Sunday, October 2, 2011

Alhamdulillah. Rezeki Allah Nak Beri

Alhamdulillah, dalam bulan birthday aku ni (Sempat lagi nak promote birthday sendiri. Ehem. Ambil perhatian semua!) ada juga rezeki dari Allah untuk aku. Malu betul dengan Ya Rahman Ya Rahim. Akan berusaha beribadah dengan lebih gigih lagi! Amin Insyaallah! Kalau nak harapkan hadiah dari orang lain memang jangan haraplah kan. Dah tua - tua ehem macam ni siapa pulaklah yang sudi bagi hadiah dekat aku kan. Lainlah kalau muda remaja cantik bergetah ramai skandal dan bapak gula mungkinlah mungkinlah kan aku dapat hadiah yang standard - standard artis gitu.

Tapi tak mengapalah. Sebab perancangan Allah tu siapalah yang tahu kan kan kan? *Penuh pengharapan* HAHA. Lepas ni dah tak payah susah - susah nak harapkan hadiah jam tangan sebab Maybank Treats nak beri hadiah jam, cuma tinggal pilih sajalah design dia. Readers yang baik hati dan comel sedunia dah tolong dah pilihkan yang mana. Kata putus aje belum buat lagi ni. Tunggu dulu tunggu dulu.

Sekarang bakalan menunggu hadiah cash money dari Nuffnang pula. Insyaallah duit tu nantilah bolehlah guna untuk beli baju - baju untuk pergi sekolah tahun depan. Baju - baju yang lama separuh dah sedekahkan pada orang, separuh lagi ada masih tak tahu nak beri pada siapa.

Berapa RM kenalah rahsiakan. Malulah dengan Cik Epal yang ribu - riban. KEHKEH!
Tak sabarnya nak tunggu cheque sampai. Tak sabar nak cashkan. Tak sabar nak shopping sebenarnya. Haishhhh tak sabar! HAHA. Terima kasih Nuffnang sebab sudi tepek iklan di blog picisan saya. Sekarang ni pun ada satu buffered earning tengah running. Rezeki. Alhamdulillah. Terima kasih juga untuk readers .geek in the pink. tak kisahlah siapapun. Cadangnya nak buat giveaway sikit. Kita kongsilah sama - sama ye duit ni. Alahai baik hatinya aku! Lekas semua cepat sayang aku! HAHA! Kalau korang tak datang baca kat blog aku takde maknanya aku nak dapat duit free macam ni. Thanks tau korang! Kalau aku boleh kawin doploh, aku kawin dengan semua sekaligus! HAHA!

Rajin - rajinlah datang ye! EHEHEHE!

Dah. Babai!

10 comments :

Cik Ila said...

lor..nape tutup..nk tgk..huhu

Cik Puan Bunga said...

@Cik IlaEhhhhh taknaklahhhh... empat posen aje! HAHA!

salwaismail said...

tahniah :D

Cik Puan Bunga said...

@salwaismailTerima kasih! :D

hakamah hamyadi said...

bestnya cik puan bunga dpat BE..murah rezeki...blog kita lum ada can lg nak dapat BE..tahniah

Cik Puan Bunga said...

@hakamah hamyadiAMIN! Rezeki anak! Ecehwahhhhh! :D Nanti2 dapatlah. Rajin2 update! HUHU!

yayath said...

haha...giveaway???

menarikkk...nanti yath serbu..haha

Alhamdulillah rezeki akak:)

Cik Puan Bunga said...

@yayathSerbu tau tau tau! :D

-[DeeYA]- said...

babe,camne nk redeem points tu?point aku pun dah melambak-lambak nih.
*super-excited*

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-Kau pergi kat web yang aku link kat entry redeem tu lepas tu pilih barang yg kau nak redeem pastu isi borang pastu tunguuuuuuuuuu! :D