Friday, October 7, 2011

Hero Kacak Panjat Sofa Saya Bertambah Kacak!

Suami dah banyak kali bebelkan aku supaya potongkan rambut Adam yang dah panjang dan tercacak – cacak tu. Kalau time dia tengah merakas – rakas memang muka dia dah macam seorang budak yang maha notty. Dengan rambut bersimpang – siur. HAIH!Tapi aku suka rambut Adam panjang – panjang mencacak – cacak macam itu! Comelnya lebih sikit. Macam Hafiz awan nano nano. Comelnya! Kadang – kadang aku letak reben pink Embun punya. Alahai jelitawan anak bujang aku. KEHKEH.

Tapi itulah, bapaknya nanti bising – bising suruh aku bersikap lebih prihatin terhadap kebersihan anak – anak. EH apasal anak – anak ter’plural’ pulak ni? HAHA. Insyaallah. Suami cukup pantang kalau Adam selekeh – selekeh ke, tak terurus ke. Tapi kadang – kadang memang aku saja je biarkan Adam serebeh – serebeh sebab comel aje pun kalau dia serebeh macamanapun. HAHA. Tapi menurut perintah sajalah kalau boss besar dah suruh aku cepat – cepat potongkan rambut Adam.

So last week lepas balik wedding adik kepada kawan lama aku, kitorang terus menuju ke kedai gunting yang dah berbelas tahun jadi tempat aku dan adik – beradik yang lain gunting rambut. Dari kami kecik lagi kedai ni memang dah jadi tempat kitorang buat macam – macam fesyen kat rambut masing – masing. Kadang – kadang berjaya dengan awesomenya, kadang – kadang fail jugak. Maklumlah kedai gunting kampung. Manalah nak up to date sangat dengan fesyen. Tapi bolehlah daripada tak ada. Banyak berjasa tu.

Adam diam saja, cool kentang gitu tak merengek langsung bila pakaikan dia kain dan dudukkan dia atas kerusi. Memang baka aku ni. Aku kan cool kentang. Pui!

Bila auntie tu tarah rambut dia, dia sangat senang untuk di manage. Orang suruh toleh dia toleh, orang suruh dongak dia dongak. Cuma sekejap – sekejap nanti dia pandang muka auntie yang menorah rambut dia. Tak tahulah apa yang bergelodak dalam jiwa dia. Sakit hati agaknya sebab rambut dijahanamkan sesuka jiwa raga. HAHA.

Tengokkkk tengokkkk rambut dia. Sungguh kacaklah anak mama! (Poster kat belakang itu sudah tertempek sejak aku kecikkkk lagi. Vintage kau!)
Astaghfirullah hal azimmmmm!
I'm cool slurpeeeee!
Mulut ternganga sepanjang masa.
Gangster sungguh auntie tu pegang kepala Adam.
Nasib baik boleh cacak lagi!
Tak sampai sepuluh minit, Adam telah berubah menjadi manusia kacak yang sungguh mempesonakan. Alahaiiii. Baka aku jugak ni. Mempesonakan! AHAHAHAHA!

Puas hati sungguh Papa nya bila anak bujang kesayangan dah berambut kemas. Aku baru berazam nak simpan rambut dia cacak – cacak. Barulah ada rupa hero Korea sikit. Berangan.

Dah.Babai!

12 comments :

nuerule areyin said...

ensem nih :)

Miss Tasantek said...

gunting kat anak yew hot eh...poster tu pon aku kecik lagi dah ada..hahaha..

weh tangan abang izal macam tangan azmee ah. bulat2 berisi dan padat. hahah...baru perasan..

adam behave je gunting rambut, kau kena hati2 , simpang gunting kain dalam laci, esok lusa die gunting rambut kai gunting cikpah lak.

Cik Puan Bunga said...

@nuerule areyinKehkehkeh. Thanks! :D

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekTangan sasa yang melindungi sentiasa! KUIKUIKUI!

Mesin jahit mak aku tu selamba dia panjat joget2. Aduh!

watyz said...

auww... macho gitu.. behave nye dia. kalo teruna ai gitu senang keje ai laki bini. ni cam mak pak dia nak mesin kepala dia bg ilang je melalak nye... hahahha

Cik Puan Bunga said...

@watyzMungkin dia behave sebab ini adalah pertama kali. Mungkin lepas ni dia akan breakdance pula? HAHA!

watyz said...

CPB~ nak tanya la... camne nak wat 'copyright' tu? lagik 1 'reply' kat komen tu... :) tQ...

Cik Puan Bunga said...

@watyzOhhh copyright tu nama dia watermark, yang reply tu edit kat coding. Kalau u nak, email je nanti i bagi codenya. Nak buat tutorial malas! HAHAHA!

watyz said...

watyz82@gmail.com

Cik Puan Bunga said...

@watyzKalau saya lupa TOLONG INGATKAN ye! :D

ynadona said...

kah2...kelakooooooo sgt tgk antie tu tonyoh kepala adam...aduilaaa....

Cik Puan Bunga said...

@ynadonaMcm kejam kan? HHAHAHAHA!