Monday, October 24, 2011

Preparation 101 #Apa Yang Perlu Dibawa ke Hospital Untuk Bersalin

Aku ni particular orangnya. Ewah padahal kadang - kadang kalau datang angin kalut merepek - repek jugak perangai. Tapi aku suka semua benda in order. Senang. Tak payah nak pening - peningkan kepala. Semalam ada orang tanya kat Formspring, list barang - barang yang perlu nak bawa ke hospital masa nak deliver. Apahal pulak aku pergi forward soalan tu kat semua followers aku. HAHA. Jangan pelik - pelik pulak mana - mana yang dapat soalan tu dalam Formspring ye. KEHKEH.

Bila masuk je tujuh bulan preggy dulu, terus aku siapkan 2 beg baju untuk letak dalam kereta aku dan kereta suami. Satu beg dalam kereta aku and satu beg lagi dalam kereta suami. Senang. Dan buku merah klinik tu memang aku letak dalam handbag setiap masa. Sebab start dari 7 months preggy kan kita dah boleh bersalin bila - bila masa kan, jadi aku nak semua benda accessible, tak adalah tergesa - gesa kelam - kabut dan sebagainya.

Masa bersalinkan Adam dulu, aku deliver kat GH Batu Pahat, jadi semua benda mestilah particular kalau tak nanti aku takut nurse - nurse bebelkan aku. HAHA. Jadi dalam beg - beg baju aku tu memang semua benda pun aku masukkan. Isi kandungan beg adalah :

1. Kain Batik 3 helai
2. Loose T - shirt 3 helai
3. Loose underwear 6 helai
4. Loose bra / nursing bra 3 helai
5. Maternity pad (Pureen) 1 bungkus yang isi dia 10 helai
6. Kain bedung baby
7. Baju baby 2 set (Sebab dah budget akan discharge awal so tak perlu bawa banyak - banyak)
8. Boots and mittens 2 set
9. Bantal baby
10. Pampers baby (Newborn) 4 helai

Kemudian mesti bawa bakul untuk letak thermos and cawan / makanan :

1. Thermos
2. Biskut
3. Botol susu baby (Tak digalakkan bawa. Tapi in case lah kan)
4. Berus gigi / Ubat gigi
5. Nestum
6. Tambahan aku bawa kurma and air zamzam.
Kurma dengan air zamzam ni bagus untuk tambah tenaga / sustain tenaga. Masa nak deliver dulu aku tak selera nak makan apa - apa, sebelum kena tolak pergi labor room aku just makan 2 biji kurma and togok air zamzam. Alhamdulillah bertenaga masa nak push and tak rasa lapar.

Engkau orang boleh je nak bawa benda - benda lain ke hospital tapi kena plan awal - awal, jangan kelam kabut. Better dah letak siap - siap beg dalam kereta macam yang aku suggest awal - awal tadi. Manalah tau kan, tiba - tiba je rasa nak terberanak masa tengah jalan - jalan.HEHE

Dah. Babai!

5 comments :

cik nur said...

tak apa bila dah smpi waktu nye nnt nur godek2 blog akak cari entri nie hahahah

Cik Puan Bunga said...

@cik nurHehehehe bolehhhhh! ^__^

Miss Tasantek said...

baru nak tanya pad apa kau pakai time pantang tu :) dah tau jawapan dah :) best tak pakai pureen pad tu?? jawab kat msg hp aku tau. aku kredit takde ni..tulis kat blog je :) azmee asik lupa singgah kedai beli tohpap. kecil hati.

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekBEST SEDUNIA! HAHA!

Qiela said...

tq mommies!!!! due next month, wish me luck.