Thursday, September 22, 2011

Bila Wanita Cantik Diserang Batuk

Aku sudah hampir 3 minggu diserang batuk yang sungguh luar biasa sound effectnya. Semacam ekzos motor yang tercabut besi dalamnya. Super menyakitkan telinga.

Kadang - kadang, Adam dengar aku batuk langsung dia pandang aku dengan penuh kepelikan? Mama saya sejenis haiwan kah? Sebab kadang - kadang aku batuk serupa bunyi anjing. Khong khonggg khonggg!

Kalau di sekolah, batuk begini buat aku terasa macam hendak cabut tekak dan buang ia dalam longkang. Sebab ia menyusahkan. Menyusahkan aku dan orang ramai. Menyusahkan aku sebab setiap kali aku batuk tekak terasa perit nauzubillah macam kena hiris - hiris. Menyusahkan orang lain sebab bunyi batuk aku mencemar ketenteraman awam.

Oh aku ada jumpa doktor. Doktor kegemaran jugak sebab beliau kacak. Suka treat aku dengan penuh sopan - santun. Aku pun sudah macam ulat bulu naik daun. Sebab itu bila aku minta suami hantar aku ke klinik doktor ini setiap kali aku sakit, bila tiba turn aku untuk rawatan, suami mesti masuk sekali. Sebab perangai akulah macam ulat bulu naik daun. (Ulat bulu kalau naik daun macamana? Tergedik - gedik ya?) Siapa duduk Yong Peng mesti tahu Doktor Mutallib. Alah kacak!

Doktor kata kahak aku banyak sangat. Bila dia tanya suka minum ais kah, aku balas dengan sengih saja.

Dua ubat ini terutama yang cecair itu, rasanya semacam ketiak!
Aku redha dengan ujian Mu Ya Allah. Walaupun suami selalu terkejut kalau aku batuk. Bunyi apa tu bunyi apa tu! Katanya tanpa sebarang perasaan bersalah.

Cis!

Dah. Babai!

14 comments :

afifahpah said...

ahahaha.lawak la. menggelitis la kak.masa jumpa doc mutalib tu eh? tu yg cik abg akak bdebar tu ikot skali. hahaha..

kak.da try minum madu?

Miss Tasantek said...

cuaca ah tak menentu ni. aku pon batuk juga...rasa nak tecabut perut aku bila aku batuk teruk. sakit sangat aku rasa. dugaan betul...

Cik Puan Bunga said...

@afifahpahDah! Tapi x jalan jugak. Kecewa betul! :(

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekLama gila aku batuk. Dah 3 minggu. Haishhhhh!

yayath said...

hehe...ye la.x suke batuk yang gatal2 tekak tuh..hoho..sangat bising.ganggu ketenteraman..heee..

eh...tu nama akak ke kat ubat tuh???hehe..sama plak.

watyz said...

adussss.. memula baca rasa2 cm nak simpati tetibe jadik gelak sakan pulak.. hehehhe... jgn mare...

nazahiahhalim said...

kak, ni prof saya bagi petua: kumur air garam. amek garam bancuh dgn air suam. kumur sekerap yg mungkin. atau, kumur lepas gosok gigi, tak yah kumur dgn listerine, stop sekejap listerine tu, ganti dgn air garam tu.

cam biasalah selawat2 sikit. insya ALLAH.

Cik Puan Bunga said...

@yayathNAMA KITA SAMA! :D

Cik Puan Bunga said...

@watyzHabis, simpati lagi tak skang neh? HAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@nazahiahhalimBerkesan eh? CUBALAH, ni batuk dah macam bunyi anjing laut dah. Haih!

Umie Artoqiemie said...

ahahahahhaa.. parah beno batok dia nih.. moga cepat sembuhh!!!

nazahiahhalim said...

insya ALLAH kak, saya pernah cuba. batuk saya pun teruk dulu, tak tau nak habaq dah...teruk gila lah....2 hari buat petua ni. hari ketiga sembuh. tp dalam tempoh batuk ni, akak kena pantang minuman ber ais. kena ganti dgn byk kan minum air masak, air mineral.jgn makan cucug goreng mcm goreng pisang,goreng ubi, goreng cempedak. jgn mkn buahan2 spt epal, orange dll. walo pun buahan2 tu berkhasiat, tp stop mkn untuk 2-3 hari ni saja...jgn mkn makanan yg terlalu berminyak...akak tau saya minum air mineral spritzer yg 6 liter satu hari selama 2 hari yg saya batuk teruk tu...buatlah kak secara 'istaqamah' sungguh2. insya ALLAH SEMBUH!

Cik Puan Bunga said...

@Umie ArtoqiemieTERIMA KASIH! :D

Cik Puan Bunga said...

@nazahiahhalimAkak skang tengah buat macam awak ajar, air garam tu rasa dia! perghhhhhhhhhhhhhhhhhh! (mintak2lah baik! amin!)