Thursday, September 22, 2011

Kau Ni Asyik Nak Cantik Jeeee! Menyampah Aku Lah!

Kataku kepada diriku sendiri.

Baiklah kawan - kawan. Aku seorang yang suka nak cantik sepanjang masa. Engkau bayangkanlah, masa pregnant dekat - dekat dengan due date nak bersalin dulu aku selalu standby tidur dalam keadaan comel dan berlipstick. Semata - mata nak bersalin (Manalah tau kot - kot terbersalin tengah - tengah malam) dalam keadaan yang cantik. 

Aku tak kisah berbelanja besar asalkan tampil menawan dan cantik. Eheh. Tapi itu dululaaaahhh. Sebelum aku berkahwin, sebelum ada Adam. Sekarang ni aku budgeting sikit. Apa - apa kena rujuk Kementerian Kewangan dulu. Eheh.

Siapa tak suka cantik, kan? Cantik tu pada aku, kemas, tak selekeh, muka bersih dan wangi. Brand tu bonuslah. Kalau pakai barang branded kalau engkau mampu apa salahnya, kan? Bukan engkau minta duit aku beli.

Berbalik kepada tajuk asal iaitu cantik. Semuanya bermula bila Naddy selalu cerita mengenai Naturactor Cover Face. Bila dia selalu sangat buat iklan free di hadapan aku, aku pun langsung tergerak hati nak mengoogle menatang itu. Sebab dengar gebang Naddy, macam syok - syok juga pakai naturactor itu. Lantas aktiviti pengooglelan pun dijalankan. Okeh banyak juga review mengenai produk ini. Aku bertambah terangsang. Eh! Lantas terbeli.

Dan tadi ia telah selamat sampai di rumah.

Bila dah sampai, takkan nak tengok aje. Kenalah cuba! Haih!

Naturactor ada dua. Satu dari Jepun, satu dari China. Dinasihatkan beli yang dari Jepun. Ada 5 warna sahaja. Kalau yang dari China, ia telah diformulasi semula menjadi 10 warna. Dah tak cool sangat.
Untuk kulit Melayu yang cerah pilih nombor 141. Ni bukan nombor rumah ye. HAHA. Tak kelakar.
Dari segi tekstur, memang ia super ringan dan blend in sangat naturally. Macam engkau langsung tak rasa muka engkau sedang bertepek make - up. Best - best sahaja. Tak berminyak dan tahan lama jugak. Tapi kalau engkau duduk bawah matahari dan berlari - lari ditengah panas, sudah tak berapa long lasting sangatlah.

Dari sudut coverage pulak, ermmm aku rasa BB Cream Sunplay Skin Aqua lagi hebat dan berkuasa Gaban lagi kot. Pada akulah. Sebab naturactor ni tak menutup pores sangat. Jerawat pun berbintat - bintat masih kelihatan. Kalau BB Cream Sunplay Skin Aqua memang coverage dia cap jempol! Ke aku yang tak pandai pakai naturactor tu? KAHKAHKAH!

Ini aku pakai naturactor.
Ini aku pakai BB Cream Sunplay Skin Aqua.
Dan aku lebih suka muka aku bila pakai BB Cream Sunplay Skin Aqua. Tapi esok aku cuba lagi pakai naturactor. Sebab review dia orang kata bestttt besttt kenapa bila aku yang pakai sungguh tak membestkan? KAHKAH. Menyampah aku sorang - sorang. Takpe! Usaha tangga kejayaan!
p/s : Aku menyampah tengok pores yang boleh buat tanam jagung tu! Pui!

Dah.KBhai!

18 comments :

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

okey..sok usaha lg pki mana tau lebih cantik dan puas hati kan?

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)MESTI kakkkk MESTI! :D

LaLaLovy said...

ada org ckp, kalau naturactor original, xde kotak because it comes in a set. sy pun naturactor utk make up .=)

afifahpah said...

tp yg bb cream aqua tu muka kak mcm flawless gile. yg naturactor tu mcm xrata.

wah.tiba2 jadi pengkritik lak kan.

tp mngkin la naturactor tu belom bertindak balas lg.

bape rege nye kak?

Miss Tasantek said...

masa aku diandam time kawin untuk outdoor shoot, aku ada tanya kak umi, naturactor tu apa.
die kata, before die sapu foundation, dia sapu naturactor tu nak bagi kulit natural dlu, then foundation, then barulah sapu sekali lagi naturactor tu...ouh..lepas itu aku dah tertidur...hahaha...
kau dah cantik nak cantik lagu mane lagi???

Naddy said...

heehhe..maybe sebab ko da bese dgn bb cream kot..eh kan aku da kate, x same cam bb..xleh nk tutup pores or bekas jrwt tapi leh samarkan je..kecuali ko pakai with the green 1, no 171 kot, ke 181 aku lupa, kalau pakai yg ni dgn yg tu, then mmg leh! Sbb yg kaler ijau tu adalah base! =) tapi aku adalh makhluk yg pmalas, just pakai yg ni je..better than bila aku pakai bb sbb bb coverage agk tebal..aku x suka..sbb aku nk kulit bernafas sket..ahahah okay aku dah buat karangan ni....!


cikgu sila tanda karangan sy ni ye..sekian cikgu cantik!!


okay pengsan!

Cik Puan Bunga said...

@LaLaLovyEh? Best pakai naturactor? :D

Cik Puan Bunga said...

@afifahpahYelah kan? Akak pun rasa tak best sgt pki naturactor. HAHA. BB cream juga tetap di hati! MUAHAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekNak CANTIK sedunia! KAHKAH! Boleh?

Cik Puan Bunga said...

@NaddyHaaa agaknya lah kan? For all this while dah biasa tepek BB cream kat muka, first time pakai agaknya. Takpe aku cuba lagi dan lagi dan lagi! HAHAHAHA!

Oh karangan ni sy bagi markah separuh je sebab takde pendahuluan! HAHA!

yayath said...

hehe...ada plak masuk JEMPOL kan kak.daerah tempat tinggal yath tuh.hahaha

tapi kalo orang jawa means bagus kan kak??hehe..

x pe..akak da cantik.pakai apa2 pun cantik..heee:)

cik nur said...

wahhh kelas lipstik merah i like hehehe

Cik Puan Bunga said...

@yayathEhemmmm! Kelas kau yath! HAHA! Haahh jempol tu maksudnya bagus! hihi!

Cik Puan Bunga said...

@cik nurHehehehehe! Saja je tukar warna lipstick! kuikui!

Miss Tasantek said...

hep! hep! cantik untuk abang ijal boleh.

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekItu sudah semestinya! HAHAHAHA!

Anonymous said...

hehe sape komen dia comel ehh..yea saya comel

Anonymous said...

salam .... sape nak beli naturactor , leh call sy 012-3434502 .. TQ :)