Wednesday, August 3, 2011

Perempuan Bermulut Jahat

*Hari ni aku insaf sedikit berbanding hari - hari lain. Hari ni aku tangani kemarahan dengan penuh berhemah. Amin!*

Siapa yang datang baca blog aku hari - hari mesti ada ketikanya terperasan jugak ada timenya aku meluahkan rasa marah, rasa tak puas hati, rasa kurang senang aku terhadap sebilangan manusia kat atas muka bumi ni. Itu satu reaksi standard aku kira. Semua manusia pun tak berkecuali. Cuma macamana manusia tu meluahkan, haa tu yang berbeza.

Kadang - kadang bila aku tulis sesuatu dalam keadaan marah, ayat - ayat yang aku gunakan memang ishhh dahsyat and menyakitkan hati mereka - mereka yang terkena. Itu juga standard bagi aku sebab kalau tengah marah, setan memang suka, Tu yang ayat yang keluar pun dah berbaur setan. Tapi tu tak bermaksud aku dengan setan akrab ye kawan - kawan. Tidak! Tidak!


Dan aku juga sedia maklum kalau manusia yang kita palatkan dalam blog akan datang dan membaca blog aku. Kau jugak kena bersedia dengan kemungkinan - kemungkinan yang bakal berlaku. Yelah, dah kau syok - syok memalatkan orang, kalau orang tuh sentap maka haruslah kau bersedia dari segi fizikal dan mental. Mana tau dia bawak abang long kawasan ke datang cubit perut kau,kan.

Kalau orang nak panggil aku perempuan mulut jahat pun aku terpaksa redhalah kan. Nak buat macamana. Takkan nak harapkan orang panggil aku "Princess comel" sepanjang masa. Tak semua orang suka kau. Tak semua orang suka tengok muka kau. Sila noted ah.

Aku bercakap (Menulis) berdasarkan apa yang aku rasa, apa yang aku alami. Bezanya cuma, aku meluahkan di blog. Bukan menyebar pada manusia lain secara lisan dan menokok tambah. Tak tak. Tu bukan cara aku. Dan aku tak suka bercakap belakang - belakang ni. Itu sifat orang pengecut. Tapi bukanlah bermakna aku suka serang orang depan - depan cakap itu ini. Tu pun bukan sifat aku jugak. Aku lebih suka diam dan pendam. Paling kuat pun aku membebel kat dalam blog. Itu saja.

Cuma apa yang aku kesalkan, kenapa mesti nak bercakap belakang aku kalau niat untuk menegur aku. Kenapa mesti terus libatkan orang atasan tanpa orang kata 'sound' aku dulu. Aku seorang yang matang dalam menerima teguran tapi sungguh tak matang dalam menerima kutukan belakang. Aku rasa semua orang pun sentap kalau kau main kutuk belakang. Cuba kau yang kena. Rasa apa? Rasa oren?

Aku mintak maaf kalau ada hati hati yang aku lukakan dengan apa yang aku tulis ni. Bukan senang nak mintak maaf atas sesuatu yang aku rasa bukan salah aku. Tapi sebagai manusia yang cintakan kedamaian, aku mintak maaf.

Cuma jangan berlakonlah depan aku.

Aku cool.

 Senyum. Selagi boleh.

Dah. KBhai!

4 comments :

mimie said...

Sebenarnya kita jujur tuk meluahkan...tp segelintir manusia lebih suka & syg pd insan2 yg bermolot manis bila brcakp, suka puji2...( tp tgn kat bahu, mata tgok atas)...tp bila diakhirnya yg 'manis' tu abes..maka timbullah 'pahit'nya..( ni mcm dpn ckp len, belakang ckp len..pastu kantoi..) biarlah meka ngan dunia fantasi meka...kita yg jujur ni harus terus jujur..sbb kebenaran selalunya menyakitkan.....

CPB; bibir ko cute! hik3x....

Cik Puan Bunga said...

@mimieBetul. Sekarang ni hanya mampu membiarkan. Nampak macam lemah sangat kan? Hmmmm.

Oh tengkiu! Bibir i mmg menawan! Kahkah! *Perasaan!*

Rai said...

aku ni kurang sensitif kot..seingat aku, aku tak penah tau kalau ada org kutuk aku kat belakang..hahaha..tapi sapa tak penah kena kutuk kan..

sabar la bunga..bulan pose ni besar dugaan...besar pahala ko..

slamat beramal..

Cik Puan Bunga said...

@RaiAmin! Thanks Rai! :D