Friday, October 7, 2011

Siapa Suka Makan Mee Bandung Angkat Tangan!

Aku suka makan mee. Bagilah aku mee apapun, dengan senang hati dan berbahagia aku akan menghabiskan mee tersebut. Lagi - lagi kalau mee bandung, memang aku akan makan sampai habis tak kiralah banyak mana pun. InsyaAllah. HAHA. Macam buruk lantak je kan. Tapi memang aku suka suk suka suka mee bandung. Dulu masa aku kecik - kecik, kalau abah time gaji especially hari Sabtu kan, nanti abah belikan aku mee bandung. Selalunya satu bungkus tu makan dengan emak. Tak cukup kalau pada aku. Aku nak 5 bungkus sorang - sorang. HAHA. BURUK LANTAK. Tak kira siapa pun yang masak, aku tetap mencintakan mee bandung!

Tempat favourite aku kalau nak beli mee bandung mesti kat Odeon, Batu Pahat. MESTI. Setakat ini, situ sajalah tempat aku nak mengisi perut kalau tiba - tiba terasa mengidam - ngidam manja nak makan mee bandung. Pada aku kat situlah tempat yang mee bandungnya sedap nauzubillah. Biasa - biasa ajepun mee bandungnya. Tak adalah sarat dengan benda - benda apapun kan, cuma telur dengan daging. Tapi memang sungguh sedap!SEDAP SEDAP!

Hari tu teringin sangat nak makan mee bandung Odeon tu. Tapi pergi berapa kali pun asyik dah sold out je. Budget artis betul mee bandung tu. Terpaksa aku ulang - alik berkali - kali. Nasib baik kali ketiga pergi tu mee bandung tu ada lagi. Terus beli 3 bungkus! KAHKAHKAH!

Percayalah kawan - kawan. Ini sedap!
Nak lagi sedap, mee bandung ni kita mesti makan ia bersama dengan Cili Jeruk yang kalau engkau makan memang stim sebulan! Memang terangkatlah mana - mana yang patut terangkat! Keninglahhhh kening! Cili Jeruk ni memang sedap kalau makan dengan mee bandung ke, kuew teow goreng ke, apa - apa ajelah. Tapi engkau jangan makan dengan aiskrim vanilla pulak!

Cili Jeruk. Sedap nauzubillah.
Engkau orang kalau nak aku belanja mee bandung ni jangan segan - segan datang Batu Pahat. Yang memang dah duduk Batu Pahat tu haaaa marilah kita dating! *Wink wink*
Dah.Babai!

23 comments :

A Z R E E N said...

Wah, nampak sedap tu. Sy ni pon sama pencinta mee. Hujung bulan ni i'allah nak datang BP, UTHM ada konvo. Jom dating jom. :):)

Shellia89 said...

Di waktu lunch camni, mmg bertambah lapar apatah lagi bila tjumpa post ni..... Huhuhu! meliur habes...

Shellia89 said...

Di waktu lunch camni, mmg bertambah lapar apatah lagi bila tjumpa post ni..... Huhuhu! meliur habes...

。+゚o。. Puan Dot . 。o+゚。 said...

wahhh...kite pon slalu mkn situ..dari kecik lg mkn situ..kadang dah makan..siap bungkus bawak balik..xkisah la kedai buruk pon..tp mee bandung... meleleh air liur tgk...aduhhh...lmbt lg nak balik bp :(

Cik Puan Bunga said...

@A Z R E E NJOMJOMJOM dating JOMJOMJOM! :D

Cik Puan Bunga said...

@Shellia89Shelliaaaaa memang sedappppppppppp! :D

sailaaf said...

kecuq ayaq lioq oooiii..hahaha
tetiba rasa nak datang BP kan. hahaha

Cik Puan Bunga said...

@。 ゚o。. Puan Dot . 。o ゚。Eh ahad ni balik BP kan? Jomlah kita pekena seround! :D

Cik Puan Bunga said...

@sailaafMehlahhhhh mehlahhhhh! :D

izyan asimat said...

pergh sedapnye... minggu ni nak balik johor.. boleh singgah ni.. kat area mane odeon tu?? nk pegi try la..

Miss Tasantek said...

kongasam punya mee bandung. abis sakit perut aku menahan lapar ..hahah..
eh. kite tekak yang sepesis ah. die hard fan of mee bandung.

♥ Cahaya Pelangie ♥ said...

kat kedah takde mee bandung! dah setahun tak makan. kesian kann~ apa kata pos mee bandung ke kedah..hee

Cik Puan Bunga said...

@izyan asimatKat area bus stand, depan Garden Hotel! ;D

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekMee bandung! Mee bandung! Mee bandung!

Cik Puan Bunga said...

@♥ Cahaya Pelangie ♥Jom akak belanja mee bandung! :D

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam..nnt akak blk mesia akak cr adik .tunjuk kedai yg best tau.suka sgt2 mkn mee bandung.ops..akak tak suka mkn cili jeruk.mmg tarik muka klu org letak cili jeruk klu beli char kuew tiau..huhu

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)BOLEH! :D Kenapa tak suka cili jeruk? Rasa dia ehh? HIHIHIHI! I loike cili jeruk! kekeh!

mimie said...

BuNga>>.
Meh! Makn mee Bandung kat Pt Hj Salleh Khairon sebelah ngan Pt Hj Abd. Hamid ( Kg akk!!) Sedaappp ooo....

watyz said...

menu wajib bile menjamu kawan2 time raya sbb senang nak buat. pakai ready made nye paste. hahhaha

Mrs. Adnan said...

nape mee bandung dia pucat! hehe.. kalau sedap macam mee bandung muar, harus cuba ni..

Cik Puan Bunga said...

@mimieKakkkk belanjalahhh! Sedap heh? HIHI!

Cik Puan Bunga said...

@watyzWahhh pandai masak mee bandung! Bestnya! :D

Cik Puan Bunga said...

@Mrs. AdnanKamera HP cap katak kot? HAHA warna sebenarnya mengancam! Ouhhh mmg sedapppp!