Sunday, September 18, 2011

Mak, Kenapa Bukit Bendera Tak Ada Bendera Pun?

Bayanglah kan, kalau aku tanya macam tu kat emak aku, agak - agak Puan Latifah nak layan tak?

Baiklah kawan - kawan setelah penat meround Chowrasta dan pulang berbekal hampa dari rumah kelahiran Tan Sri P.Ramlee, kami bergerak menuju ke tempat paling utama harus dikunjungi bila dah sampai Penang ni.

Dengan penuh bersemangatnya kami menuju Bukit Bendera! Kalau nak tau Bukit Bendera ni kat mana, silalah Google sendiri. Malas pulak aku nak Google kan untuk orang. Kenyang sangat perut ni makan ketupat emak masak tadi, jadi sifat malasnya terlebih pulak. Kehkehkeh!

Bukit Bendera.
Cheq nak habaq mai, punyalah ghamai manusia tua muda dok beratuq panjang berjela nak masuk beli tiket! Nak cari parking pun dekat 10 minit baru jumpa! Itu pun kena menapak sampai lencun habis bulu ketiak. tercungap - cungap nak mendaki bukit untuk sampai ke entrance. Memang nak habaq mai, mencabaq sungguh!

Sebelum beli tiket, duduk kejap lepak - lepak menghilangkan penat. Lutut rasa macam nak tercabut skru pulak. Dengan haus, lapar. Eh macam - macamlah rasa! Sambil duduk - duduk, seluk - seluk poket baru suami perasan yang wallet tertinggal kat dashboard kereta. Jadinya aku ni sehelai sepinggang! Terus buat muka kesian, nasib baik ada manusia baik hati tolong pinjamkan duit untuk beli tiket! Ngehngeh! Thanks emak sayangggggg!


Berapa harga tiket? Mehmeh akak nak story meh!

Warganegara Malaysia (Masing - masing sila check IC sekarang!)
Adult: RM 8 per adult
Children: RM 4 (age 7-12) per child
Senior Citizen: RM 4 per person
Monthly Pass: RM 24 (Ini untuk sesiapa yang tinggal kat atas bukit nun!)
Disabled Person Free (with OKU card)

Untuk Pelancong Asing
Adult: RM 30 per adult
Children: RM 15 (age 7-12) per child
Untuk Maklong dengan Makngah diorang ambik family pass, emak dapat senior citizen, aku dengan suami beli tiket dengan normal price. Tak kisahlah. Duit tiket pun emak sponsor. Entahhapehapeentah aku. Bukan sengaja nak tertinggal wallet. *Buat muka sedih*

Lepas dah beli tiket, terus boleh beratur and masuk ke tempat terminal train. Tunggu train datang. Aku dok bayang choo choo train yang jalan dia lembab nauzubillah rupanya yang datang ala - ala bullet train oldschool. So takdelah seram sangat kan. Aku ni fobia dengan ketinggian. Rasa nak pitam nak muntah nak pengsan nak mati semualah ada!

Time ni Adam tidur pulak. Okay Papa, nampak sangat tu muka tensen kena kendong anak bujang!
Tunggu train kena bersabar. Tak boleh marah - marah. Tak boleh berebut - rebut. Budi bahasa amalan kita.
Emmmm emmmm.
Train sampai je terus kami sekeluarga cop satu coach khas untuk Isnin's clan! Hahahahahahaha! Tapi last - last minit ada couple masuk and satu family dari Kelantan masuk. Okay dah tak fun!

Masa ni tengah berdebar sebab takut kalau train tu crash. Bodohnya fikiran!
Maklong entah excited apa entah tu tangan macam Bunny hop!
Optimus Prime dengan emak bapak dia.
Sepanjang perjalanan memang aku tak berani nak pandang luar. Pandang sikit - sikit je. Bapak laju train ni bergerak sampai aku rasa jantung aku dah kat dalam mulut. Eh ke aku sorang yang fikir macam tu. Kehkehkeh. Tak sampai 15 minit train dah sampai dah. So kitorang boleh turun and jalan - jalan and buat apa - apa ajelah yang kitorang suka. Mana yang ada duit lebih boleh sewa caddy car untuk jalan - jalan jadi takdelah berpeluh sangat ketiak kena jalan. Bagi yang kedekut dan takde duit boleh ikut macam kami, menggunakan khidmat kaki! Yeah!

Kat puncak yang tak berapa nak puncak sangat.
Eh eh budak ni! Mana emak bapaknya ni!
Makngah's
Paklong stress!
Eh eh yang tudung merah tu comel!
Kadang - kadang memang macam tu perangainya.
Bila ada suaminya terus sopan sikit.
Jalan - jalan lagi pusing - pusing lagi.
Jalan lagi dan lagi dan lagi.
Naik train oldschool. Eh sebok betul budak tecik nih!
Ada pertunjukan ular! Geli mak noks!
Adam dah bangun tidur terus happy!
Gigi dia hilang!

Nak salam!
Aktiviti kitorang kat Bukit Bendera lebih kepada jalan - jalan membasahkan ketiak aje. Takde aktiviti menarik yang bleh dibuat macam nak naik kuda ke, petik stoberi ke, piknik tepi padang ke. Ianya lebih kepada camwhore suka - suka, kejar anak yang lari sana - sini, bantai - bantai sikit, nangis - nangis sikit dan yang akhirnya membuatkan emak masing - masing pening kepala.

Tapi jangan risau kat atas tu lengkap segala - galanya. Ada restauran, ada masjid, ada pejabat pos, balai polis semualah. Mana - mana yang rasa nak stay kat sini pun boleh je sewa rumah - rumah berstruktur binaan oldschool yang cool kentang habis kat Bukit Bendera ni.

Lebih kurang setengah jam kat atas, kitorang pun turun sebab masing - masing dah penat, panas, lapar gila - gila. Haruslah aktiviti sekarang ni mencari tempat makan. Nak nasik! Nak nasik! Nak nasik!

Nak tau lebih banyak banyak banyak tentang Bukit Bendera (Penang Hill) boleh klik SINI 

Dah.KBhai!

4 comments :

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

cerahnya cuaca kat bukit bendera time tu..LM gi sana mesti cuaca mendung..tiap kali gi mesti nak hujan.huhuhu.

tapi train dah baru dan laju..dulu terkedek2 mmg slow dan roh pun tinggal blakang ..hehehe.LM gerun gak tinggi2 ni.

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)Kak, I was expecting that kind of train tapi rupanya train sekarang laju sudah! Yayy! Kalau tak mungkin jantung saya sudah kelua melalui mulut! Hahahaha!

yayath said...

hehe..penah pegi time tahun 2000 darjah 6..ikut rombongan sekolah..hahha..x ingat sangat da:)

Cik Puan Bunga said...

@yayathYathhhh lama tu! Zaman dinoso tuuuuu! Hahahaha!