Thursday, September 29, 2011

Sayalah Guru Gemilang Pemangkin Pembangunan Negara

Aku ni sepanjang 4 tahun berkhidmat sebagai PPPS, tak pernah langsung aku disuruh jaga exam. Tiba - tiba tahun ini kena jaga exam PMR pulak. Yang lagi kelakar, kena jadi Timbalan Ketua Pengawas pulak. HAHAHADOI. Aku dengan pengalaman yang super zero, dapatkah aku menambat hati Ketua Pengawas yang kacak itu dan menjalankan tugas dengan penuh keazaman tinggi serta tidak berbelah bahagi? Insyaallah. Aku berkobar - kobar ni semangat. Doa aku cuma satu, supaya aku tidak membuat palat dan dapat menyempurnakan kerja dengan baik.

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Lembaga Tanpa Kepala Di Tepi Kubur mana lagi menakutkan?
Tadi masa pergi meeting aku sangat berdebar sebab aku tak tahu apa yang KP expect dari aku. Rupa - rupanya KP aku jenis yang cool bebeh lepas itu beliau kacak pula! Aku ingat umur dia 28++ tapi dah 40 dah! *Batuk* Awet mudanya! Ni mesti rajin minum air masak baca selawat ni. Hilang separuh stress aku. Sebab aku tak pernah jaga exam. Selama ni hidup bersenang - lenang. Tapi aku hargailah peluang ni. Selain dapat duit, aku jugak dapat timba pengalaman. Kata nak dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kan kan kan? HAHA.

Jujurnya, aku ikhlas buat semua ni. Bukan nak dapatkan pujian mana - mana pihak. Lillahi ta'ala. Sebab style cikgu sekarang, buat kerja banyak - banyak, bagi boss nampak. Untung - untung boss petik nama engkau cepat naik pangkat. Keberkatan dalam melaksanakan pekerjaan dah tak ada dah dalam kamus hidup. Aku pun bukan stok - stok cikgu gemilang tonggak pembangunan negara. Tapi aku bersyukur sebab mata hati aku belum tertutup dengan duit dan nama. Apatah lagi nak mengejar pangkat. Aku cuma nak pergi dan balik sekolah dengan gembira.

Itu saja.

Aku bersyukur sangat sebab kejadian ini berlaku pada diri aku. Aku dah lupakan apa cakap - cakap buruk orang. Aku ubah diri jadi yang lebih baik. Orang kata aku mengajar tak bagus, aku buktikan aku boleh mengajar apa saja kelas, apa saja tahap. Orang kata aku suka bawa students masuk library sebab nak ponteng mengajar, tahun ni aku bawa jugak masuk library tapi aku siap dokumentasikan dalam Buku Rekod Mengajar apa aktiviti aku dalam library. Orang kata aku main FB bila mengajar (Ini paling puiii lah!) tahun ni aku betul - betul bawa laptop pergi sekolah. Bukan kata FB, tapi dengan blog sekali aku dapat update. Tapi after class lah kan. Buku latihan students semua lengkap. Writing semua aku dah selesai mengajar. Siap dengan notes and modul writing. Fail oral semua aku dah setelkan. Parts of speech semua aku dah lunaskan.

Aku tahun ini memang terasa diri sendiri cemerlang. Aku tak bagi sikit pun ruang untuk orang lain perlekehkan kerja - kerja aku. Aku masih ingat lagi macamana sakitnya bila kena sacked dengan boss. Bila orang busukkan kita. Aku rasa lagi sakitnya.

Tapi aku ambil itu sebagai satu lonjakan kekuatan. Aku buat kerja sehabis baik dengan melipat gandakan usaha supaya orang tak boleh memperlekehkan aku lagi. Orang TAK AKAN BOLEH memperlekehkan aku lagi. Aku kini umpama Naruto yang hebat!

Senjata paling utama, aku tingkatkan kebolehan dalam bidang sendiri. Jadi cikgu bahasa bukan bermakna aku bodoh dalam serba - serbi yang lain. At least, aku tingkatkan ilmu dalam bidang aku sendiri. Cakap - cakap tak berilmu ni tolak tepi. Ada jugak aku merapu - meraban entah apa - apa dengan orang, tapi kalau orang tanya pasal benda - benda yang melibatkan bidang aku, alhamdulillah setakat ini aku tak pernah tak dapat rungkaikan. Thanks to Melanie, yang banyak tanya itu ini dengan aku. Buat aku tajamkan otak aku. 

Sebagai manusia, aku rasa puas jugak bila manusia - manusia yang memalatkan aku dapat balasan masing - masing. Tunggu sikit lagi. Sikitttt aje lagi. Tak mampu aku nak doakan buruk - buruk untuk mereka. Cukuplah aku doakan yang hebat - hebat untuk aku sendiri. Bila Allah balas apa yang mereka buat, itu bonuslah untuk aku. Dunia ni hanya ujian. Ingatlah itu selalu.

Eceh. Aku dah macam apa dah membebel panjang - panjang. 

Dah.Babai!

8 comments :

mieyza said...

Go go kak bunga!!!

watyz said...

waaa...btol2 cikdu cmerlang la!! hehehhe...
bila kite diperlekehkan terasa cam dihina kan. tp hari ni bila dtg nak berbaik semula. sorry to say that hati aku x ble nak terima sbb btol2 terluka. :)

sid said...

"Senjata paling utama, aku tingkatkan kebolehan dalam bidang sendiri."

betul tu. saya juga sedang berusaha untuk tingkatkan kebolehan saya dalam bidang saya sampai nanti tade sape buleh memperlekehkan saya lagi.

p/s: suka baca blog akak. heheh

Cik Puan Bunga said...

@mieyzaKita power rangers! Tapi akak yang pink tau! HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@watyzHuhhh betul tu. Tapi kita manusia yang jauh lebih berkualiti dari mereka kan? Jadi marilah kita menerima mereka dengan hati terbuka. Ecehwahhhhh!

Cik Puan Bunga said...

@sidBETUL! Betul tu sid! jangan bg org perlekehkan kita macam kita ni bodoh sangat walaupun dalam bidang sendiri! chayok chayok sid! :D

p/s : terima kasih suka baca blog merapu nih! HAHA!

yayath said...

hehe..good luck akak:)

psssstttt!!!!

jgn lupa kasi jawapan kat yath kalo time kak ronda2 dan terjumpa yath???hihihi

Cik Puan Bunga said...

@yayathTHANKS!!! :D