Wednesday, September 28, 2011

Kisah Membakar Haiwan Dan Diserang Lipan Sekali Lagi.

Selalu tak reti sebut Barbeque selalu sebut "BABIque" kalau nak nampak awesome sikit aku sebut BBQ. Kenapa aku tak pandai sebut janganlah tanya kan. Umpama engkau tanya kenapa ketam jalan senget atau kenapa katak bernafas melalui kulit. Dah aku tak reti sebut maka bear with it lah. HAHA. Oh semalam kami buat BBQ (Cehceh tak reti jugak nak kata Barbeque!) secara membabi - buta. Sebab tak prepare apapun. Last minute punya preparation. Suami balik kerja terus prepare bumbu (Rencah) untuk marinade ayam dengan udang. Itu saja pun benda - benda yang nak dibakar. Tak ada haiwan lain. (Semalam macam nampak ada lotong belakang rumah)

Lepas solat Maghrib, tetamu kehormat pun sampai. Meme dengan Wah (Auntie). BBQ ni pun buat sempena birthday dia orang last week. Tak dapat nak beri apa - apa, maka dapat beri ini sajalah. Baiknya hati aku! HAHA!

Ini budak kerjanya nak terkam bara api je. Tak takut panas ke apa! Haih!
Haiwan sebelum dikorbankan. Lulur dulu badan kasi lazat! HAHA!
Dari proses marinade sampailah penyediaan sos sampailah bakar - membakar semuanya Chef rumah kami yang sediakan. Ehem Chef sayang I lah kan! HAHA! Suami memang berbakat besar dalam menyediakan benda - benda macam ni berbanding isterinya. Isterinya tahu makan dan membebel saja. HAHA. Orang lain tak boleh buat kacau kalau dia dah ready nak pegang senduk. Tak boleh komen tak boleh bising - bising. Nanti dia tak fokus! HAHA! Makanya kerja kami senang saja. Buka mulut dan makan kenyang - kenyang!

Sos pencicah dengan sos botol. Ikut suka nak try yang mana.
Uiiiiiiiiii nampak mengiurkanlah!Haaa featuring tangan Chef all-time-fav!
Setiap kali buat BBQ, suami akan cuba resepi baru untuk marinade haiwan - haiwan yang terlibat. Macam untuk BBQ kali ni, suami tambahkan Sos Nando's yang extra hot bagi rasa pedas dia menyengat lebih sikit. Memang pedas tapi rasa dia memang kick habislah! Pandainya aku pilih suami!

Dah siap! Rupa bentuk memang palat tapi rasa dia sangat memukau! NYUMNYUM!
Burp! Kenyang alhamdulillah! Memang sedaplah, sayang! Semua orang puas hati dengan BBQ malam ni. Buat simple saja. Pencuci mulut pula Jelly kelapa emak yang sedap sejuk sedunia. Nyumnyum! Memang makan banyak aku malam tadi. Sampaikan suami pun hairan agaknya apasal isteri dia makan banyak sangat. Kata diet! WAHAHAHA!

Siap je bakar - bakar, aku duduk kat hall online dengan Meme, Adam pun dah tidur. Tiba - tiba terasa ada benda merayap dalam seluar tidur. Rupa - rupanya lipan! Cis! Lumat emak kuntau dengan kaki! HAHA! Aku ni memang berjodohan dengan lipanlah. Haih!

Dah. Babai!

12 comments :

Miss Tasantek said...

adoi ai..kau ni kak..lipan gemar kat kau lah...
pasni mandi kai kapur baruslah . baru lari semua unggas bila kau ada :)

.embun. said...

untungglah makan makan tak bagitau aku.puihh!

Rai said...

bab2 babiQ ni laki ko boleh geng ngan laki aku..suka betul cuba resepi baru..

udang tu memang ko saje buat bagi nampak tak kacak eh..saje takmo bagi aku mintak sikit kan..

cik nur said...

sedap nyer udang nie dah la fav ish hehehe

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekAku ni kan penyayang kat haiwan. haiwan pun sayang aku! HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@.embun.Kau takde pun. Kalau aku gtau bukan kau boleh datang! HAHAHAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@RaiJom ah jodohkan suami2 kita! macam serasi bersama gitu! KEHKEH!

Wehhh udang tu nampak jek tak kacak, rasa dia.. perghhhh! meleleh hingus!

Cik Puan Bunga said...

@cik nurSEDAP BETUL! HAHA!

nur easy said...

huu padanlah bau semerbak sampai sini..;) nampak sedap..eh memang sedap lah kan

Cik Puan Bunga said...

@nur easyEize! SEDAP TAU! Nanti awak balik Mesia saya belanja! HAHA! :D

Miss Tasantek said...

aku dah derdek je baca sal lipan ni ingatkan adam yang kena gigit lipan ke ape ke kan..aish...mujur si masyam mokde tak kena gigit lipan..

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekAdak tak pape. Emak dia aje ni yang berjodohan dengan lipan! HUHU! dah dua kali! Adoi!