Saturday, October 22, 2011

Dapur Selebriti. Ecehwah Berangan Lebih

Sebenarnya segan - segan jugak nak buat entry ni. Ini pun type entry sambil tutup muka dengan baldi sebab kata tadi malu sangat kan. Tapi sebab Kak Dewi dah request, aku ni tak boleh kalau orang request - request ni, mesti kena penuhi kan sebab tak sanggup nak mengecewakan orang. Eceh. HAHA.

Sejak emak duduk JB rumah Maklong ni, apa - apa nak makan pun kena masak sendiri. Hari tu tekak mengada - ngada pulak nak makan nasi lemak. Pujuk suami suruh buatkan, suami kata dia tak terer lagi masak nasi lemak. Hati penuh dengan kekecewaan tapi sebab azam dan semangat juang tinggi maka aku call emak kat JB minta resipi sambal tumis udang dia yang sedap sampai menjilat lantai tu. Lepas emak bagi resipi, aku dengan gigihnya memasak. Sekejap aja pun masaknya. Lepas tu yang hebatnya kan, aku masak sedap! HAHA. Betul! Suami kata sedap! Kembang kempis lubang hidung tahan bangga bila suami kata sambal tumisnya sedap.

Engkau bayangkanlah first time memasak ni untuk suami lepas tiga tahun kahwin. Memang tak guna betul aku ni. Mana tak bangga bila suami kata sedap. HOH! Kak Dewi request resipi sambal tumis udang ni sebab dia suka nak try sambal tumis jawa yang hitam pekat manis tu. Baiklah Kak Dewi, inilah resepinya. 

JENG JENG JENG! (Sebenarnya tak perlu sound effect sangat pun tak apa. Saja je.)

Tajuk resepi kita pada hari ini ialah SAMBAL TUMIS UDANG JAWA bukan udang tu yang keturunan Jawa tau. Aku pun tak tau udang tu keturunan apa. Ni sambal tumis resepi Jawa. Eh banyak membebellah aku!

Bahan - Bahan 

1. Udang (Banyak mana ikut sukalah. Nak masak 2 - 3 ekor saja pun boleh. Takde siapapun marah. Cuma macam bongok sikitlah engkau, kan)
2. Lada Kering (Kalau suka pedas bubuhlah banyak sikit. Jangan risau, perut takkan sakit memulas sebab lada kering bukan macam lada boh yang dah siap - siap kisar tu.)
3. Bawang Putih (3 ulas cukup untuk hidangan 3 - 4 orang)
4. Bawang Merah (Aku pakai 2 biji saja sebab bawang merah aku besar - besar betul! HAHA. Satu biji untuk dihiris - hiris, satu biji lagi untuk dikisar)
5. Air Asam Jawa (Sikit saja jangan banyak - banyak nanti kalau banyak sangat jadi masam tak sedap. Pui!)
6. Garam (2 sudu kecil)
7. Gula (2 sudu besar)
8. Ajinomoto (Jangan banyak - banyak. Nanti kepala jadi botak susah pula)

Cara - cara Memasak

Fasa Pertama - Kupas udang. Kupas bersih - bersih. Janggut dia buang. Lepas itu hiris bawang besar sebiji. Kemudian goreng udang tu sampai masak. Tapi jangan kering - kering sangat. Biar dia masak tapi masih gebu - gebu gitu. Resipi aku ni udangnya kena goreng dulu, so nanti sambal tumis engkau simpan 2 - 3 hari pun insyaAllah tak basi. Lepas goreng udang, goreng pula bawang yang dah dihiris tadi. Goreng pun jangan sampai kering sangat. Agak - agak bau dah naik, angkat.

Udang yang telah siap di goreng. Sedap makan macam tu aja. EH! Ada janggut lupa nak cabut! HAHA!
Fasa Kedua -  Potong kecil - kecil lada kering tadi ikut suka engkau orang nak banyak ke nak sikit lepas itu rebus lada kering ni tadi. Sebab itu aku kata kalau buat macam ini, letak banyak - banyak pun perut tak sakit. Lepas dah rebus, agak - agak dia dah lembut, angkat, toskan dan terus masukkan dalam blender bersama - sama dengan bawang besar (Bukan bawang yang di goreng tadi tau! Bawang yang sebiji lagi) dengan bawang putih. Lepas itu masukkan air setengah cawan  kecil dan blender mereka sampai cedera parah (Sampai lumat halus tak berketul - ketul)

Fasa Ketiga - Bila dah lumat, panaskan kuali and masukkan minyak masak setengah cawan kecil. Panaskan minyak, then bila dah panas masukkan bahan - bahan yang kita dah blender sampai cedera parah tadi. Wuuuuu time ni bau dia memang sedap betullllllll! Bila bau dia dah naik, masukkanlah garam, gula tadi. Tunggu sampai sambal tu kering. Macamana nak tau dia kering? Warna dia akan jadi merah kehitam - hitaman and warna dia berkilat. Sambil - sambil tu kacau lah supaya sambal tak lekat dekat kuali engkau. Haaa kalau kurang manis engkau boleh tambah lagi gula. Tapi better jangan sampai lebih 2 sudu setengah lah untuk hidangan 3 - 4 orang. Kalau tak nanti tak sedap. Kemudian masukkan air asam jawa. Aku masukkan 3 sudu besar saja. Kalau lebih - lebih nanti masam. Kalau perlu, tambahkan air masak supaya sambal jadi likat dan sedikit berkuah. Tak adalah sambal engkau kering kontang nantinya. Bila dia dah jadi hitam berkilat, tambahkan Ajinomoto sikittttttt aje. Lepas itu bolehlah masukkan udang. 3 minit kemudian masukkanlah bawang goreng yang kita goreng mula - mula tadi Kacau - kacau dan SIAP!

Sedap nauzubillah!
Berjaya jugak aku buat set nasi lemak hari tu. Sedap pulak tu! HAISHHHHH!
Eh resipi ni senang gila nak buatlah. Bayangkanlah aku yang tak pernah memasak ni pun boleh buat. Engkau orang yang dah expert - expert ni haishhhh masak sambil serkup kepala dengan baldi pun boleh jadi.

SELAMAT MENCUBA! ^__^

p/s : Mesti Kak Dewi bosan gila, nak dapat resipi pun terpaksa baca aku membebel - bebel. HUHU!

13 comments :

Cik Rose Cute said...

Emmm sedapnya...

Cik Puan Bunga said...

@Cik Rose CuteCubalah! :D

nurulhaza said...

Thanx sbb tuju kt aku jgk!

nurulhaza said...

SedAaap!!thanx link kt aku..nnnti leh try nih

-[DeeYA]- said...

hebak!hebak!!!

bg resepi nasi lemak plak.hehe..

Umie Artoqiemie said...

post la laju kat aku. haha. sedap..

Cik Puan Bunga said...

@nurulhazaKak dewi kata engkau suka masak! HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@nurulhazaHaaa try! :D

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-Bolehhhh! Sonang yo! :D

Cik Puan Bunga said...

@Umie ArtoqiemieBOLEH! ;)

~H @ N i ~ said...

MELELEH AIR LIUQ SAYA!! ;)

Cik Puan Bunga said...

@~H @ N i ~HEHE!

Miss Tasantek said...

kalau nak tahan lama selain goreng dlu udangnya, kita boleh biarkan kulit badan udang tu tak dikopek. badannye lah. kepalanya buang.
sambal kena cukup masak barulah boleh makan dengan lahap tanpa rasa ragu2 lepas ni kena cirit birit :)
caiyok kak. pasni kita masak sesama lak kalau kau datang umah aku eh :)