Monday, October 31, 2011

Susu


Nampak tak betapa terujanya aku bergambar bersama Susu Dutch Lady 1,2,3 perisa madu? Oh sila beri perhatian juga kepada muka aku yang semakin mulus. Tapi aku taknak share dengan engkau orang kenapa muka aku semakin mulus melainkan kalau engkau orang pujuk - pujuk aku dengan manja. HAHA. Macam nak mintak penampar. Nampak area T-zone begitu bercahaya? Itu namanya cahaya keimanan. Alhamdulillah. Okay mengarut dah.

Macam yang semua orang sudah sedia maklum, Adam minum susu campur. Maknanya susu badan campur susu formula. Ye ye aku tak breastfeedkan Adam secara ekslusif. So far alhamdulillah Adam baik - baik saja. Walaupun aku super mencemburui emak - emak yang breastfeedkan anak secara ekslusif, tapi tak apalah terimalah kenyataan dengan hati gembira nescaya hidup lebih bahagia. Aku kan muda lagi. Chill. Anak kedua ketiga kelapanbelas lepas ini aku breastfeed sampai dia orang nak masuk darjah satu. InsyaALLAH. Okay mengarut lagi.

Ada yang tanya, susu apa yang aku beri pada Adam. Susu yang mahal - mahal ke atau susu cap katak? Okay susu cap katak disini mungkinlah bermaksud susu pekat manis cap Teko memang melampaulah nak beri baby susu macam itu kan. Susu mahal pun tak jugak. Sebab mahal tak semestinya baik. Aku bukan cheapskate. Tapi alangkah baiknya kalau kita lebih menitik beratkan kualiti daripada harga barang kan?

Rasanya susu apapun (Asalkan formulated) takkan setanding dengan kebaikan susu ibu. Dan kalau dah nama formulated tu, formula untuk menghasilkan FM ni sama ajelah kan. Jadinya kenapa perlu memilih yang mahal sedangkan yang jauh lebih murah pun kualiti dia baik - baik saja? Rasanya tak ada kajian saintifik dialankan secara khusus keatas anak - anak yang minum FM mahal berbanding anak - anak yang minum FM yang biasa - biasa. Ada tak? Aku dah cari sana sini macam tak ada.

Dutch Lady ternyata memberikan Adam kecergasan berpanjangan dan kecerdasan yang boleh tahan membanggakan jugak. Ternyata kalau dia dah buat perangai bijak macam itu sel - sel otak Adam kira berhubung jugaklah kan? Alahhhh macam dalam iklan susu tu. HAHA. Dutch Lady ni tak mahal. RM20.90 satu peket besar. Selalunya dalam sebulan aku beli terus 5 peket. Dulu beli perisa original. Sejak - sejak lidah Adam dah semakin mengada - ngada ni aku belikan dia perisa Madu. Tengok dia minum macam lazat je. Kira menepati citarasa dialah tu kan.

So far Adam minum tak adalah kena cirit - birit, poops dia pun comel je rupa bentuk dan warnanya. Adam pun tak meragam sakit perut atau gatal - gatal (Simptom alahan susu yang biasa) semuanya baik - baik aja. So aku assume susu ni sesuai dengan Adam. Adam pun semakin sihat, berat bertambah dengan normal, taklah obess dan lasak lincah sama macam baby - baby yang lain. Alhamdulillah.

Iye iye aku tahu FM hebat macamanapun tak boleh lawan dengan breastmilk. Yesss I get that.

Dah. Babai!

12 comments :

Umie Artoqiemie said...

ada cahaya nur gittew class ko jahhh

Innanie | Ariffin said...

susu sekarang mahal2 gile kalau tgk kat super market tu.. tak kesah mahal atau murah, yang pnting macam mana nak didik anak-anak jadi soleh dan solehah!

Cik Puan Bunga said...

@Umie ArtoqiemieKahkahkah!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinYe betul! Tepat sekali!

Rai said...

zaman kita kecik dulu takde pun susu yang ada taurina, DHA tambahan bagai..biasa je.. aku skolah sampai U jugak..hahaha..

boleh buat cermin tak? hahaha..

Cik Puan Bunga said...

@RaiHaha susu sekarang banyak sangat AAAAAAAAAAAA...

cik nur said...

tak per la kak kalo tak BF sepenuh nya asalkan adam siham dah cukup alhamdulilah la kan kak :)

Cik Puan Bunga said...

@cik nurBetul! Insyaallah! ^___^

yayath said...

wahhh....susu dutch lady sedappp...hehe

mesti adam semakin comel pas minum susu DL nih kan kak..hikhik

Cik Puan Bunga said...

@yayathAdam mmg comel sejak azali! Wakakakaka! DL mmg sedap oh!

watyz said...

brand susu anak kite sama la. tp anak saya original punye. hehehehe

Cik Puan Bunga said...

@watyzTahniah! HEHE!