alamat hide kak. bahaya.