Wednesday, August 10, 2011

Suami Saya Dan Ketika Cinta Bertasbih

Aku bukan suka sangat tengok cerita Indon. Lagi - lagi kalau bab yang bersiri tah hape - hape tu. Ingat lagi aku masa Bawang Merah Bawang Putih. Dah macam hape entah rakyat Malaysia ni. Sanggup tinggal anak bini semata - mata nak tengok cerita tu.

Tapi lately sejak - sejak Astro bagi channel free tu suka pulak aku dengan satu sinetron islamik nih. Kira hari - hari jugaklah aku tengok. Sambil - sambil tu boleh belajar sabar, cakap lemah - lembut macam Anna Althafunnisa'. Lembut jeeee kalau bercakap dengan suami dia. Jauh panggang dari api bebenau dengan aku neh. Ehem.

Satu hari suami sama - sama tengok TV dengan aku, tiba - tiba ada movie KCB2 ni kat channel Pelangi, aku sibuk cakap dengan suami, aku kata aku nak tengok. Mula - mula suami macam gelak - gelakkan aku nak tengok cerita Indon, lama - lama aku tengok dia pulak yang khusyuk melebih - lebih mengalahkan aku. Siap tanya itu ini kat aku, memang betul - betul excited. Time ni kitorang tengok kat TV hall depan.

Bila Azan Maghrib dah bunyi (Waktu berbuka puasa) kitorang pun bergalih ke dapur. Sampai dapur dia hidupkan pulak TV dapur, siap sambung tengok kat TV dapur. Lepas makan cepat - cepat dia sambung tengok sampailah aku bising - bising suruh dia solat Maghrib. Kelakar pun ada tengok suami duduk penuh khusyuk kat depan TV. Macam budak - budak tengok Upin Ipin!


Start daripada hari tu, dia pulak yang rajin ingatkan aku kalau cerita ni keluar kat TV. Nanti dia pun sama - sama tengok dengan aku. Alahai sukanya aku. Mana - mana yang baik boleh kitorang manfaatkan dalam kehidupan kami sehari - harian sebagai suami isteri.

Cuma bab ada anak super notty yang suka panjat grill je belum dipertontonkan dalam sinetron ni memandangkan Ustaz Azam dan Anna belum ada baby lagi. Kalau tak, boleh juga aku nak belajar cara - cara menangani anak yang super lincah. Haih!

Dah. Itu saja. Tak bermanfaat sangat.

Babai!

8 comments :

Innanie | Ariffin said...

serius gile laki CPB... tapi cte tu mmg best pun. dah penah tgk movie version tak?? gua meleleh ayaq hidung wa cakp lu. sedih tu!!!

p/s: dah sesuai benor ni panggil CPB as BIBIK!!! kehkehkeh!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinDah! Dua - dua movie dah tengok! huhuhuhu!

WEH JANGAN PANGGIL I BIBIK! Wuwuwuwuwuwuwuwuw! :[

FaraSyeera said...

dalam Dari Sujud Ke Sujud diorg dah ada anak! Nama Yusuf..heee~~

Cik Puan Bunga said...

@FaraSyeeraYusuf! :D mesti kacak! yg pasti bukan baby yg memanjat grill! huhu!

Nini Hartini said...

suami saya sudah khatam dari filem 1 & 2, spesial ramadhan, & sinetron kcb meraih ridho illahi..tgh tunggu masa free nk tgk dari sujud ke sujud pulak. Mmg kdb buat suami saya jd kaku depan pc. hehehe

Cik Puan Bunga said...

@Nini HartiniTengok kat youtube eh??? Akak cari xder pon? asek trailer jek? :(

-[DeeYA]- said...

owh,cite ni buat aku xpasal2 layan cite indon.dgn mak aku sekali layan.
eh,ada siri lain ye utk cite ni??

razi gelak2 kan aku jek time aku layan cite ni.huh!

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-Citer ni best gilakkkkkkkkkkkkkkkkkk! :D