Thursday, September 1, 2011

Tunggulah Nanti Bila Kau Ada Anak

Aku tak pernah mencintai mercun. Dari aku kecik, mercun adalah satu benda yang aku jaki. Dengan pencipta - pencipta mercun sekali aku harkkk ptuih kan. Kalau pencipta mercun ada depan mata sekarang, cita - cita aku adalah untuk tempeleng beliau sampai juling. Maka bila kerajaan mengharamkan mercun dan juga sekutunya, aku adalah salah seorang manusia yang menyokong kuat tindakan ini.

Dalam apa - apa perayaan pun, aku rasa kalau tak bakar mercun pun takde effect. Raya tetap raya, happening tetap happening. Manusia yang mencari happening di musim perayaan dengan membakar mercun dan meriam adalah manusia super pathetic yang mungkin zaman kanak - kanak mereka penuh dengan kecelaruan identiti. Sebab aku adik - beradik dididik dan dibesarkan tanpa mercun pun masih mampu bergaya ranggi merayakan hari raya yang mulia ini. Cehh dah macam lirik lagu.

Cuma aku respek kalau orang Cina yang bakar mercun time Tahun Baru Cina. Sebab diorang tak bakar mercun macam manusia super sengal yang berjam - jam main nonstop. Diorang tak berlawan - lawan main siapa lagi gempak, siapa lagi dahsyat. Diorang bakar, habis dan blah. Tak macam orang kita. Kampung sini bakar, kampung sebelah sentap dan bakar lagi kuat. Siap tuju halakan mercun kat kampung sebelah. Sumpah macam looser gila - gila.

Nak - nak lagi bila rumah kau penuh dengan kanak - kanak kecik, especially baby yang kalau dengar bunyi mercun / meriam terus heartbeat kencang semacam, siap terkejut - kejut time tidur. Lagi haru kalau baby kau melalak tak stop selagi mercun / meriam tu kau main dengan riang gembiranya. Aku tak kisah kau nak main mercun sampai pagi ke, sampai meletup kepala ke, kau nak main, mainlah. Tapi kau respectlah sikit kat jiran - jiran, kat sedara mara kau yang ada anak kecik, kau fikirlah kalau nak main pun takkan sampai berjam - jam tak stop. Habis satu malam, malam esok kau sambung lagi. Consider lah sikit dengan orang sekeliling.

Sepanjang kau bakar mercun / meriam hingar habis rumah aku dengan suara budak - budak kecik especially Adam. Dah 2 malam dia tidur terjaga, terkejut, kejap - kejap nangis sebab tidur terganggu, trauma lagi dengan bunyik meriam yang kuat gila sumpah aku rasa macam duduk kat Afghanistan. Bila aku marah, siap kata kalau nak senyap pergi duduk library. Ada yang lagi pandai keluarkan statement kalau raya memanglah kena bising - bising, bukannya ada orang mati nak senyap - senyap. Astaghfirullah. Kau ingat raya ni hari untuk apa? Bertakbir, bertahmid aku tak kisah. Silap - silap aku sendiri join. Habis time ada orang mati aje nak senyap? Kadang - kadang aku rasa macam tak cukup pendidikan kalau dengar manusia - manusia macam ni bercakap.

Masuk malam kedua, bila Adam menjerit menangis sebab takut sangat, agaknya emak dah tak tahan, emak sound je diorang yang main mercun. Kau bayangkanlah kalau sampai rumah kau bau belerang, macamana tegarnya diorang main mercun. Sampaikan saki - baki bekas mercun yang melambung tu jatuh atas bumbung rumah kau. Habis satu rumah kau yang bau padahal orang sebelah yang main. Ni bukan main nak lepas gian ke apa, ni main buang tebiat namanya. Memang aku respect habis kat emak. Syabaslah emak. Tak kisahlah diorang nak kutuk emak belakang ke apa. Emak fikirkan cucu - cucu emak.

Tak payah nak cakap banyak - banyaklah, tak payah nak kata bahasa aku kesat ke apa, esok - esok kalau diorang ada anak kecik, aku pulak suruh Adam akar mercun macam diorang buat, agak -agak diorang gembira tak? Agak - agak diorang tepuk tangan tak kalau anak diorang melalak - lalak taknak diam? Agak - agak diorang dengan sopannya suruh aku berhenti main tak? Hopefully kau akan cakap sopan - sopan dan dengan lemah gemalainya kau aku suruh aku stop main mercun sebab anak kau nak tidur. Sebab aku memang takkan lupa apa yang kau cakap bila situasi ni aku yang hadapi.

Kesian anak mama. Dah 2 hari dia bad mood. Sayang anak mama.
Agak - agak kalau satu family aku dah menyumpah, makbul tak eh? *Geleng kepala* Sedih aku dengan perangai manusia sekarang - sekarang ni.

Agak - agaklah sikit.

Dah.KBhai!

14 comments :

nur easy said...

tahun lepas, satu malam agaknya mendukung ammar, xmo bg dia terkejut dgr mercun.

berpada2lah kalau nak main pun kan.. isk2

cik aletheea : said...

i pun rasa macam duduk kat Palestine je...bingit bunyi mercun.

bella bellitos said...

teringat arwah atuk dulu pergi lastik budak2 yg main mercun pasal cucunya meraung tak boleh tido.. selamat hari raya kak bunga & family..

Cik Puan Bunga said...

@nur easyKalau yg main budak2 kecik takpe lagi, ni yang main dah standard bapak2 org. aishhhhh!

Cik Puan Bunga said...

@cik aletheea :Statement nak mintak pelempang : standardlah malam raya bunyik bising, nak senyap duduk kat library. (agak2 nak lempang tak kalau dengar org cakap mcm ni?)

Cik Puan Bunga said...

@bella bellitosMMacho betul arwah atuk awak! hehehehe!

selamat hari raya bella! :D

cikcloudy said...

salam lebaran.. OMG, gambar last tuuuu!!

Cik Puan Bunga said...

@cikcloudyHorror kan? Khakhakha!

nazahiahhalim said...

haih seram tgk gambar last tu kak...

Cik Puan Bunga said...

@nazahiahhalimTertutup selera makan! haih!

Miss Tasantek said...

weh preggy mommy pon berada di zon bahaya. Sekali Daus main mecun aku tekejut besar sampai malam aku nak tido susah. jantung aku kencang je bedegup. cish..

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekDaus nak kena nih!

。+゚o。. Puan Dot . 。o+゚。 said...

samela kak..tahun ni sy pon fhm..even akid x meragam..tp die tekejut2..tdo x nyenyak..nasib x nangis

Cik Puan Bunga said...

@。 ゚o。. Puan Dot . 。o ゚。Baby below 6 months pendengaran masih kurang lagi, nanti cuba tengok kalau akid dah one year, sakit hati dottttttt!