Monday, October 24, 2011

Birthday Celebration Entah Part Yang Keberapa. Terima Kasih.

Haih birthday dah lama dah lepas, tapi baru nak update family celebration for my birthday. Bolehlah eh? Alaaaa masih bukan Oktober jugak kan. HEHE.

Kitorang celebrate secara kecil – kecilan saja di Johnny’s Steamboat Restaurant. Itu restaurant favourite emak. Kalau nak bawak emak makan luar memang wajiblah bawa emak ke situ sebab tekak emak memang serasi dengan makanan kat situ. Kalau bawa emak tempat lain nanti dia bebel – bebel kata tak sedaplah, masinlah, blablabla. HAHA. As long as emak happy maka kami pun happy juga!

Engkau jangan haraplah Adam akan duduk diam sambil kunyah biskut dengan taatnya. Sepanjang masa kerja dia turun naik baby – chair, ketuk – ketuk meja dengan sudu, campak sudu jatuh lantai, lenyek makanan atas meja dan ulang balik semua rutin kenakalan dengan gembiranya. Nama nak makan dengan tenang tanpa gangguan hanyalah mimpi indah sepasang suami isteri. Bila suap makanan nanti dia sembur – sembur. Haih. Ni genetik papa lah ni kalau nakal – nakal macam ni.

Yayyyy! Ketuk - ketuk lagi dan lagi banyak - banyak kali! YAYYYY!
Emak sayang dengan Auntie Wah
Eh eh suami.
Interframekan lubang hidung kembang aje. HAHA.




Menu pilihan of course steamboat and side dishes macam Thai Fried Bee Hoon untuk emak dengan Auntie Wah, Belacan Fried Rice Extra Spicy untuk aku and untuk Meme apatah nama makanan tu aku tak ingat. Tapi mee dia warna hijau. Kembang tekak aku menengoknya tapi Meme makan dengan riang gembira aje. HAHA. Untuk dessert macam biasa my all time fav Red Bean Ice Flake.




Balik dari makan suami singgah Secret Recipe belikan Choc Indulgence Cake. HEHE. Thanks sayang. Dalam family aku sorang je pun yang suka makan kek cokelat, yang lain macam tak berapa nak minat sangat. Sudahnya aku sorang yang makan kek cokelat tu, kendurikan dengan Auntie Wah and Meme. HAHA.


Kak Sally jugak tak pernah miss nak buat something untuk birthday aku. Tahun ni dia buatkan trifle. And ini jugak first time aku makan trifle. HAHA. Not bad jugaklah trifle Kak Sally. Sedap! Lain kali bubuh buah banyak – banyak ye, kak! Thank you so much kak for the trifle.


Emak gorengkan Ayam Goreng Rempah. Nyumnyum!
Well, untuk birthday kali ini tak banyak yang aku nak. Aku cuma harap aku dengan suami akan bertambah bahagia sampai bila – bila dan aku suami isteri dapat membesarkan Adam dengan penuh kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Semoga aku menjadi wanita solehah yang menjadi kebanggan suami, bukan lagi wanita yang cintakan dunia blablabla. Nak jadi anak yang solehah dan berbakti pada emak abah. Pendek kata, nak jadi family woman yang tidak akan mengabaikan career. Alahai mulianya birthday wish. HEHE. I love my family so much.

Sekian saja untuk laporan birthday aku pada tahun ini. Semoga tahun depan Allah beri kesempatan untuk menyambutnya lagi. Amin ya rabbal al amin!

TATA.

6 comments :

.embun. said...

nak johhny jugak! kat sini taktau nak carik kat mane.untungglahhhh makan takde aku.ceh!

Innanie | Ariffin said...

Birthday dah lama lepas, celebration tak habis lagi.. untunglah!!

geram tgk adam~

p.s: tiber ngidam truffle!

sailaaf said...

aha..adam suka ketuk2..kek tu tak menahan..semoga bahagia CPB =)

Cik Puan Bunga said...

@.embun.Balik kang aku belanjalah Joni! HAHAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinHahahahahaha poyo kan kan kan?? Heee Adam mmg menggeramkan. Haaaa trifle sedappp!

Cik Puan Bunga said...

@sailaafTerima kasih! :D