Sunday, September 11, 2011

Pagi 1 Syawal 1432H Manusia - Manusia Turquoise Berkumpul @IsninBardi House!

Rutin pagi bermula dengan berebut bilik mandi dan mencarut secara sopan bila manusia yang mandi mengambil masa lebih dari yang ditetapkan. Nasib baik dah kemas + sapu rumah + isi kuih dalam balang malam sebelumnya. Kalau tak, pagi Syawal mesti chaotic habis rumah Wak Isnin. Dahlah pagi tu aku bangun lambat, maka manusia yang mencarut adalah aku lah. Hahahahahahaha.

Pagi - pagi tanpa mandi ehem menghantar ketupat ke rumah Fizz Sahrudin hero kacak Yong Peng. Sepanjang perjalanan Embun dah muntah - muntah. Siap berhenti tepi jalan untuk sesi mengeluarkan isi perut dilakukan.Aku syak dia keracunan Nasi Ayam (Ataupun dia terlalu banyak melantak masa buka puasa semalam) Siap hantar punjungan, terus balik rumah mandi. Jangan berlengah lagi! Nanti emak bising kalau apapun tak siap.

Siap je mandi manda, makan - makan, menziarahi kuburan, maka aktiviti setiap tahun adalah bermaaf - maafan atas dosa dan segala palat yang dilakukan sepanjang tahun lepas. Mintak maaf kena ikhlas, nak lagi best, kau sebutlah dosa - dosa kau satu - satu. Baru emak abah adik kakak ipar duai terang tenang nak maafkan. Kehkehkeh.

Budak tecit ini pagi - pagi kerja dia asyik nak angkut bekas kuih. Penat aku ligan satu rumah. Papa dia syok - syok main tab. Haih!
Kalau tahun lepas, beraya dah ada Adam jugak tapi dia masih tecittt dan asyik melalak. Tahun ni dia dah kacak berbaju Melayu, dah pandai salam cium tangan, dah pandai membebel baby-talk dia, dah pandai panjat grill. Haihhhh sejuk mata tengok anak sendiri dah membesar sihat walafiat.

Alhamdulillah. Bergembira di pagi Syawal nan permai. Dengan dua lelaki tersayang dekat di hati dan dimata. Ehehehe.
Pagi - pagi dah bermaafan dengan suami dalam bilik. Baru privacy sikit. Kehkeh. Suami pagi - pagi dah mintak maaf dulu sebab dia tercalarkan kereta, langgar tiang masa parking. Danggggg! Berderau darah. Hari bahagia bulan baik macam ni aku maafkan ajelah dengan hati yang terbuka. Bukan dia sengaja pun. Comel suami mintak maaf, siap hug - hug segala. Aku ingat dia nak mintak maaf sebab kawin lain ke hape! Choiiiii!

Aku mintak ampun banyak - banyak dengan suami. Tahun ni banyak neh buat salah kat dia. Tapi tak emotional macam tahun lepas. Tahun ini lebih terkawal. Hehehehe.

Family Maklong.
Nieces and nephew and Maklong and Embun.
Sementara yang lain get ready, Embun jadi bibik sepenuh masa.
Dan sesi bermaafan pun bermula. Dimulai dengan yang paling sulong terus kepada yang paling bongsu. Time ni syahdu - syahdan sikit. Tapi macam biasa, tiada insiden terlampau dirakamkan.

Alahai menantu emak.
Anak abah.
Sana - sini nampak biruuuuuuuuuuuuuuu jek!
Seronok kalau macam ni hari - hari. Semua adik - beradik berkumpul depan mata. Gosip - gosip gelak - gelak. Haihhhh!
Sesi suami dengan abah paling lama. Entah apalah yang mintak diampunkan tuh.

Acara beri duit raya! Yeahhhoooo!
Alhamdulillah tahun ni meriah sambut aidilfitri. Bersederhana tapi syoknya terasa sampai sekarang. Bila dah bermaaf - maafan masing - masing terus masuk kereta and berkonvoi rumah sedara - mara. Tapi tak syok sikit sebab petang suami kena kerja. Jadinya aku beraya single dengan Adam saja.

Sampai ke malam beraya. Lepas maghrib masing - masing dah lepak. Turn nak melayan tetamu yang datang rumah pulak. Itu kerja emak abahlah sebab yang datang pun banyak sedara - sedara emak abah. Yang kami - kami ni kerja menidurkan anak masing - masing walaupun terganggu dengan insiden separa sengal.

Next updates : Beraya bersama rakan - rakan dan acara open houses. Tungggguuu! (Ecehwahh budget ramai yang tunggu kau updates!)Hahahaha!

Dah.KBhai!

10 comments :

sukasuki said...

jgn bimbang. saya tunggu akak update punya. hehe. comel nya semua warna turqoise. kak, memang beli sekayu la kain tu? tiap2 tahun camtu ke? menarik jugak eh. baru la orang tau family sape.. kalo family sy, tema je ungu. kain corak lain2..

nur easy said...

wow. tambah bergaya atuk&nenek adam dgn persalinan raya warna ni ;)

cik nur said...

tahun famili kita pun biru jgak hehehe

Cik Puan Bunga said...

@sukasukiHaaaa memang begitu tetiap tahun. tapi tahun ni je beli sekayu, tahun lepas- lepas asal sama warna jek! huhuhu!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyatok nenek nak glamer jugak! hahaha!

Cik Puan Bunga said...

@cik nurwarna ni mmg in tahun ni! :D

merahitujambu said...

wah comel2 sedondon.sy warna merah thn ini..

Cik Puan Bunga said...

@merahitujambuMerah! Wahhh hot sehhhhh! :D

yayath said...

wahhh...suma sama turqoise:)comel la CPB:)hehe

Cik Puan Bunga said...

@yayathThanks yayath! Hehe malu i! :D