Monday, September 26, 2011

Sayalah Hero Hemsem Mama!

Assalamualaikum everyone! Nama saya Adam. I guess semua orang pun telah sedia maklum nama saya Adam sebab Mama asyik tulis pasal saya dalam blog Mama. Sampaikan semua kawan Mama kenal saya dan saya jadi malu – malu bila kawan – kawan Mama cubit – cubit pipi saya dan kata saya comellll comellll. Tapi Mama selalu ambil kredit kecomelan saya. Mama kata saya comel sebab Mama comel! Mana ada Mama!

16 September yang lepas genap usia saya empat belas bulan. Oh sekarang saya sudah boleh berjalan! Malah saya juga sudah boleh berlari! Ada yang lebih hebat! Saya boleh memanjat grill! Tapi Mama tidak berapa berkenan setiap kali saya memanjat grill. Mama akan menjerit seperti gorilla sambil berlari kearah saya “Adam NO NO NO! Danger! Danger!” Oh satu hari saya akan dengar perkataan DANGER sebanyak 16 juta kali. DANGER apabila saya mahu memanjat motor, DANGER apabila saya memanjat meja, DANGER apabila saya tarik wayar TV atau peti sejuk, DANGER apabila saya pegang cawan atau pinggan kaca, DANGER apabila saya masukkan batu ke dalam mulut. Semua DANGER DANGER DANGER! Mama! Bila saya mahu belajar kalau semua benda adalah DANGER?

Mama kenalah tahu, yang sekarang hobi baru saya adalah membuat aksi berbahaya, Mama!

Tapi Papa cool! Kalau saya buat aksi nakal Papa selalunya akan senyum saja sambil melihat saya membuat lagak ngeri. Papa akan pastikan saya sentiasa berada dalam keadaan selamat tapi Papa tak pernah keluarkan perkataan DANGER kepada saya. Cuma apabila kami mendengar suara Mama sayup – sayup menuju kearah kami, barulah Papa akan pura – pura marahkan saya sambil berkata “No Adam! It’s DANGER!” Untuk itu, saya lebih sayangkan Papa cool saya!

Tapiiiiii saya tahu Mama saaaaaayang saya yang teramat sangat. Bila pagi – pagi Mama bangun dari tidur, Mama akan cari ketiak masam saya dahulu. Mama akan gomel – gomol saya sampai saya menangis. Sebelum Mama pergi sekolah, Mama akan cium saya banyak – banyak kali. Macam itu jugak kalau Mama balik dari sekolah. Mama selalu senyum dan ketawa kalau saya buat muka comel sambil tersengih – sengih tunjukkan gigi saya yang besar. Kalau saya demam, Mama tak tidur malam, sekejap – sekejap Mama akan jenguk saya. Kalau saya jatuh dari sofa, Mama usap – usap tempat yang sakit sambil Mama kata “Hero Mama kuatttt, hero Mama kuatttt” Lepas saya sudah diam, Mama akan beri ceramah keselamatan di dalam rumah sampai saya boring. Mama selalu belikan baju cantik – cantik, botol comel – comel. Saya saja yang nakal sebab tak mahu dengar cakap Mama. Saya nak panjat – panjat!

Sekarang saya sudah mahu makan. Saya makan semua benda yang Mama makan. Saya suka kalau Mama makan jeruk, nanti saya rampas jeruk dari Mama. Tapi jangan buat macam ini kalau Mama tengah bad mood, nanti saya nahas. Oh saya suka makan nasi lauk sup telur. Sedap dan menyelerakan. Kalau makan lauk ikan saya tak berapa favourite. Rasa ikan tak sedap! Walaupun saya suka cokelat, Mama jarang – jarang beri saya makan cokelat. Mama kata tak boleh beri saya makan cokelat, sebab nanti saya end up jadi out of control. Sugar rush! HEHE!

Sekarang juga saya sedang menggilai Upin Ipin. Saya suka tengok Upin Ipin. Comelnya! Saya ada sehelai baju Upin Ipin. Itupun Abang Fateh yang punya. Saya ambil. Mama asyik kata nak belikan saya baju Upin Ipin tapi tak jumpa – jumpa juga. Mama kata sekarang musim Angry Birds, musim Upin Ipin dah habis dah. Tak tahulah Mama tipu keapa.

Bila tidur malam, saya suka kalau Mama susunkan soft toys saya semua sebelah saya. Barulah saya boleh tidur dengan riang rianya. Jadi bila saya golek – golek, badan saya tak akan berasa sakit, sebab ada soft toys yang mengawal kiri – kanan saya. Macam bodyguard! HEHE! Bila saya terbangun tengah malam dan Mama syok tidur tak mahu main dengan saya, saya akan main – main sendiri dengan soft toys saya. Sampailah saya tertidur semula.

Sebelum tidur, tak kiralah tidur malam atau tidur dalam kereta, saya cukup suka kalau Mama nyanyikan untuk saya. Lagu yang sekarang saya suka adalah lagu “Di Pondok Kecil”. Mama nyanyi bukan sedap sangat, tapi saya suka! Tak tahulah kenapa, tapi suara Mama menenangkan saya. Suara Mama tengah marah saja yang membingitkan saya. Tapi kalau Mama nyanyi, cepat saja saya tertidur.

Sekarang saya sudah boleh sebut beberapa perkataan. Saya juga suka meniru Mama menyebut perkataan – perkataan mudah. Kalau saya sebut dengan betul, Mama bagi upah geletek satu badan. Tak suka! Jadi saya selalu buat – buat salah sebut. Nanti Mama sangat bengang. Pun saya kena geletek satu badan jugak! Hari – hari lepas dinner and sebelum tidur, mesti ada English lesson dengan Mama. Kadang – kadang Mama bacakan story book untuk saya. Dan kalau saya behave, Mama beri saya makan gula – gula.

Kalau dengan Papa lebih syok! Papa ajak saya naik motor keliling kampung. Papa ajar naik basikal, Papa bawa pergi jalan – jalan di kebun tepi rumah. Papa ajak tengok fish dalam parit depan rumah. Papa ajak main dengan ayam. Best best best! Kalau Papa ada banyak masa, Papa main wrestling – wrestling sebelum kami sama – sama main Angry Birds. Tapi jangan main lama – lama. Kena sleep. Sebab kalau tak sleep, Mama pula yang jadi Angry Birds.

Papa kata naik kereta kena pakai helmet. Barulah jatuh taksakit!
Budak kampung kenalah pandai kupas kelapa! Barulah macho!
Mama nak toys!
Bila Mama solat, saya suka tengok Mama. Masa itu, saya tak akan membuat perkara nakal. Saya duduk diam – diam atas katil sambil dengar Mama berdoa,

“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah anakku anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Dapat berbakti kepada agamanya, negaranya dan bangsanya. Berikanlah kesabaran dan keredhaan yang tinggi di dalam hatinya. Jadikanlah dia lelaki yang soleh, beriman dan berilmu, bijak serta mendapat keberkatanMu di dunia dan di akhirat. Jadikanlah dia anak yang menyejukkan hati ku, yang menjadi kebanggaanku di dunia dan di akhirat. Murahkanlah rezekinya Ya Allah. Permudahkan urusannya, Ya Allah. Rahmatilah dan Kau lindungilah dia Ya Allah. Amin Ya Rabbal Al Amin!”

Mama berdoa untuk saya.

Semoga saya membesar menjadi seperti apa yang Mama impikan. Saya saaaaaayang Mama, Papa, Atuk, Nenek dan semua!

Babai semua! Jumpa lagi!

16 comments :

Miss Tasantek said...

adam!
mokde pon sayang adam. rindu adam. balik kampung datang umah adam tade orang. mokde balik dengan hampa..

dd.hasnidar said...

taknak la cakap Adam comel.nanti mama Adam amik kredit lagi.

hehe.

Rai said...

aku rasa expression muka adam memang ada ngikut ko la..

kalau kat rumah aku musim upin ipin da abis..bebudak tu gila boboiboy pulak..nasib baik bebudak tu belum sampai tahap mintak koleksi..kalau tak mak dia jadi angry birds..hehehehe..

alin said...

comeell..!!! :)

afifahpah said...

ala.comel nya. luahan hati adam ke ni?hehehe.bila mama marah,mama jadi angry bird. haha!

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekNanti eh Adam datang KL tompang rumah mokde ehhhhhh! :D

Cik Puan Bunga said...

@dd.hasnidarKehkehkehkeh! Mama dia mmg over! HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@RaiEh? Ada iras aku heh? HAHA. oh bebudak kat rumah aku ni dah gila boboiboy, suami aku pun suka boboiboy. adam lambat sikit, baru nak minat upin ipin! HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@alinTHANKS! :D

Cik Puan Bunga said...

@afifahpahHaaa luahan hati Adam mengikut persepsi Mama. Haha!

yayath said...

hahha~~comel je:)

watyz said...

nak toys cam nak ahan teksi jer.. hehehhe

Cik Puan Bunga said...

@yayathHEHEHE! :D

Cik Puan Bunga said...

@watyzKehkehkeh! Seksi gitu! mesti banyak teksi berhenti! HAHA!

。+゚o。. Puan Dot . 。o+゚。 said...

hai dobot... comel la dobot..ahad ni dtg rumah auntie k.. akdi potong jambul lah...=)

Cik Puan Bunga said...

@。 ゚o。. Puan Dot . 。o ゚。WAHHH! Insyaallahhhhh! :D Potong jambul bagi kacak ye akidddd! HEHE!