Thursday, October 20, 2011

Skandal Manis Melekit

Sengaja letak tajuk begitu sebab nak kejar traffik. Manalah tau ada yang Google lawan web porno eh alih - alih terjebak dalam blog aku. HAHA. Sebenarnya nak update benda ni lama dah dulu masa birthday aku tapi sebab busy busy budget busy mengalahkan Perdana Menteri Namibia aku terupdate lambat pula. Haihhh. Banyak betul entry kepam yang aku lambat update.

Aku kalau dengan Kakak cantik memang tahap mengada - ngada aku berlebihan sedikit. Maklumlah kakak cantik ibarat Santa Claus yang suka menunaikan hajat manusia macam aku. Macam dulu kan meracau - racau nak makan Macaroons kan maka kakak cantik ini jugak yang menghulur tangan ringankan beban pos Macaroons all the way from KL. Kau terharu tak? Sob sob sob. Terharu betul bila ada stranger yang berhati waja sanggup buat macam itu untuk kau. Lepas tu dulu masa tengah in fashion shawl warna - warni berjuntai kan tiba - tiba eh dapat jugak!

Hari tu masa dah nak dekat birthday cuba - cubalah kan cakap kat dia nak try rasa gula - gula handmade sticky tu kan, manalah tahu ada rezeki birthday aku dapat jugak merasa kan kan kan? Alih - alih tengahari Jumaat tu kakak cantik sms "Bak alamat! Nak pos hari ni juga!" Wahhhhhhh! Heavennya rasa!





Okey Adam terpaling banyak makan. Aku dah tak berdaya menghalang. Masuk bilik terus tunjuk balang gula - gula sambil merengek - rengek. Taste tinggi kau! Kakak cantik kata ini gula - gula orang kaya. HAHAHA. Sedapnya! Ada macam - macam flavor. Aku suka makan sekali sumbat macam - macam flavor aku bedal. Lepas itu rasa dia bercampur - campur dalam mulut. Sesungguhnya aku sangat jakun!

Thanks eh Kak Su. Akak ni dahlah cantik, hati baik pulak tu! Nanti akak datang Johor saya belanja akak makan mee bandung ye? HEHE! Sayanggggggg Kak Su!

Cantik kan?
Dah. Babai!

10 comments :

Chooyaya! said...

Ya Allah, comelnya adam pegang botol tu mcm tu!! Tolong gegetkan pipi dia... Hehe.

Neway, glad U like it!

Sekian,
Kakak cantik (la sangat)

Cik Puan Bunga said...

@Chooyaya!Dah geget dah! Thanks kakkkkkkk! Sayang akak sungguh - sungguh nih! :D

cik EPAL said...

penah gak makan gula gula ni. serious ah sekali makan taknak benti hehe

Umie Artoqiemie said...

wahhh. heaven orang kasi.. nak satu bulih? satu je.. hehe..

Innanie | Ariffin said...

Kakak Cantik, jom kita berskandal.... mau???

p/s: CPB... untunglah ada kakak cantik!!!

watyz said...

cakap ngan kakak cantik tu...saya pon nak gak!! hahahaha...gurau jer.. :)

Cik Puan Bunga said...

@cik EPALSedap kan cik epal? maklumlah kat batu pahat takde jual! HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@Umie ArtoqiemieNahh nahhh ambiklah! HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinSapa sapa? Nak skandal dengan i? HEHEHEHEHE!

Cik Puan Bunga said...

@watyzBolehhhhh! HAHAHAHAHA!