Wednesday, September 14, 2011

Setiap Hari Khamis Aku Mesti Wajib Stress!--Edisi Cikgu Cemerlang

Confirm punya!

Sebabbbbb nak kena iron baju batik untuk di pakai masa hari Khamis nanti tulah. Arghhhhh arghhhhh aku lebih rela godak parit depan rumah daripada kena iron baju batik yang boleh buat kau rasa fed - up gila bebeh.

Menggosok baju batik memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi ye kawan - kawan. Bukan boleh main taram gosok sukahatimakjiransuamimertuamakkau ye! Kalau kau stok - stok manusia yang tak sabar maka dinasihatkan jangan beli sutera batik sebagai pakaian ke sekolah. Kau beli aje yang murah - murah, kain biasa corak batik tu. Tak stress dan tak buat kau darah tinggi. Hoh!

Aku kalau nak iron baju batik, kelengkapan yang disediakan macam nak pergi perang. Iron kena super panas, air untuk sembur kat baju masa nak iron nanti, kalau nak lagi best kau bubuh softener sikit and kipas mesti kena super duper laju supaya ketiak kau tak berpeluh dan tak menambahkan stress. Maka kalau semua benda - benda ni dah ada, bolehlah memulakan pertarungannnn! Hieyahhhhhhhh!

Hasil setelah hampir setengah jam membanting tulang menggosok baju yang kepala batu nauzubillah!

Bila tengok baju yang di iron licin sedunia, tiba - tiba hati rasa kembang berbunga - bunga. Bangga woh! Semoga esok, aku akan sentiasa kelihatan ayu anggun bergaya memakai baju batik yang dah out - of - date neh! Kehkehkehkeh!
Dah.Babai!

18 comments :

Innanie | Ariffin said...

BIBIK!!!

gosok baju i skali. kehkehkeh.

Fazlinil Irma said...

ini baru baju batik kosong. dah setengah jam. mcamana la cikgu2 yg beli baju siap manik2 penuh satu baju. mahu sejam kot menggosok.

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinWohhh derhaka ye derhaka!

Cik Puan Bunga said...

@Fazlinil IrmaHaaaaaa susun bawah tilam gaknya. Esok pagi angkat tilam eh dah licin! hahahaha!

AININ SURAYA said...

terbaekkkk lah teacher =D

nur easy said...

licin. tp belum sampai sekolah kdg2 dah terusik kelicinannya..;)

Cik Puan Bunga said...

@AININ SURAYAKehkehkehkeh!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyMasa drive nanti kompom dah renyuk! Huhuhu!

cik nur said...

hahaha jr paham sis sbb waktu duk asrama pun kteorg ada baju batik untuk baju rasmi mmg mcm tettt bila iron kan

Cik Puan Bunga said...

@cik nurSakit hati kan kan kan? Tahpape tah! huhuhu!

yayath said...

yes...x suka iron baju:)haha

dd.hasnidar said...

dah berusaha gosok sampai licin mmg hati sangat suka.sekali masuk keta,hantar anak2,sampai opis tgk baju dah kedut semula macam baru kuar washing machine!..

grrrr....

Miss Tasantek said...

kau beli ah iron yang ada air sekali tu. then letak softner dalam tu je ;)
eh, aku batik jarang2 pakai kat ofis. sebab..malas nak iron dan malas nak basuh. batik creap lagi susah nak handle.cish.

Cik Puan Bunga said...

@yayathAkak tak kisah iron baji, baju batik jek tak suka iron! haha!

Cik Puan Bunga said...

@dd.hasnidarTerus kita berasa kecewa kan kan kan? Arghhhhhhh!

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekDah beli dahhhh tapi cepat rosak, kalau buat cara old school cenggini hasilnya lebih mabeles! Hahahaha!

afifahpah said...

haha.licin.semut lalu pon tergelincir nih.

Cik Puan Bunga said...

@afifahpahAmacam? Respek takkkkk? Hahahahaha!