Friday, September 9, 2011

Di Sebalik Tabir : Eid 1432H --Background Song : Menjelang Hari Raya - DJ Dave--

 Kesiannya aku. Hari raya dah sebelas hari berlalu and here I am terhegeh - hegeh terkedek - kedek baru nak update cerita raya yang dah basi.

Dari start puasa hari yang pertama, akulah manusia yang terpaling excited nak sambut raya tahun ni dengan penuh gilang gemilang sekali. Pertama sebab tahun ni Adam dengan kacaknya dah setahun, dah boleh pakai baju Melayu and keduanya sebab tahun ni adik - beradik berkumpul rumah emak dulu sebagai pit stop yang pertama sebelum menjajar serata Malaysia berhari - raya. Aku excited gila - gila. Teruja noks!

Suami dah ingatkan wahatever it is, jangan over budget jangan over budget. Raya tak semestinya semua kena baru. So aku cepat - cepat buat checklist supaya takkan berlaku pembaziran, kebocoran simpanan serta aktiviti hutang - piutang selepas raya. So tahun ni punya checklist :

Sofa baru sebab yang lama memang dah koyak rabak, banyak habuk dan hapak gila - gila.
Cat hall depan.
Kuih raya.
Baju raya.
Duit raya untuk family and kanak - kanak.

Simple je pun checklist aku. Aku tak masukkan pun handbag baru sebagai senarai barang - barang yang perlu ada. Kehkeh. Tu kira pejam mata ajelah. 

Raya lagi seminggu aku pulun habis - habisan dengan Embun untuk kemas rumah and siapkan mana - mana yang patut. Lap tingkap and vacuum kerja Embun. Kerja aku lebih kepada hias - hias dengan panjat - panjat pasang langsir and iron langsir. Tiap - tiap tahun noks. Tetap dan berpencen. Muka aku ajelah yang tiap - tiap tahun iron langsir. Haih!

Lagi 2 hari nak raya, aku tertambah pulak beberapa barang yang sebelum ni tak masuk dalam senarai langsung! Alaaaaa menyesal betul. Tapi nak buat macamana, nasik dah jadi bubur. Nangis guling - guling pun takkan mampu pulangkan balik duit aku. Aku terbeli kerusi Garfield untuk Adam yang berhargaaaa jeng jengggg RM280. *Pengsan pleaseeee!* Nasib baik kerusi tu comel. Nak lagi malang, Adam tak suka duduk langsung kat kerusi tu. Arghhhhh!

And aku beli cover cushion baru. White and red. Nasib baik cantik. Belian bijak nih. *Nak sedapkan hati sendiri*.

Dan malam raya, aku bertungkus lumus hias rumah, emak memasak kat dapur ditemani oleh Embun dengan Maklong sementara aku yang kejap - kejap tengok jam sebab tailor tak siapkan lagi baju suami. Ni satu lagi menambah tekanan sejagat ni. Baju suami aku, malam raya baru siap. Pukul 12 malam aku pergi kedai tailor tu ambik baju raya suami. Gila betul lah!

Pukul 3 pagi aku tidur. Tapi puas hati sebab semua pun berjaya disiapkan. Yeah! *Tepuk bahu sendiri*

Kuih raya dah siap - siap bubuh dalam balang. Tahun ni aku tak beli banyak kuih. Semuanya last minit. Kerepek - kerepek pun rembat kat Salleh food je masa petang raya. Phewww!
Bekas kuih ni dah lebih 18tahun rasanya. Dari aku kecik - kecik lagi bekas kuih ni emak dah pakai. Gila vintage benda nih!
Kuih rasmi keluarga Isnin tiap - tiap tahun.
Kuih paling sedap tahun ini jatuh kepadaaaaaa... *drumroll* Kuih Seerebeh! (Sebab rupa bentuk dia hodoh nauzubillah!)
Dan akhirnya berjaya jugak aku menggayakan Ottoman dengan Sofabed. Cayalah aku! Kehkeh!
Alhamdulillah. Raya tahun ni boleh tahan meriahnya walaupun dicemari oleh insiden - insiden kurang bijak tapi tak sikit pun menjadi kudis buat aku dan family menraikan hari raya yang super meriah.  *Tangan ke bahu mata ke atas*

Keseluruhan perbelanjaan raya adalah under budget dan ada lebihan sikit. Cukuplah untuk buat open house minggu depan Insyaallah kalau takda aral. Nanti jemput datanglah mana - mana bloggers yang dekat ye. Ecehwah budget macam femes amos je nak main jemput - jemput orang datang rumah. Kehkeh!

Ok.Dah. Itu saja. Babai!

6 comments :

nur easy said...

nak datang nak datang..;)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyHaishhhh eize ni selalu buat jiwa i kacau gitu! Huhu! Mehlah datang! Balik Mesia jek terus datang nak nak nak? :D Hihihi!

Rai said...

aloh ruginya aku tak datang beraya!! ada lagi ke?

Cik Puan Bunga said...

@RaiAda! Meh datang meh sayang meh meh! :D

Miss Tasantek said...

konflek tu aku dah bedal sebalang. tanpa sedar.
kak ottoman kau best. aku dah bercadang2 nak bli tapi nak bawak balik putajaya..masya allah...tengah fikir gaye cane nak bawak.

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekAngkut bubuh dalam alza! kehkehkeh!