Monday, October 3, 2011

Wahai Penilai Hati, Lihat Batin Ku.

Assalamualaikum.

Dalam hidup yang penuh pancaragam eh pancaroba ini, kita tak mampu nak mengagak apakah yang bakalan terjadi. Itu bukan kuasa kita. Itu semua rahsia Allah. Hanya Dia saja yang tahu. Tak ada soalan bocor. Spot question adalah. Itupun jarang – jarang mengena. Hanya hamba – hambaNYA yang soleh saja yang bernasib baik di beri – beri hint. Insan yang mudah lalai, alpa dan leka serta cintakan duniawi macam aku ni kadang – kadang tak sedar petunjuk yang Allah beri. Tetap gigih membuat dosa dan maksiat.

Apa kau ingat maksiat tu hanya yang duduk dua – dua main cium – cium tu ke? EH bukan bukan! Maksiat tu pengertiannya sangat besar. Besar sangat. Hari – hari bangun tidur celik mata saja dah buat dosa sebab merungutkan betapa malasnya nak pergi sekolah. Betapa malasnya nak mengajar kelas yang nakal – nakal. Padahal sudah tanggungjawab. Masih mahu merungut. Itu memang perangai orang tak guna. Tak berkat gaji tiap – tiap bulan. Syubhah duit gaji engkau.

Dalam hati, engkau masih cintakan membuat kebaikan tak? Engkau cintakan berbuat ibadah tak? Engkau masih tahu menangis setiap kali engkau dengar orang alunkan ayat – ayat memuji Allah? Engkau takutkan mati? Kalau engkau masih tahu takutkan mati maka insyaallah, engkau masih dijalan menuju taubat. Cuma nawaitu kita belum cukup kuat untuk terus berjalan tak toleh – toleh belakang. Tinggalkan hidup kita yang gemar berbuat dosa.

Kita solat, kita mengaji, kita menutup aurat, kita taatkan suami / ibu bapa tapi kita masih mengumpat, makan duit haram, songlap duit syarikat, menipu sana – sini. Kita bertopengkan agama. Kita pandai mengitu – inikan orang lain tetapi kita sendiri belum sempurna sifat sebagai hambaNYA.

Apa jadi kalau Allah sudah tidak mahu mendengar doa kita lagi? Apa jadi kalau kita mati tiba – tiba tak sempat nak tinggal pesan apa – apa pada orang yang kita sayang? Lebih menakutkan, kita tak sempat bertaubat, tak sempat meminta maaf kepada orang yang kita aniayai, tak sempat membayar hutang. Roh orang yang berhutang akan sentiasa gentayangan. Tak jejak bumi. Tak diterima tanah. Apa jadi kalau Allah sudah tidak sayangkan kita lagi? Pada siapa kita mahu bercinta kalau Sang Pencinta Agung sudah berpatah hati dengan kita? Engkau pernah tidak terfikirkan itu.

Aku cintakan kebaikan. Tapi kenapa sehingga ke saat sekarang, aku masih berbuat kejahatan?

Ya Allah sentiasalah Kau bimbing hatiku sentiasa lurus dijalan MU Ya Rahman Ya Rahim.

Babai!

No comments :