Saturday, October 8, 2011

Aku Jadi Pada 10 Bulan Sebelum Hari ini 28 Tahun Yang Lepas.

Tajuk entri aku umpama hypothesis research pelajar master.

Bangun pagi dan aku terus merasa sangat bersyukur kerana mampu bernafas pada hari yang cukup bersejarah. Bersejarah bagi aku kerana pada tarikh hari inilah 28 tahun yang lepas, seorang bayi perempuan yang super comel dilahirkan oleh emak aku yang tahap super comelnya tinggi sikit. Bayi super comel yang kelihatan sungguh menawan dan begitu mempesonakan itu diberi nama NORHAYATI. Cahaya Hidupku. Cahaya hidup emak dengan abah. Cahaya hidup adik beradik yang lain. Cahaya hidup suami, cahaya hidup anak lelaki yang kacak. Cahaya hidup semua. Ecehwah. Boleh tahan berangan juga aku ni. Iye. 28 tahun yang lepas, pada tarikh ini, 8 Oktober 1983 aku dilahirkan.

28 tahun hidup di muka bumi Allah, aku tak tahu berapa banyak sumbangan yang aku dah berikan sebagai galang – gantinya. Yang aku tahu, kalau nak simpulkan menjadi pendek, aku boleh tahan menyusahkan orang juga kiranya. Kecik – kecik suka menangis. Ingatkan bila dah besar dah tak mahu menangis. Rupanya lagi hebat. Menangis sambil baling – baling barang pula. Dah tua – tua bangka ni pula lagi drama. Menangis sambil kemas barang nak lari dari rumah. Haih. Harta memang tak ada. Adam Irfan Xaharis itulah saja harta aku setakat ini. Rumah menumpang rumah emak, kereta tak habis bayar lagi (Tu belum kira jadi hartalah kan) hutang banyak lagi, dengan PTPTN, dengan pinjaman rumah emak, syabas betul kepada diri sendiri. Pencapaian terbaik setakat ini adalah lulus belajar dengan bergaya. Lain – lain tak ada.

Namun tak pernah sekali – kali aku menyesal menjalani hidup sebagai aku selama 28 tahun ini. Penuh dengan segala kesyukuran, penuh dengan rasa gembira dan redha, aku terima jalan hidup aku selama 28tahun ini. Bukan calang – calang punya hidup. Tapi Alhamdulillah, aku masih berdiri gagah pada hari ini. Tanpa sedikit rasa gentar menghadapi hari – hari mendatang. Come on lahhhhh aku kan Power Ranger Pink!

Terima kasih kepada yang mengucap selamat kepada aku. Aku hanya dapat membalas juga dengan ingatan tulus ikhlas dan ucapan selamat juga untuk engkau orang semua. Semoga Allah memberikan rahmat yang melimpah – ruah kepada engkau orang.

Untuk ulang tahun kelahiran aku pada tahun ini, tak banyak yang aku berangan nak ada. Aku cuma nak hidup dengan lebih bahagia dan barokah, rezeki yang halal dan melimpah – ruah, dan kalau ada rezeki boleh juga beri Adam kawan untuk bermain – main. Ecehwah! HAHA. Umur dah semakin tua, maka aku berharap tangga ibadah aku juga akan tua serentak dan matang bersama matangnya usia yang sudah 28 tahun ini. Siapa kata ‘Forever Young’ itu bagus? Pada aku, itu phrase manusia yang tak sedar diri. Menjadi muda bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Mungkin, kita perlu menerima kematangan diri sendiri dengan hati yang terbuka. Ayat senangnya, kalau dah tua buat cara sudah tua. Jangan nak lupa diri dan beraksi ranggi seperti muda – mudi. Ecehwahhh dah macam nak masuk pertandingan pantun.

Untuk birthday kali ini juga aku lebih merasa bahagia. Alhamdulillah walaupun tak expect nak dapat hadiah banyak – banyak macam zaman muda – muda dulu, sekurang – kurangnya ada juga manusia yang masih ingatkan aku. Yang masih nak menghargai hari yang penuh berbahagia untuk aku. Bukan nilai barang yang menjadi ukuran, tetapi betapa tanda ingatan engkau orang pada aku itulah yang paling berharga, tahu? Engkau ingat aku, engkau raikan hari ini untuk aku, walaupun engkau cuma kasi aku seluar dalam 3 helai RM 5 (Disposable beli di Watson) kembang – kempis hidung aku menahan rasa terharu. Contohlahhhh contoh! Engkau orang ingat aku dapat seluar dalam ke birthday kali ini?

Nuffnang bagi hadiah birthday, Maybank Treats juga bakalan memberikan hadiah birthday, Carlo Rino dan Bodyshop (Discount Voucher), Vincci, Watson’s (Tak rugi masuk member benda bukan – bukan ni.HAHA) Alhamdulillah. Kawan – kawan juga. Thanks thanks thanks sebab belanja makan. Inn thanks sebab belanja dinner untuk my birthday treat in advance and untuk present kau yang best tu. Kau sangat prihatin terhadap aku yang begitu obsess inginkan kulit yang sihat dan mulus. Thanks Inn.

Juga untuk suami. Terima kasih. Tak perlulah beli hadiah yang mahal – mahal untuk buat aku gembira. Aku sudah cukup gembira adanya engkau sebagai suami. Sayangnya aku suami pada engkau sampai sekarang aku tak dapat nak jumpa perumpamaannya. It’s indescribable. Terima kasih. Terkejut juga (Tak sangka sebenarnya) suami balik kerja pagi - pagi dengan sekuntum ros ditangan. Eh eh eh romantiknya sayang aku ni! Alhamdulillah. Tak ada hadiah mahal - mahal pun tak apa sayang. Cubaan untuk lebih romantik inilah yang tak ternilai sebenarnya. Kepada keluarga, juga kepada Embun yang jauh dimata, ini tahun pertama menyambut hari jadi tanpa Embun sebagai penyeri. Ecehwah. Sob sob!

Hari ini aku berusia 28 tahun.

Maka dengan ini aku mengisytiharkan diri sendiri sebagai seorang wanita yang sepatutnya sudah matang dan bakalan menjadi aset yang super berharga kepada masyarakat sedunia. Insyaallah.

Terima kasih semua. Doakan aku yang baik – baik aja, ya!

Dah.Babai!


For this ultimate bliss Ya Allah, I really am truly grateful.

28 comments :

nazahiahhalim said...

happy birthday

Cik Puan Bunga said...

@nazahiahhalimTerima kasih! :D

NANA ROHIZAT :DDD said...

Happy birthday teacher bunga :)

mieyza said...

kak bunga..Happy birthday!!!!!!!!!!!!!! Semoga hidup sentiasa di rahmati Allah...:D

Cik Puan Bunga said...

@NANA ROHIZAT :DDDThank you! :D

Cik Puan Bunga said...

@mieyzaAmin! :D Thanks! :D

bella bellitos said...

kak bunga, selamat hari lahir. have a wonderful birthday. semoga sihat selalu dan bahagia dengan family tersayang. dan jadilah "teacher jangok" forever. kehkeh :D

Cik Puan Bunga said...

@bella bellitosJangok deh? HAHAHA! Thankssss so much! :D

♥CIK SHA♥ said...

selamat ulangtahun kelahiran kak berbunga-bunga..ehehe..semoga dirahmati Allah sentiasa..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

selamat hari lahir yg ke 28 dear..tak lama lg akak lak nak sambut yg ke 30..huhu

Cik Puan Bunga said...

@♥CIK SHA♥Terima kasih! Amin untuk doanya! :D

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)Thanks sis! Auwwwwww 30! :D Best!

sailaaf said...

sweet, Happy Besday sis. sweet 28 i guess. hahaa

A Z R E E N said...

Happy Birthday CPB! :):) Bila nak buat makan- makan ni? Hehe.

watyz said...

Hepi besday!!! selang sehari ngan hubby saya... :)

Miss Tasantek said...

selamat hari lahir wahai cik puan bunga :)
kikiki..

Mrs. Adnan said...

Happy birthday Yati! lagi 2 tahun ke angka tiga!! hehe..

cik nur said...

sis walaupun dah lambat hepi beleted besday may god bless u with u family yaa

Cik Puan Bunga said...

@sailaafKehkehkeh dah 28 pun nak sweet sweet gak heh? KIKIKI!

Cik Puan Bunga said...

@A Z R E E NThanks azreen! :D nanti datang BP roger lah! :D

Cik Puan Bunga said...

@watyzOh ye ke? Wish kat dia jugak ye dari CPB! Hehe!

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekThank you cousin! :D

Cik Puan Bunga said...

@Mrs. AdnanThanks zila! HEhehehe adoiiii seram nak tukar angka 2 menajadi 3 tu! HUHU!

Cik Puan Bunga said...

@cik nurThanks cik nur! :D

dd.hasnidar said...

happy belated birthday cik puan norhayati!

nur easy said...

happy belated birthday mama adam..semoga memperoleh umur y baik..;)

Cik Puan Bunga said...

@dd.hasnidarThanks DD! :D

Cik Puan Bunga said...

@nur easyAmin! Thanks eize! :D