Monday, August 1, 2011

Shopping Terapi Terbaik Untuk Stress. Dengan Syarat : KENA ADA DUITLAH!

(Sebab kalau takde duit lepas tu kau berangan nak shopping jugak, maka ia akan menambahkan tahap stress yang sedia ada.)

Tapi kalau yang jenis - jenis degil macam aku, takde duit pun masih nak shopping jugak maka gasaklah. Sebarang kejadian aneh yang berlaku selepas itu kena tanggung sendiri.

Lepas Solat Maghrib tanpa membawa Adam (Budget feeling nak romantik - romantik dalam kereta) terus pergi Kluang Mall. Pheww minggu ni je dah berapa kali aku mencemar duli turun Kluang Mall. Macam dah terjatuh cinta pulak. BPMall apapun tak ada, apapun tak boleh. Sesekali shopping jauh sikit takpelah kan. Nasib baik aku tak turun Sogo shopping. Kerja gila jugak tu. Tapi tak dapat nak feeling sangatlah kan sebab aku kena bawak Embun sebagai galang - ganti tinggalkan anak aku kat rumah. Mak kata "Kau tinggal anak kau suruh aku jaga, maka ambil ini anak aku tolong jaga!" Wah takdelah gitu. Tu dialog aku buat sendiri. Jangan ambik serious pulak. Emak aku mana ada cakap bahasa gitu, emak aku sopan ayu, nyah!

Sampai Kluang Mall pun dah nak lewat dah. Dah pukul 9 malam. Nasib baik dah siap - siap isi perut dari rumah. Makan Yong Tau Fu beli kat pasar malam. Kalau tak, mesti perut kriukk kriukkk kelaparan. Aku mana boleh menahan lapar, nanti emosi tak pasal - pasal. Jejak je kaki kat Kluang Mall terus pergi kat kedai kesayangan family Isnin. Brand Outlet. Suka cari baju kat kedai ni sebab... entahlah. Aku suka. Murah. Cantik - cantik. Abah aku pun pakai baju beli kat kedai ni. Emak aku pun. Adik aku pun. Suami aku pun. Aku pun jugak. Arghhh tensennya takkan nak list kan sorang - sorang!

Nampak je macam sopan ayu menawan kalbu. Bab mengabiskan duit aku memang juara!
Aku rasa macam gonjol pulak pakai headband tak pasal - pasal.
Suka betul aku. Buat macam kedai bapak aku punya. Suka - suka fitting, suka - suka kambur baju, suka - suka punggah baju. Aku kalau masuk sini, tak cukup satu jam buat huru - hara. Lagi - lagi kalau suami yang cari baju. Memang boleh bawak khemah siap - siap bermalam kat sini.

Peha aku dah kecik sikit. Sikit jeeeee.
Sikit - sikit SMS. Nyampah!
Bila semua orang dah dapat habuan masing - masing, tekak haus pulak. Beli coolblog sebelum balik. On the way balik singgah KFC kejap. Beli set bucket bawa pulang. Orang - orang di rumah harus dirasuah kerana menjaga Adam. Anak aku tu kan super hyper, kalau takde orang jaga, tak dapatlah aku dating. Kehkeh.

Puas hati rasanya dapat shopping walaupun takde apalah sangat yang di shoppingkan pun. Janji dapat beli something, aku dah rasa gembira dah.

Aku ingat beg ni free. Kena beli babe. RM1.90
T-shirt ni semua aku punya. Aku punya hahahahha aku punyaa! *Mental sikit*
Baju kerja suami. Kat Brand Outlet je ada jual uniform suami.
Lepas tu aku jumpa key-fob ke key-ring ke key-chain ke semua boleh yang comel dan cantik ni. Purple lagi. Teruja nak letak kat kunci kereta aku. Feeling - feeling artis gitu.
Lambat lagi eh nak berbuka? Adoi.

Dah.KBhai!

2 comments :

sukasuki said...

hahaha.kelaka la CPB ni. saya hari2 datang baca sini. tp gmbr adam dah lama kak tak upload.demand kan saya. haha.

Cik Puan Bunga said...

@sukasukiOhh ada satu entry pasal adam, tapi belum publish lagi. Baru draft. Tunguuuuuuuuuuuuuuu! Hahaha!

eh terima kasih selalu singgah sini tau tau tau! :D