Sunday, September 18, 2011

Cerita Sedih Di Penang

Orang kata kita yang merancang, Allah jugak yang menentukan. Agaknya belum diizinkan Allah untuk kami sekeluarga menjelajahi bumi Penang, hari ketiga berada kat Penang semua pun diserang sakit. Migrain, batuk, demam, selesema, Syira kena sakit mata, Maklong kena migrain, emak kena demam, Adam batuk demam, suami demam, kira 3/4 dari ahli rombongan diserang sakit - sakit. Makngah sekeluarga je yang cergas merakas. Kami - kami yang lain terlepek memang takde nafsu serakah nak pusing jalan - jalan.

Sudahnya 3 tempat itu ajelah yang kami pergi. Chowrasta Market, Rumah Tan Sri P.Ramlee dengan Bukit Bendera. Alhamdulillah. Bersyukur dapat jejak kaki ke Penang. Lain kali ada rezeki, pergi lagi. Yang penting dapat merembat jeruk kat Chowrasta Market. Hehe.

Terkilan memang terkilan. Tapi nak buat macamana. Perancangan Allah lagi hebat.

Korang yang mana plan nak pergi bercuti kat Penang, sebelum pergi boleh usha web ni. Bagus. Banyak informasi. Mana nak pegi, mana nak makan, mana nak stay eh baguslah pendek katanya. Kat sini.

Dah.KBhai!

2 comments :

Miss Tasantek said...

kau amik multivitamin tak sebelum memulakan perjalanan..hahah...biase ar badan penat tu. sekali dikerah tenaga luar dari kebiasaan memanglah boleh jadi gitu.
kak pae kenapa macam agak besar sikit dari biasa?? raya ari tu aku tak jumpe die...hehehe..

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekTak. Tapi memang sebelum pegi pun dah ada simptom2 nak sakit. Aku sebelum pg pun dah sakit tekak nak demam. Huuuuu takde rezekiii! Uhuhuhuhu!