Friday, October 21, 2011

Berzina Memang Sedap

Kan? Sebab kalau tak sedap tak best takkan orang sanggup berzina. Kan? Berzinalah satu benda yang sangat nikmat. Nikmat sangat - sangat. Sehinggalah kenikmatan terhenti bila si gadis sudah mempregnantkan diri sendiri.  Masa itu baru gelabah nak cari jalan nak buang kandungan. Mulalah merakas nak pujuk pakwe supaya bertanggungjawab. Engkau ingat lelaki nak ke bertanggungjawab? Ayat cliche "Macam aku sorang je yang pernah tidur dengan kau?Tu Pak Mat Tempe tu pun pernah tidur dengan kau! Anak dia tu! Apa bukti anak dalam perut kau tu anak aku?" Alah aku selalulah tengok drama Melayu. Memang skrip pengarah bagi macam itu!

Mana yang pakwe duit bonus lebih sikit bolehlah buat abortion masa baby masih kecil lagi. Mana yang sengkek hina tak berduit pui mulalah nak lari - lari dari awek. Tinggal awek sorang - sorang sampai anak dalam perut cukup sifat semua lahir kedunia.

Maka disini bermula episod sedih seorang anak yang lahir kedunia tanpa ada dosa apa - apa. Anak yang lahir dengan harapan didakap penuh kasih sayang oleh ibu atau ayah sebaliknya dicampak dari bangunan, di humban dalam sungai longkang parit lopak air, ditanam hidup - hidup, dikelar perut sampai terburai isi perut, dibuang dalam pam tandas. Ya Allah. Aku kalau diberi peluang berjumpa dengan emak - emak ini, aku nak ludah muka sorang - sorang.

Aku memang akan mengutuk baby dumpers. Engkau orang nak cakap aku kejam atau aku tak berperikemanusiaan ke apa ke aku langsung tak kisah. Sebab baby dumpers memang hina. Baby dumpers memang kejam. 

Engkau sudahlah berzina, engkau membunuh lagi pulak. Apa yang engkau harapkan? Award? Orang selalu kata, manusia tak lari dari kesilapan. Baby dumpers harus diberi peluang kedua. Peluang apa? Peluang mengandung luar nikah lagi? Peluang dah diberi pada engkau masa engkau memilih untuk berzina ataupun tidak. Peluang selalu ada sewaktu engkau buat pilihan. Disaat engkau berzina, engkau menidakkan hukum Allah. Cuba tengok dalam Islam hukuman apa yang diberikan kepada penzina. Aku taknak komen. Sebab kalau penzina itu layak diberi peluang, mungkin dalam Islam tak akan ada hukuman rejam sampai mati untuk penzina. Sebab zina dosa besar. 

Aku selalu terfikir, disaat engkau memilih untuk menamatkan hayat anak kecil itu, disitu juga sebenarnya engkau telah diberi peluang untuk menebus kesilapan engkau. Engkau malu berdepan masyarakat, kenapa engkau tak malu berdepan dengan Allah? Kenapa sampai engkau tergamak menidakkan hak anak kecil itu untuk hidup? Siapa engkau? Waktu engkau campak dia dari bangunan, engkau tatap tidak matanya yang mungkin ketika itu mahukan dakapan engkau sebagai ibu? Waktu engkau kelar perutnya, engkau tatap tidak matanya kerana mungkin anak itu mahukan susu ibunya untuk menyambung nyawa? Sebab mata anak kecil yang jernih tanpa dosa itu tak pernah berdusta. Kenapa engkau masih tergamak? Hanya seorang ibu dapat mengerti luluhnya perasaan bila setiap kali baca surat khabar dan dihidangkan dengan berita - berita macam itu. Luluh lagi hati bila gambar - gambar anak malang tu di share di Facebook. Untuk apa? Memang keji. Gambar bayi terburai isi perut, bersepai otak, kau post kat Facebook, buat apa? Kau nak tunjukkan apa? Manusia mana yang pandai sangat buat semua ini, dia sebenarnya tergolong jugak dalam golongan manusia takda hati perut.

Ustaz aku pernah cakap, wanita yang melahirkan anak luar nikah tak akan pernah merasa sakit. Sebab melahirkan anak itu satu jihad fisabilillah untuk wanita yang sah bernikah. Kalau dia mati, dia mati syahid. Bukan mati jadi pontianak. Mati syahid. Setiap sakit yang dia lalui sewaktu ingin melahirkan dosa - dosanya berguguran. Dan sejurus lahirnya anak, maka ibu itu turut bersih dari dosa kecuali dosa - dosa besar. Mungkin sebab itu kau tergamak buat benda - benda kejam pada baby tak berdosa tu. Binatang pun tahu sayang anak. Aku emosi. Sebab aku betul - betul nak ludah muka orang - orang ini.

Ramai yang kata, masyarakat hanya tahu menghukum bukan mencari penyelesaian. Bagi aku, pandai - pandai kau cari masalah, pandai - pandai kau selesaikan. Bukan agama tak diajar. Tapi engkau pilih seronok. Engkau pilih hasutan syaitan. Engkau yang membuat pilihan untuk berzina. Ye memang salah engkau engkau engkau. Bukan salah emak bapak, bukan salah cikgu - cikgu, bukan salah sesiapapun tapi salah ENGKAU! YE ENGKAU!

Aku yakin seyakin - yakinnya, bayi yang engkau bunuh itu sudah tentunya bermain riang gembira dalam taman - taman syurga. Tapi engkau? Apa nasib engkau? Engkau mungkin boleh bertaubat tapi engkau takkan dapat memadam kenyataan yang engkau pernah membunuh. Pengecut! Engkau bunuh bayi tak berdosa. Kenapa tak bunuh lelaki yang buat engkau mengandung? Sayang? Ludah!

Aku memang beremosi. Sebab aku ada anak kecil. Terluka hati aku bila anak kecil diperlakukan macam sampah tak ada harga. Sedangkan sebenarnya engkau itu yang sampah. Yang langsung tak berguna. Zaman sekarang terlalu banyak kes penzinaan. Terlalu meluas hubungan lelaki perempuan tanpa batasan. Aku tak tau apa yang mereka cuba buktikan.

Aku memang tak akan mendoakan supaya engkau diberi kesedaran ke apa ke. Aku cuma doakan engkau mereput dalam neraka jahanam.

Sekian terima kasih.

Mama sayang Adam!

19 comments :

Lea Isnawi said...

penzinaan makin berleluasa skrg T_T

Cik Puan Bunga said...

@Lea IsnawiBerzina kan best!

watyz said...

dh baca pjg lebar ngan perasaan yg panas. tgk gambar bawah tu rasa sejuk nye hati... comel...

Hustler said...

Bagi yang belum berkahwin, Hukum zina 100 kali sebat.

Tang rejam sampai dead, bagi yang sudah berkahwin. (^_^).

cik nur said...

tuh la sis benda2 mcm nie kan untuk nur yang bujang2 nie musahabah diri untuk pertahankan harga diri :)

Cik Puan Bunga said...

@watyzBerjaya jugak adam mendamaikan perasaan yang marah! HAHA! ;)

Cik Puan Bunga said...

@HustlerTu diaaa tu diaaaa Hakim Mahkamah Syariah dah mai! *Insyaallah!* ;)

Cik Puan Bunga said...

@cik nurInsyaallah. Pertahankan Nur! :D

miss fliffy angel said...

Salam saya share tulisan saudari di FB group student saya di JKM Student.. semoga tulisan ini dpt dimanfaatkan.. terima kasih ye

Farha MF

Cik Puan Bunga said...

@miss fliffy angelSalam eh alahai malunya! Terima kasih! :D

Rai said...

kadang kadang aku pelik jugak sebab kat luar negara yg memang dah sah sah negara kafir susah nak jumpa kes buang anak..bagi aku memang salah orang yg berzina.. dia dah buat satu kesalahan.. tapi jgn lupa..masyarakat bertanggungjawab bawak dia ke jalan yg benar..

masalah dalam masyarakat kita adalah..bila org tu dah mengandung.. keji hina..masa kawan tu dok syok2 takde pulak nak hina..nak keji..biar je..

org desperate dia akan buat macam2. rasulullah sendiri ada seorang perempuan datang mengaku kat dia kata dah berzina pun rasulullah tak terus nak hukum sebat..

tak silap aku, sampai dah lahir anak tu.. sampai dah cukup 2 tahun disusukan barulah dilaksanakan hukumannya..

so, kita memang boleh kata..masalah ko cari ko selesaikan sendiri..tapi kalau dikeji..dibiarkan org yg keliru.. akan mendatangkan perkara yg lebih buruk lagi..takut2 dosa dia terpalit jugak sikit2 kat kita..

just pendapat aku lah..hehe..

shomelnya adammmm..dah ada calon ke?

Cik Puan Bunga said...

@RaiMasyarakat kita memang macam tu. Aku termasuk dalam masyarakat yang macam tu. Yang memang akan memandang keji dan hina orang yang berzina, mengandung. Memang layak kena keji sebab dah buat perkara keji, takkan nak dapat puji pulak kan?

Rasulullah Allah bekalkan dengan sifat2 mahmudah, macam aku ni, hahahaha faham2 ajelah. Orang islam, mak bapak islam, tapi sebab kejarkan seronok sekejap tu yang jadi merana sepanjang zaman.

kalau kita mewujudkan masyarakat yang menolong wanita mengandung luar nikah, kita macam bagi mereka satu ruang untuk kata "tak apa,ada tempat nak pegi kalau aku peknen pun." haaa camno tu?

Aku mmg keji penzina. Aku memang keji wanita mengandung luar nikah. Huhuhuhu. Aku obses mengkeji golongan ni. Ngehngeh!

Oh adam belum ada calon tapi permohonan masih terbuka. HAHA!

Liyana Lunia said...

entry paling emosi dan paling mengalirkan air mata <3 *angkat jari ibu, eh ibu jari kiri kanan* muwahh adam, kakak yiying pun sayang adam and kawan kawan adam. bila agakanya kakak yiying dapat baby comel mcm adam ye? ihik *gelakgataikbai

Anonymous said...

mengandung luar nikah? memang lah kite bloeh blame on it kalao ianya hasil dari penzinaan tapi bagaimana pula andai disebabkan kerana rogol?
pasti si mangsa juga kebuntuan lalu terdesak untuk membuat perkara perkara tanpa yang diduga bukan?
how bout dah lah mengandung hasil dari kena rogol then terkena pula sindrom Postpartum depression akak meroyan lalu terjadi juga lah perkara-perkara ganas yang tanpa disedari.

Cik Puan Bunga said...

@Liyana LuniaAkak yiying cepat2lah kahwin maka bolehlah menghasilkan baby yang super duper comel! HAHA!

Oh thanks by the way sudi datang sini! *Pengsan*

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousMatlamat tak menghalalkan cara. Pernah dengar ke ada sebut kat mana - mana dalam agama kita (akak andaikan anon yg menulis ini adalah Islam-that's why tulis agama kita) yang kata "barangsiapa yang mengandung luar nikah kerana dirogol dan mengalamani sindrom postpartum depression iaitu meroyan maka tindakan ganas ke atas baby kamu adalah dibenarkan / dimaafkan / diizinkan" pernah? Tak pernah kan?

Berbalik kita kepada yang satu iaitu iman. Apapun dugaan yang kta hadapi tak pernah memberikan kita ruang untuk bertindak diluar batasan.

walaupun akak tak pernah merasai pengalaman mengandung luar nikah akibat penzinaan atau perogolan (alhamdulillah) tapi jangan ingat akak bersifat judgmentaldan membuat assumption secara stereotyping ye. Bercakap berdasarkan apa yg pernah akak lalui dan kongsikan.

Again, ingin saya tegaskan disini BABY DUMPERS memang hina, keji dan tidak layak diberikan simpati. Bak kata akak dalam entry, peluang untuk mereka sentiasa ada bila mana mereka membuat pilihan sendiri.

Sekian terima kasih.

Anonymous said...

Hurm.. Semua 0rg ada pendapat yg berbeza.. P0k0k pangkal nya dari hati.. Mengandung hasil dari berzina atau dir0g0l x menjadi sebab utk bby itu dibunuh.. Walaupun bby yg dikandung itu adalah tanpa rela, sese0rang ibu itu sepatutnya melindungi dye.. Mer0yan x kan jadi law hati kita ikhlas pd bby yg dikandung walaupun hasil r0g0l.. Jgn sesekali pandang jijik pd bby tu sebab dye tetap ada darah si ibu.. Penat mengandung 9 bulan, sampai ati ke nak bunuh..?(Inn)

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousTepat sekali! Setuju! Thanks Inn!

Anonymous said...

Bla bla bla,bla bla bla?bla blaa bbla bla..bla bla bla!..bla..bla bla bla..pot pet pot pet pot pet? Poot pet peett poot..poot pet..bla bla bla..bla..bla..bla...blah dulu.chow