Senarai Kesyukuran Saya (Part 2)

Dua tahun lepas, aku buat senarai kesyukuran aku yang pertama. Dengan harapan biar aku jadi manusia yang tau nak bersyukur yang tak selalu merungut and rasa gembira sedunia dengan hidup yang aku jalani sekarang.

Akhir - akhir ni bila banyak benda tak best yang jadi, jiwa kacau dan gundah gulana, maka terfikir untuk menghasilkan senarai kesyukuran yang kedua. Semoga aku akan lebih menginsafi diri dan menjadi manusia yang tau untung. *Mode ustazah*

Maka inilah perkara - perkara yang aku sangat - sangat bersyukur :

1. Aku bersyukur kerana setiap bulan masih mampu mencukupi keperluan sendiri dan juga emak abah dan juga adik aku yang kaki pow tu.

2. Aku bersyukur dikurniakan suami yang penyayang, penyabar dan kacaknya pun boleh tahan jugak.

3. Aku bersyukur tidak termasuk dalam kategori guru - guru yang dibenci di sekolah oleh anak - anak murid.

4. Aku bersyukur kerana masih boleh dipanggil cantik walaupun gemuk dan tidak seksi seperti waktu dahulukala lagi.

5. Aku bersyukur bangun pagi tiap - tiap hari masih boleh peluk cium sayang Emak. Masih boleh duduk bawah ketiak emak.

6. Aku bersyukur jerawat kat muka dah tak banyak macam dulu and dah boleh bergaya anggun di mana saja aku berada.

7. Aku bersyukur dah kurus sikit dari dulu - dulu sejurus selepas aku selamat melahirkan Adam. Hoyehhh!

8. Aku bersyukur dapat pergi jalan sana sini tanpa risau serangan pengganas ataupun anjing gila.

9. Aku bersyukur dikurniakan Allah hati yang masih tahu rasa takut azab jika membuat durja dan dosa dan sentiasa cintakan taubat dan kebaikan.

10. Aku bersyukur Adam sekarang tidak lagi mudah batuk dan selesema macam dulu.

11. Aku bersyukur suami cukup tabah melayan karenah aku yang merepek - repek setiap hari.

12. Aku bersyukur dikurniakan Allah kesihatan yang baik tanpa sebarang penyakit kronik yang melampau.

13. Aku bersyukur adik aku tak terjebak dalam kancah pergaulan bebas dan mat rempit.

14. Aku bersyukur berada dalam keluarga yang harmoni dan saling melengkapi.

15. Aku bersyukur kami adik beradik cantik - cantik semuanya.

16. Aku bersyukur abang - abang ipar aku bagus - bagus semuanyadan bukan terdiri daripada kalangan penagih dadah.

17. Aku bersukur dapat berbaik - baik dan menjalin silaturrahim dengan orang yang dulunya giat bermusuhan.

18. Aku bersyukur masih boleh mambaca Al-Quran dengan tajwid yang boleh tahan betulnya dan tidak merangkak - rangkak.

19. Aku bersyukur dapat hidup sampai sekarang.

20. Aku bersyukur dapat mencintai dan dicintai dua lelaki dalam satu masa.

ALHAMDULILLAH SYUKUR ATAS NIKMAT - MU YA ALLAH.

 Semoga aku tidak akan menjadi manusia yang kufur nikmat Mu Ya Allah.

Dah.KBhai!
image