Sunday, August 14, 2011

Nasihat Untuk Orang Yang Degil, Keras Kepala Iaitu Aku Sendiri.

Membenci itu senang. Perasaan jengkel yang akhirnya akan membuahkan dendam. Dendam itu pula penyakit hati yang susah diubati. Orang yang hebat adalah orang yang meminta maaf jika ternyata dia salah dan memberi maaf jika dia disalahi. Menerima nasihat dengan hati yang terbuka walaupun nasihat yang diterima bukan gula - gula telinga yang enak - enak untuk didengari. Untuk menjadi insan yang lebih mulia disisi Allah dan manusia secara amnya, berani berubah untuk kebaikan diri dan menerima kesalahan diri dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.

Nescaya, setiap hari - hari yang kau lalui umpama hari - hari bahagia yang sentiasa membawa sinar.

Bersyukurlah jika masih ada yang sudi menasihati. Itu tanda kau masih ada yang mengambil peduli.

-Norhayati Isnin, 2011-

 Sesiapa rindu aku boleh tatap wajah kesayangan kalian ini. Ni namanya muka budget artis. Nak muntah pun bolehhhh.

p/s : Entry yang ditaip ketika azan subuh berkumandang. Semoga lebih barokah. Amin!

Dah.KBhai!

6 comments :

Innanie | Ariffin said...

wah..wah... header baru, curlass kau kak...

Nini Hartini said...

Alhamdulillah, tini pun bersyukur sbb akk boleh menerima teguran.

tp psl bdk tu, sedih gak melihatnya..belum sah ikatannya, dah di publish kisah hidup dan gambar2 dgn lelaki yg haram disentuh.

bila difikir, kisah akk jauh lebih baik dari dia...

-buat adek (kalau baca)..jangan sentap eh.sekadar teguran sesama muslim. hubungan yg belum sah tu x perlulah dipamer di khalayak, akn mendatangkan fitnah je nanti.

senyum..senyum :)

Rai said...

aku tengok header ko asyik tukar je.. comel lah corak baju kurung tu.. -- sori..komen takde kena mengena..hahahaa

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinKehkeh! Lepas tension! Ngehngeh! :D

Cik Puan Bunga said...

@Nini HartiniUntuk jadi yg lebih baik, teguran tu mmg akak hargai sangat2. Terima kasih! :D Pasni boleh jadi tempat rujukan akak yg serba tak ketahuan neh! :D

Cik Puan Bunga said...

@RaiHeader bertukar sebagai tanda jiwa pun mahu bertukar! hahahaha! ecehwahhhhh!