Mega Giveaway --Mehlah Kritik Kalau Berani

STICKY POST UNTIL 30th NOVEMBER 2011

Assalamualaikum.

First of all, aku panggil benda ini giveaway dan bukan contest sebab kalau contest tu bunyi macamlah aku ni bagus - bagus sangat nak buat contest kan. HAHA. Giveaway bunyinya lebih muhibbah gitu. Walaupun niat sebenar nak poyo, tapi telah terselindung oleh perkataan Giveaway yang macam good - good aje kan kan? HAHA.

Enough membebel. Maka dengan ini aku merasmikan dan melancarkan Mega Giveaway - Mehlah Kritik Kalau Berani. (Gangstar pulak aku rasa tajuknya. Tak apalah. Kami gangstar yang cantik. HAHA)

Syarat - syarat penyertaan :

1. Engkau mestilah mempunyai blog.
2. Engkau mestilah follower blog ini.
3. Engkau mestilah warganegara Malaysia (HAHA)
4. Engkau mestilah suka mandi pagi. (KEHKEH guraulah gurau!)


Cara - cara menyertai :

1. Buat satu entry yang bertajuk "Mega Giveaway CPB : Mehlah Kritik Kalau Berani"
2. Copy paste banner di atas dan linkkan ke entry ini.
3. Selepas itu kritiklah blog .geek in the pink. ini sesuka hati. Tetapi pastikan kritikan engkau orang adalah kritikan yang membina. Janganlah hentam teruk - teruk sangat. Nanti aku nangis. HAHA.
4. Namakan satu entry dari blog .geek in the pink. yang engkau paling suka.
5. Tag 2 orang blogger lain yang engkau rasa sungguh dipercayai untuk menyertai giveaway ini. KENAPA? Sebab, andai kata blogger yang engkau tag itu menang (Tak kiralah hadiah keberapa pun) maka engkau akan menerima hadiah yang sama seperti blogger yang menang tu. Dan blogger yang engkau tag tu kenalah tau yang mereka sedang ditag ye. HEHE.

Contoh : Farid Kamil join giveaway ni dan telah men-tag dua blogger lain iaitu Pierre Andre dan Fahrin Ahmad. Fahrin Ahmad telah memenangi tempat kedua berupa Body Butter Strawberry The Body Shop (Contohnya) maka Farid Kamil juga akan turut memenangi Body Butter Strawberry The Body Shop. Yayyyy cool kan?

6. Linkkan entry engkau orang di ruangan komen entry ini!

Alamak teramat mudahkan? Senang sangat sampaikan kalau pejam mata pun boleh buat. Pejam mata sebelahlah, sebelah lagi buka. HAHA.

Tarikh tutup giveaway adalah pada 30 November 2011.

So, apa tunggu lagi?Mehlah join ramai - ramai. Yayyyyyy!

# Sebarang peraturan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan semasa. Aku berhak menarik balik hadiah dan menukarkan hadiah dengan mana - mana barangan yang sama nilai atau lebih tinggi nilai dari nilai barang sedia ada. Keputusan pemenang dipilih berdasarkan entry yang paling kreatif, membina dan cara penghasilan entry (Presenting) yang unik. Keputusan adalah muktamad. Sebarang demonstrasi jalanan adalah salah disisi undang - undang dan tidak akan di layan.
Hadiah - hadiahnya masyaAllah teramatlah berbaloi - baloi. Nilai hadiah is more than RM800! Kalau nak usha hadiah boleh usha dekat SINI.

Ecehwahhhh! HAHAHA.

Dah. Babai!

Read More»

Siapa Kata Lelaki Tak Boleh Menangis??

Because I'm fine with it. Menangislah sepuas hati kau. Aku takde hal punya. Siapa yang mula - mula kata lelaki tak boleh menangis memang aku nak piat telinga dia laju - laju. Kenapa? Kenapa? Low standard sangatkah perbuatan lelaki menangis tu?

Lelaki, bila kena dengan situasi dan keadaannya airmata jantan dia tu (Yang konon mahal sangat tuuuu...) akan jatuh jugak tanpa sebarang kompromi. Tahu? Tahu? Mentang - mentang lelaki itu fizikalnya besar, tegap, kuat, maka idealnya lelaki itu kalau menitiskan airmata nampak sangat sotong dan berjiwa bunga - bunga.

Lelaki pun ada perasaan. Lelaki pun kadang - kadang ada hati nak emo - emo tak pasal - pasal. Lelaki pun kadang - kadang datang angin dia mintak penampar asyik nak mengaruk sepanjang masa. Hakikatnya, lelaki pun ada hak untuk berperasaan. Sama macam hak dia untuk menangis. Sama rata, sama adil macam perempuan jugak.

Jadi, bila kita mengkondem (Ada ke perkataan ni?) seseorang lelaki itu hanya kerana dia berperasaan dan menangis, aku rasa itu sangat tak patut.

Okay kes Mak Nyah berperangai jomblo lepas tu nangis - nangis mintak simpati dekat sini memang nak mintak tapak kaki. Mak Nyah ngelat weh tak masuk senarai weh!

Jadi bila ada perempuan memperkotak - katikkan usaha lelaki untuk menangis *ehem* kerana entah apa perasaan sekalipun, aku rasa perempuan itu terlalu inginkan lelaki menjadi sepertimana lelaki yang dia mahu. Yang sepanjang masa pose macam lelaki masuk pertandingan bina badan.


 Kalau macam ini nangis, takde sapa pun pertikaikan. Ceh!

Dah. Babai!

Read More»

Update Senarai Peserta Mega Giveaway CPB

Sila check nama - nama engkau orang. Kalau tak ada dalam senarai sila bagitahu ye! ^___^

Peserta :
1. http://bulatsayangsepet.blogspot.com/2011/10/mega-giveaway-cbp-mehlah-kutuk-kalau_30.html
2. http://goldenrosegacontest.blogspot.com/2011/10/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
3. http://kpopfa93.blogspot.com/2011/10/giveaway-mega-kalau-berani-mehlah.html
4. http://cahayanuranie.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
5. http://cikbellabellitos.blogspot.com/2011/10/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
6. http://coklateyes.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
7. http://lorongkiri.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
8. http://pinknlavender.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
9. http://pupel.blogspot.com/2011/11/cik-bunga-mega-giveaway-mehlah-kritik.html
10. http://zahirahzahrin.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
11. http://lovelysodamartini.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
12. http://lissaallemanda.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
13. http://lobaksusue.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
14. http://hatiberbungaros.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
15. http://cikmiminheart.blogspot.com/2011/11/segment-ii-mega-giveaway-cpb-mehlah.html
16. http://contest-ga-ld-by-cikmisi.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
17. http://anisaida97-hidupkuduniaku.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
18. http://138dirah.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
19. http://mimiezalikhahouse.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
20. http://cutemamaazam.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-mehlah-kritik-kalau.html
21. http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
22. http://cikbetty.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
23. http://bilacinderellamulaberangan.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
24. http://ayuaurora97.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
25. http://aku-umi-and-this-is-my-life.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
26. http://feyrashamsuddin.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
27. http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
28. http://whinxe.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
29. http://lystra-lily.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
30. http://ciknurfarah.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
31. http://daricahayamataku.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
32. http://athibe.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
33. http://zitaomar.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
34. http://laiyyinurharir.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
35. http://cikgadisyaya.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
36. http://www.nurul-hanis.co.cc/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
37. http://fizah-sukhri.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
38. http://hudazaba.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
40. http://missanoymous.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
41.  http://ourlovejustyouandme.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
42. http://princessyayah89.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
43. saya join ! http://sunshinegirl-always.blogspot.com/2011/11/j0in-mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik.html
44. http://zakiah99.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
45. http://imisskara.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
46. http://fiezahkecik.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
47. http://atienabila.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
48. http://hockmieyza85.blogspot.com/2011/11/khas-untuk-kak-bunga-mega-giveaway-meh.html
49. http://alongnidar.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
50. http://iwishiwillwin.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
51. http://izad-mohd.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
52. http://spect-acular.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
53. http://miyainsyira.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-mehlah-kritik-kalau_29.html
54. http://alvas-87-contest.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
55. http://mykawaaiiionlinediary.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
56. http://spotlight-sukasuki.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
57. http://sitisyauqiena.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
58. http://miszchoki.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-meh-lah-kritik-kalau.html
* Saja buat font kecik - kecik biar berpinau mata engkau orang baca. BHAHAHAHA!

Tarikh tutup adalah 30 November 2011 11.59 PM

Read More»

Vintage. The Talk Of The Town Sekarang Ini.

 Assalamualaikum.

Selalu sangatlah aku menuduh Batu Pahat ini sebagai tempat yang bukan - bukan. Sudahlah tak ada Tutti Frutti (Lagi!), Sticky pun tak ada, nasib baik ada Domino's. Bolehlah rasa up sikit daripada tak ada langsung.

Tapi kan sebenarnya banyak aje pun benda best ada dekat BP ni kalau engkau pandai cari. Ada Pasar Karat yang ala ala Flea Market gitu, ada Mee Bandung yang sedap sedunia, ada kerang bakar yang sedap, ada macam - macamlah! 

Dan baru - baru ni baru discover dekat Batu Pahat ada satu kedai yang menjual vintage clothing and accessories yang murah sedunia. Harga dia 80% lebih murah daripada yang dijual online. Lepas itu amoi yang assist kedai ni pun ramah tamah walaupun Bahasa Melayu dia ke laut sikit. Tak apa. Dimaafkan. Sebab engkau jual barang comel - comel dan murah, guna bahasa isyarat pun boleh! ^___^

Sebenarnya nak cari hair scarf yang comel. Sejak potong rambut pendek dan perasan Yana Samsudin ni *batuk* terasa nak mencomelkan diri dengan hair scarf yang comel. Eh eh bukan freehair dekat luar tahu, nak pakai dekat rumah ajelah. Takkan nak cecantik dekat luar aje, dekat rumah aku pun comel tahu. *Muntah* Jalan - jalan dekat BP Mall dan terperasankan kedai ini dekat Level 2. Dekat dengan panggung wayang.

Hair scarfs dia bapak cantik!RM10 saja. Comels comel semuanya!
Walaupun susun atur kedai ini macam sukahatimakbapakdia sikit, tapi tak kisahlah kan. Fokus aje pada barangan yang dijual. Haih baju - baju dia cecantik betul. Polkadots lah, floral sana - sini, nasib baik aku ni tak berapa nak kurus, kalau tak aku rembat semua.

Skirts pun ada jugak. Fabrik banyak yang made from soft chiffon tapi berlining. So jangan risau bagi yang bertudung, baju - bajunya boleh digayakan dengan cool kentang sekali. Ada jugak oversized sunnies bagi yang nak merasa feeling - feeling hot sikit, ada straw hats, handbags yang memang vintage - look, belts (Belts dia cantik - cantik. Banyak warna!) make ups, fake eyelashes dan macam - macam lagi accessories yang boleh buat engkau hilang ingatan sekejap pasal semuanya bapak comel!

Clothing lines dia not badlah. Comel. Affordable.
Cubaan untuk menghias kedai tu adalah walaupun serabut sikit.
Rasanya akan datang lagi ke kedai ni kot sebab ada terberkenan few tops yang aku terperasan ada dijual dekat The Poplook and Sunny Side Up (Design lebih kurang sama) yang ada dekat kedai ni. Harganya engkau jangan cakaplah memang murah sedunia.

This is my hair scarf. Comel. RM6.90 sekian terima kasih.
Next time kalau aku ada jumpa tempat - tempat yang cool kentang dekat BP aku share dekat sini ye. Aku ni nama aje duduk BP, nama jalan sepatah haram pun aku tak tahu. HAHA. So sesiapa yang duduk BP and lovesssss vintage style ni bolehlah try terjah kedai ni. Nama kedai ni jangan tanya akulah kan sebab dia macam tak ada nama je. HAHA. Aras 2, dekat panggung wayang BP Mall, Batu Pahat.

Okeh. Babai!

Read More»

Substitute Tutti Frutti.

Masih lagi terasa kesedapan Tutti Frutti sampaikan mangkuk kertas dia aku bawak balik dari JB ke Batu Pahat. Saja aku letak dekat gate depan dengan harapan orang kampung yang lalu lalang akan nampak. KAHKAH kenapalah perangai aku macam ni Ya Allah. (Sinikalnya!)

Tadi pergi Jakel - kan ke Jakel ada buat sales besar - besaran, jadi lepas lunch terus pergi sana sebab nak cari kain chiffon untuk projek Syria Chiffon aku. Sementara tengah bersemangat kental ni baik jangan lengah - lengahkan, nanti kalau dah datang malas aku apapuntakboleh. HAHA.

Sampai Jakel terpaksa keluar pergi beli kain sorang - sorang sebab Adam dah tidur, elok aje dia tidur padahal tadi tonggeng - tonggeng dalam kereta. Straight aje jalan terus jumpa dengan shop assistant. Nasib baik SA dia peramah, sabar aje melayan kerenah aku yang entahhapehape. HEHE. Belek - belek kain yang semuanya cantik - cantik sangat. Memang kena sangatlah masa sebab Jakel tengah buat sales, harga kain chiffon dari RM10.90 jadi RM3.90 semeter. Borongggg jangan tak borongggg!

Beli 8 meter kain chiffon. Rasa - rasanya jadi dalam 16 helai chiffon syria. Melampau tak? KEHKEH. Geleng kepala aje suami tengok aku memborong kain. Bila aku cakap ada sales, baru dia senyum - senyum. Eceh abang!

Eh apakah tajuk setakat ni tak ada kena mengena lagi dengan entry? HAHA. Okay okay. Balik dari Jakel singgah BP Mall sekejap hajat di hati nak cari frozen yogurt. Sampai - sampai aje shopping barang dapur sikit sebelum pergi beli frozen yogurt. Kedai dia ni dekat dengan Big Apple. Kat tengah - tengah. Senanglah kalau nak cari.

Walaupun agak mendukacitakan sebab flavor dia ada dua saja iaitu original flavor dengan strawberry flavor saja. Topping pun limited sangat - sangat pilihannya. Ada beberapa aje. Untuk topping pertama RM0.80 and untuk topping kedua RM0.60. So aku ambik flavor strawberry plus topping Nata De Coco and Tropical Fruits.

Not bad. Yummy jugak!
Rasa dia sedap jugak! Kira boleh setanding dengan Tutti Frutti jugaklah, tapi sebab flavor dia limited jadi engkau terpaksa bertabah ajelah dengan perisa yang ada. Semangkuk cuma RM5.30. Jimat berbaloi - baloi. HEHE.

Tak pandang orang lain dah.
Okay nama kedai ni Say Yo! Feeling Eminem terus aku! HAHA!
Lepas ni kalau aku rindu - rindu nak makan Tutti Frutti yang jauh di mata dekat dihati bolehlah aku terjah Say Yo! ni. Eheh.

Okaylah nak pergi potong kain ni.  Chayok chayok!

Dah. Babai!

Read More»

Walaupun Kau Mahal, Nasib Baik Engkau Sedap!

Assalamualaikum!

Baiklah. Tajuk entry macam cheapskate.Well, aku bukanlah manusia yang banyak duit tabur - tabur tengah jalan. Walaupun aku ni kaki shopping, impulse buyer, more like it, tapi aku tahulah jugak menghargai duit. Jadinya bila terpaksa membayar sesuatu yang mahal untuk sesuatu yang aku boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah of courselah aku macam terencat - rencat sikit kan.

Anyway, as long as I'm happeeeee (Eja 'Happy' macam ini sebab nampak lebih cool!) I really don't mind spending lavishly! ^___^ Lagi - lagi untuk benda yang aku memang mengidam sangat - sangat - sangat! Pelikkan? Ini macam post - craving ke hape sebab masa pregnant dulu aku sangat behave dan tak pernah pun mengidam benda - benda yang merepek. Okay tak apa.

Weekend ni kami sekeluarga turun ramai - ramai ke JB sebab Insyirah Iman berkonvo, and yang buat convocation dia lagi super cool sebab Insyirah Iman akan buat Indian dance and bernasyid dalam masa yang sama. Cool eh? Extra opposite betul! Lepas kau tergelek - gelek, engkau bernasyid pulak! Bagusss bagus! Dan dah alang - alang ke JB tu maka aku pun merebut peluang ni untuk menunaikan satu hasrat dan keinginan terpendam di dalam hati sejak sekian lama iaitu mencekik Tutti Frutti. Mana boleh tahan kan asyik orang lain je yang makan, aku nak jugak merasa dengan tekak sendiri sedap ke sangat benda tu.

Lepas Insyirah Iman berkonvo, esoknya terus pergi Sutera Mall sebab dekat - dekat area situ ada satu Tutti Frutti. Pergi siap ramai - ramai macam ada konvoi sebab semua pun nak merasa kelazatan Tutti Frutti yang digembar - gemburkan. Akulah manusia yang super excited sekali macam nak pergi blind date untuk kali pertama. Adrenalin rush betul!

Sampai aje tengok dalam kedai tu memang ramai manusia. Menyampah tak menyampah ajelah kan. Nasib baik ada dua tables kosong so kami anak - beranak boleh lepak situ lama sikit. Barulah aura kelazatan dia datang. Sebab Plan B tadi kalau ramai orang, kitorang take away aje.

Behold, for the great Tutti Frutti is about to be devoured!
Budak handsome ni conquer sorang - sorang. Nasib baik dia behave.
Suami macam biasa flavor strawberry topping peach dengan strawberry seketul plus nata de coco, untuk emak flavor old school sikit, lychee plus topping buah laici dengan nata de coco jugak, family maklong ambik campur - campur tak kuasa aku nak check satu - satu, and aku dengan Adam macam biasa kegemaran kami iatu Death by Chocolate (Nama aje dah gangster!) topping dengan marshmallow and gummy bears. Nyumnyum! Lazat lazat! 

Ternyata Tutti Frutti sangat tidak mengecewakan aku. Rasa dia yang sedap enak lemak berkrim dengan tekstur frozen yogurt yang mencair dalam mulut memang superblah sedap bangat! Bayangkan, Adam yang super hyper tu boleh duduk diam dengan behavenya menikmati setiap suapan frozen yogurt ni dengan muka yang tenang. Inner peace. Walaupun mahal (Aku punya semangkuk aje dah RM15++) tapi tak kisahlah nok, sebab rasa dia buat engkau bahagia.
 
Suami.
Tengok. Main gasak aje tudung pink baju biru. (Interframe dekat belakang : Emak + Maklong's)
Ini kalau suruh bergambar memang suka buat perangai neh! (Uiyooohhhh ada misai + janggut sikit - sikit sepsinyaaaa!)
Ini gambar paling sia - sia. Tapi tak apa. Sebab ini blog aku, maka aku boleh sia - sia di sini. Hehe.

Kesimpulannya, aku pasti akan datang lagi ke sini Insyaallah kalau ada peluang. Nasib baik Tutti Frutti ni jauh, dekat Batu Pahat tak ada. Kalau tidak, sia - sia ajelah duit gaji aku sebulan dok perabis dekat sini aje. Sesekali boleh ajelah layan, kalau selalu emphhhh anak aku tak pakai pampers lah karang, pakai daun aje. HAHA.
p/s : Nak try pulak frozen yogurt dekat BP Mall. Manalah tau lebih sedap dan lebih murah?

Dah. Babai!

Read More»

Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata, Nak Di Lempang Pun Tak Ada Guna

Sudah masuk waktu asar pun. Maknanya sudah masuk tahun Islam 1433H. Selamat hari lahir untuk aku! (Sebab aku lahir 1 Muharam dalam bulan Islam). Sempena tahun baru hijrah ni, banyak yang aku nak hijrahkan. Especially dari yang tak berapa nak baik tu kepada yang lebih baik. Insyaallah.

Banyak sangat.Tapi yang aku nak fokuskan, dari segi membuat ibadah dan amal kebajikan, juga hubungan baik aku sesama manusia dan juga dengan Allah.

Tadi, aku tersentak (Eceh ayat! Tersentak!) bila aku membaca satu note dalam FB. Terasa yang aku ni jahil agamalah sangat - sangat. Aku rasa menyesal pun ia, rasa bodoh pun ia. Ingat lagi entry aku yang ini? Masa aku type entry ni, aku sangat beremosi. Mungkin sebab aku terkenangkan Adam dan saat - saat aku melahirkan Adam. Mungkin jugak aku terlampau menyampah dan marah kepada baby dumpers yang bermaharajalela. Memang agak membabi - buta bila aku menuding jari kepada pelaku salah semata - mata. Masa tu aku memang marah. Aku rasa baby dumpers ni sangat hina.

Kemudian, hari ini, aku terbaca note ini di FB. Ayat yang buat aku terasa bodoh :
"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"
Aku rasa tak perlu aku ulas dengan lebih lanjut. Engkau orang dah besar boleh berfikir sendiri. Bak kata orang tua - tua, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak entry?

Alhamdulillah. Allah beri aku kesedaran sebelum aku. Sebagai manusia biasa, aku tak layak menghina orang. Aku tak layak membenci orang. Aku tak layak menghukum orang.

Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki wahai baby dumpers sekalian. Saya doakan awak semua bertaubat dan kembali ke jalan Allah. Tiada yang lebih penyayang daripada Allah SWT. Sama - samalah kita berhijrah menjadi yang lebih baik. Insyaallah.

Dah. Babai!

Read More»

Saya Suka Pergi Wedding! Dapat Makan Nasi Minyak!

Wedding termasuk dalam perkara - perkara yang akan aku sentiasa update dalam blog kegemaran ramai ni. (Aku perasannnn aku perasaaannnnn!) Entah kenapa sejak akhir - akhir ni suka sangat pergi wedding orang. Nak makan nasi minyak aje sebenarnya sebab aku rasa nasi minyak tu (Lagi - lagi kalau lauk ayam masak merah) alahai sangat sedap sedunia lah! Sudahlah sejak akhir - akhir ni asyik kerja nak makan nasi Briyani aje. Macam sedap sangat aje Nasi Briyani tu. (Eh tapi memang sedaplah!)

Oh hari ini pergi wedding classmate masa sekolah rendah dulu, wedding dia esok sebenarnya. Tapiterpaksa pergi awal sebab esok nak ke JB. Nak tengok Syira convo. Yang specialnya dia ada buat Indian dance. Teruja aku sebagai Mokde dia. Hopefully dia tak lupa step dia. Kalau tak malu aku karang! (Ibu dia lagi malu kot! HAHA)

Bila tengok tema dia merah putih tu teringat aku dekat Cik Zira yang merah sedunia. Tema Cik Zira pun katanya merah putih jugak. Insyaallah wedding si cantik Disember nanti tu sampailah aku ke sana kalau tak ada aral melintang. Insyaallah. ^___^

Aku suka kalau wedding tu simple and sweet. Macam wedding skandal aku dulu. Tak membazir. Buat sekadar yang termampu. Tak payah nak berhutang sana - sini semata - mata nak ada wedding yang grande. Wedding classmate aku ni pun aku tengok sweet dan simple. Tak payah nak grande grande sangat. Yang penting akad nikah dah selesai, alhamdulillah. Itu yang paling penting. ^___^

First time datang wedding pengantinnya comot momot aje. Kehkeh. Maklumlah busy buat preparation itu ini. Majlisnya esok, yang suruh aku terjah awal tu siapa! HAHA. Tak apalah yang penting dapat jumpa pengantin and beri present yang tak seberapa tu. Yang penting bukan bagi gelas 6 biji cap Giant eh! Kehkehkeh.

Nasib baik sempat camwhore depan pelamin! Kehkehkeh!

Aku terjatuh cinta dengan warna hijau sekarang. Aku rasa cool jugak warna hijau. Kan?
Buat Dayu dan suami,
Tahniah dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Semoga Dayu dapat menjadi siteri yang solehah dan ibu mithali kepada anak - anak ye. Insyaallah.

Baik aje entry aku hari ni. Berkat hari Jumaat agaknya. HEHE.

Dah. Babai!

Read More»

Projek Menjahit : Chiffon Syria

Aku patah hati kalau blogwalking cari tudung - tudung syria yang chiffon, lepas tu bila dah terberkenan, usha harga, harga dia pulak mak datuk M Daud Kilau! Mahal nak mamp! Okay aku buat - buat mamp 2 - 3 saat sebelum bangun semula. 

Mahalnyaaaa! Sob sob sob! Sebab dah selalu sangat patah hati, lalu aku bangkit dengan keazaman yang tinggi! Hidup ni kena sentiasa bangun menyahut cabaran! Aku nak buat syria chiffon sendiri. Gasaklah nanti bentuknya kalau dah siap macamana. Aku tau, aku boleh! 

Dalam kepala otak aku dah ada sketch idea macamana nak buat and nak hias syria chiffon tu nanti. Yang penting bila buat sendiri karang, besar bahagian muka tu aku boleh jahit besar mana ikut aku punya suka and labuh tudung tu nanti tak adalah singkat sangat macam dekat kedai kan. Aku boleh labuhkan sikit. Ceh cakap macam pandai sangat menjahit. Jahit spender lubang pun fail!

Projek bilik toys Adam pun dah hampir siap. Tinggal tunggu langsir siap aje. Cat semula bilik memang taklah kot kan sebab dah tampal - tampal poster tu nampak comel jugaklah bilik kepam Embun tu. Langsir siap, pasang and confirm bilik toys Adam akan bertambah ceria! Ewahh!

So sekarang ni nak cari kain chiffon yang murah - murah and kalau rajin, boleh pergi cari manik, jahit manik sikit. Barulah bling - bling! Hehehe. Fuh fuh minta - mintalah berhasil! Amin! InsyaAllah! ^____^

Projek ni start minggu depanlah sebab weekend ni nak tengok Syira konvo and nak jalan - jalan di JB!  Yang penting misi nak makan Tutti Fruti tercapailah hendaknya! Amin! HAHA JAKUN.COM! Weeeeeeeeeeee!

Akhir kata, gambar vain si emak dengan anak handsomenya. Kehkeh!

Dah. Babai!

Read More»

Sudahlah Cantik, Pandai Memasak Pulak Tu!

Eceh. Mesti letak tajuk mintak penampar. Dan selalunya merujuk kepada diri sendiri! HAHA!

Pernah makan kuih gendang kasturi / kuih kasturi? Kuih ini termasuk dalam kategori kuih paling cool kentang dalam Malaysia selain senang di buat dan rasanya yang sedap sedunia. Kalau sekali goreng tu 10 - 15 biji selamba aje masuk dalam perut.

Cuti sekolah ni aku rajin sikitlah tolong - tolong emak buat kuih untuk breakfast. Aku pun terkejut dengan perubahan positif diri sendiri. Bagusnya! Bangun pagi pukul 5 pagi, lepas itu siap jogging lagi! Wah! Kalau tak selim tak tahulah nak cakap apa. HAHA.

Okay hari tu aku belajar buat kuih Dorayaki atau orang panggil Kuih Gendang Kasturi / Kuih Kasturi gasaklah kan. Tapi kami adik - beradik yang ada darah Jepun sikit - sikit sebelah selipar Jepun *batuk* ni panggil kuih ni Kuih Dorayaki. Pengaruh Doremonlah ni. Tak lain tak bukan. Steady aje belajar tanpa sebarang pen / kertas. Kehkeh (Padahal resepinya simple sangat sebab tu tak payah pen dengan kertas)
Sebelum menjadi mangsa kekepalan.
Sesi kepal - mengepal. Sila hasilkan kepalan yang gebu dan mengiurkan ye!
Goreng. (Buat dek ajelah dengan kuali emak aku yang old school tu ye!)
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Kuih Gendang Kasturi

1/2 kg kacang hijau (Toyol suka main dengan kacau hijau! Tak ada kena mengena!)
1/2 biji kelapa
2 biji gula melaka
1 camca teh garam
Tepung (Untuk kulit)
Minyak (Untuk menggoreng)
Cara - caranya :

Rebus kacang hingga empuk. Masukkan kelapa parut dan gula kemudian kacau hingga sebati. Kacau - kacau dan kacau lagi sampai campuran kacang, kelapa parut dan gula melaka tadi sebati dan kering sedikit (Tak berair sangat)

Bila dia dah sebati and dah kering, kita tunggu dulu sampai dia sejuk. Jangan tengah panas - panas macam itu engkau nak kepal - kepalkan dia. Karang kalau ada tangan orang berlubang kepanasan aku tak tahu! HAHA! Bila dia sudah sejuk, masukkan 2 sudu tepung gandum supaya senang kita nak bentukkan dia menjadi bulat - bulat. Eh apa ke ayat aku ni tunggang terbalik. Suka hati engkaulah nak buat bulat - bulat dia besar ke kecik ke. Gasak.

Lepas itu kita ambil tepung tu untuk buat kulit dia pulak. Kita kasilah dia baju. Janganlah biar dia terbogel macam tu. Kesian kan. Merepek! Okay. Tepung tadi tu bancuh lepas tu masukkan sedikit garam (Secubit garam. Eh garam main cubit - cubit) dan air sikit sampailah dia jadi cecair.

Kemudian, masukkan kacang hijau yang kita dah kepal - kepal tadi tu ke dalam tepung ni sebelum kita goreng dia sampai garing tanpa perasaan belas kasihan. Lepas itu bolehlah mencekik dengan gembiranya.

Amacam. Senang kan? Sedap nih untuk breakfast ke, minum petang ke, makan malam ke. Belasah ajelah nak makan bila. HAHA.
Selamat mencuba! (Ewah!)

Dah. Babai!

Read More»

Oh My Manglish.

English is never about perfection. It's about how you use the words and mix it with those idiotic tenses and get lost in between. As long as the message is well understood, then it should be all right. I have never adore perfection in English. It's the courage to flaunt it that matters.


Babai!

Read More»

Bilik Pengantin Adam Hampir Siap! Ecehwah!

Mengemas bilik untuk anak handsome aku bukanlah sesuatu yang senang. Last - last emaknya malas nak berfikir banyak - banyak terus lambak aje toys Adam sesuka rasa. Tak adalah happening sangat bilik toys Adam tapi bolehlah buat ada - ada. Nampak terhibur jugaklah Adam main - main dalam bilik Embun yang sekarang dah diubah suai jadi bilik toys Adam (Sementara aje sementara tunggu duit aku kumpul buat rumah banglo cukup!) Cerialah sikit. Kalau tak, bilik tu asyik bau kepam aje macam ada orang mati dalam situ.

Misi paling utama adalah ingin mengurangkan kos. Macam anak Dato' pulak aku kan nak letak budget tinggi - tinggi untuk make over bilik Adam. Chill. Kita gunakan kreativiti! Walaupun tak berapa nak kreatif tapi bolehlah jugak diguna pakai. KEHKEH.

Kalau ikutkan check list hari tu, benda - benda yang aku perlukan adalah seperti berikut :
* Langsir kartun - kartun
* Bed sheet kartun - kartun + Pillow case pun kartun - kartun jugak
* Box / Bakul tempat simpan toys Adam
* Gambar - gambar yang inspirational / Gambar - gambar yang ceria
* Play mat untuk Adam golek - golek
* Wall sticker (Cuba nak cari yang murah - murah punya)
* Growing Chart (Ini aku taktau mana nak dapat!)
* Cat baru (Ini tengoklah perlu ke tak)
And setakat ni benda - benda yang dah dapat adalah seperti berikut :
  • Langsir Angry Birds (Warna ungu)
  • Box (Box terpakai. Jimat!)
  • Gambar - gambar yang inspirational dan ceria (Beli dekat Popular. Murah!)
  • Play Mat (Beli dekat Nad. Comel!) + Wall sticker murah gila beli dekat kedai stationary
  • Growing chart (Beli dekat kedai buku)
Dan apa yang perlu dibuat selepas itu bergantung kepada kreativiti masing - masing. Jadi janganlah berharap sangat kalau engkau ni manusia yang tak kreatif tapi berangan nak hias - hias biliklah hape. Tabah ajelah. Aku cuba nak mewujudkan suasana ceria tapilama - lama aku yang tak berapa nak ceria sebab time nak kopek wall sticker tu asyik terkoyak aje! Stresslah!

Sudut growing chart Adam. Tu binatang 4 ekor tu aku nak kopek memang mencabar emosi betul!
Posters, bakul dengan box toys and jam lebah yang comel!
Play mat Adam dah sampai! Gembira dia bergolek - golek dengan Kakak Una. Kitty kena interframe jugak!
Bakul koleksi bola Adam kena letak tinggi - tinggi dulu sebab tak tahu nak bubuh mana. Haih!
Simple. Setakat ni itu ajelah yang aku boleh fikirkan. Nampak gaya macam terhibur aje anak handsome aku main - main dalam bilik dia yang baru ni. Nampak kemas, tersusun and senang kalau dia nak tidur siang, tak payah nak angkut masuk bilik aku. Kalau petang sementara tunggu nak mandikan dia pun boleh main - main dalam bilik ni dulu. Jadi toys pun tak akan bersepah - sepah dekat luar dan aku pun tak perullah nak emosi sangat kerja asyik nak mengemas toys ajekan. HAHA.

Nanti dari semasa ke semasa aku tokok tambah lagilah mana yang boleh. Ini belum finalized lagi ni. Ingat nak letak kerusi dengan meja kecik so Adam boleh duduk warna - warna buku coloring ke, tergolek - golek ke, terjun tiruk ke. Namapun anak lelaki! HAHA!

Oh langsir aje yang belum siap lagi. Tailor tengah buat. Untunglah ada tailor yang boleh kawtim harga ni. HAHA. Teruja betul aku nak tunggu langsir siap. Emaknya pulak yang tak sabar! HAHA. Tabahlah Embun! Angry bird ungu weh langsir kau! HAHA!

Phewwww! Tengok pun dah terasa aura comel! HAHA!
Siapa ada tips hias bilik tidur anak lelaki bolehlah sharekan dengan aku ye! ^___^

Sekian. Emak teruja!

Dah. Babai!

Read More»

Air Selusuh / Minyak Selusuh Paling Mujarab Dalam Dunia

Ibu - ibu mengandung, dalam dictionary harian dia sebagai bakal ibu mesti ada perkataan ini. SELUSUH. Mari kita lihat, apakah makna perkataan selusuh ini? Selusuh bermakna seluar dalam yang sudah lusuh, hilang serinya kerana ibu mengandung buat perangai tak mahu tukar seluar dalam sepanjang tempoh hamil.

See? Aku kalau lapar, merapunya berlebihan. 

Baiklah baiklah. Engkau orang ni tak boleh nak dibuat berguraulah. Kerja nak memaki aku dalam hati aje! Okaylah, selusuh itu maknanya senang keluar. Jadi kalau kata air selusuh / minyak selusuh tu untuk memudahkan bayi dalam peru ibu lahir selamat dengan easy peasynya tanpa sebarang komplikasi. Insyaallah.

Masa aku pregnant menunggu hari dulu (Dah capai 8 bulan and onwards) emak ada cakap - cakap pasal air selusuh ni. Emak tapi tak adalah suruh aku cari air ni ke apa. Emak bukan tak percaya, tapi emak aku ni manusia yang main sebat aje. Tak kisah punya orang. Aku bila dengar tentang air selusuh ni pun tak adalah teruja sangat. Sebab ada yang kata air selusuh ni bida'ah. Aku pun taktau betul ke tak.

Tapi lama - lama aku rasa macam nak cuba pulak air selusuh ni. Tanya kawan - kawan yang dah ada pengalaman melahirkan, macam - macam versi air selusuh yang aku dengar. Lama - lama pening kepala. Kehkeh. Sengal betul. Sudahnya aku duduk berdua dengan suami, terus aku cakap dengan dia.

"Abang, orang kata air selusuh tu paling mujarab kalau suami yang buatkan."


"Air selusuh tu apa?" Maafkanlah suamiku itu. Dia sangat tidak tahu menahu.

"Macam air doalah abang. Abang buatkanlah. Abang doakan. Nanti airnya Lina (Panggilan aku dekat rumah) minum. Senang bersalin."


"Oh. Okay. Nanti abang buatkan."

Macam order milo ais.Eceh. Suami aku cakap macam good - good jew! Macam tahu je apa nak baca apa nak buat dalam proses menyediakan air selusuh tu. Aku pun tak kisah suami nak buat macamana pun. Asalkan dia ikhlas masa berdoa tu, aku rasa itu paling penting. Kan? Doa orang baik - baik kan Allah makbulkan. ^___^ Suatu petang suami datang bawa air satu botol dekat aku. Dia kata itu air selusuh yang dia buat. Bila aku tanya macamana dia buat, dia kata lepas solat maghrib dia baca Yaasin dan berdoa untuk aku. Mudah aje. Terharu aku rasa. Sebak aje dalam hati. Air tu aku bawa bekal sampailah aku admit ke GH.

Air tu aku tak minum sangat, aku lebih banyak sapukan dekat perut. Setiap kali aku sapu dekat perut (Sebab dah nak dekat bersalin tu BH contraction memang kerap datang menyerang) nanti contraction tu reda. Alhamdulillah. Sudahnya, sebelum masuk labor room, aku tak minum pun air selusuh tu. Aku just minum air zam zam and makan kurma 2 biji.

Memudahkan kita bersalin ni, bukan bergantung kepada air selusuh semata - mata. Banyak lagi faktor. Hablu minallah hablu minannas. Suami aku selalu kata, bersalin tu macam nak pergi mati. Jadi sebelum mati banyakkan ibadat dan jaga hubungan baik dengan orang. Aku tak dapatlah sepenuhnya buat sebab kadang - kadang mulut aku yang laju ni sedap aje jugak mengumpat orang sana - sini. Buruk perangai. Jangan ikutlah.

Dan, sewaktu bersalin tu kalau mudah maka alhamdulillah. Kalau susah, maka engkau muhasabahlah diri sendiri. Apa yang kita buat, apa yang kita cakap, semua tu counted. Suami pesan, solat janganlah tinggal. Kalau tak larat solat berdiri, boleh solat duduk. Aku start masuk 8 bulan, aku solat duduk. Sebab perut aku besar sangat, tak larat berdiri setempat lama - lama. Macam nak jatuh. HAHA. Yang wajib tu buat, yang sunat tu kalau rajin buatlah. Heee! ^___^

Masa pregnant, walaupun aku start amalkan baca Al - Quran agak lambat (Aku start masa bulan keenam mengandung) tapi tak apalah, teruskan jugak. Amalkan baca surah Maryam, surah Yusuf, surah Luqman, Surah Taubat, Surah Yaasin. Surah Maryam tu aku baca paling banyak kali, dengan surah Yusuf. Obses nak anak kacak! HEHE!



Yang paling penting sedunia, dapatkanlah keampunan dari emak kita and suami kita. Mintalah mereka ampunkan kita dengan ikhlas. Kelakar gila masa aku mintak maaf dengan emak aku, "Emak, Lina nak pergi mati ni tau. Doakan Lina. Ampunkan salah silap blablabla.." Nasib baik emak aku tak drama sangat. Gembira aje emak aku masa aku nak pergi admitted. Dengan suami lah kalau nak buat drama pun. Eh tapi sumpah macam drama. Kesian suami aku. Tak dapat bayang dia tidur dalam kereta dengan hujan lebat and nyamuk banyak gila - gila.

Dengan emak mertua mestilah aku minta maaf. Tapi melalui suami akulah. (Mengelat tak?) Aku tau dia pun sama - sama doakan aku selamat semuanya. Emak kan, mana ada yang tak sayang menantu. Eceh.

Emak aku cakap, perempuan kalau lepas bersalin tu, dia start buat benda - benda baik lebih banyak dari dia buat benda - benda tak baik (Berbanding sebelum bersalin) tu maknanya sisi - sisi jahat dia dah terbuang sekali masa dia meneran anak. KEHKEH!

Goodluck untuk mommies mommies yang menghitung hari. Chayok chayok!

Dah. Babai!

Read More»

Cabaran Diet : Nestle Fitnesse (14 Days)

Dua minggu aje. Tak lama. And each meal hanya 40g sahaja. 40 gram tu alah tak banyak, macam segenggam cereal saja. Sejak aku dah berjaya turunkan sikit berat badan (Sikit aje. Tak banyak mana pun) sejak tu aku terus mengamalkan pemakanan yang sihat. Makan jugak cokelat, ais krim, pizza blablabla tapi tak adalah menggila macam dulu - dulu. Cuma past few weeks aje aku macam craving sangat - sangat cokelat. Rasa nak makan cokelat banyak - banyak sampai pengsan. Itu hari itulah. Sekarang dah insaf. Sob sob.

Insaf pun sebab dah naik 1.5 kg daripada berat asal. Menyampah. Padan muka aku jugak. Maklumlah tengah zaman stress ni aku makan cokelat super banyak lepas tu tak minum air masak. Hambik kau bontot besar balik! Nafsu makan yang macam jin tanah ni (Bak kata Embun!) perlu dijinakkan.

Suami bagi galakan sepenuhnya untuk aku kuruskan badan walaupun dia kata dia tak kisah dengan badan aku sekarang. Dia tetap sayang. Ehceh. Tapi dia seram jugak kalau aku terus menggemuk tanpa batasan. So dia kata cubalah cut down few kilos manalah tahu berjaya kan. Kalau berjaya pun aku jugak yang suka. Dia jugak yang bahagia. Eceh!

Atas saranan dia jugaklah aku nak try cabaran diet 14 hari dengan Nestle Fitnesse. Suami belikan dua flavor. Honey + Almond dengan Fruits. Sekali belikan susu HL. Sepanjang hidup tak pernah aku minum plain milk, tahu. Dulu masa pregnant pun aku minum susu campur milo. Mengelat! Tapi sebab dia dah belikan, balik kerja dah siap - siap bawa susu HL nak bagi isteri dia minum, terharu aku rasa. Makin menggunung semangat nak kuruskan badan untuk boyfriend sepanjang hayat yang tercinta. Ewah terlebih sudah!

Aim : 2 minggu = Hilang 2kg. Realistik tak? Macam realistik kan? So this is my diet plan (Eceh terus speaking noks!)

Breakfast : 
Segelas yogurt
1 mangkuk Nestle Fitnesse + Low fat milk

Lunch :
1 serving buah
Sayur
Lauk (Apa yang emak masak aku sebat!)

Snek petang (Kalau lapar) :
1 serving buah
Biskut / Jus buah / Air limau (Tanpa gula)

Dinner :
1 mangkuk Nestle Fitnesse + Low fat milk
Lauk (Apa yang emak masaklah kan, aku sebat!)

Supper (Kalau lapar) :
Biskut + Milo (Tanpa gula)

And sepanjang hari tu aku nak try minum 3 liter air masak. And kalau aku mengidam nak makan nasi, aku akan selitkan satu meal dekat lunch atau dinner.

Sepanjang minggu ni jugak aku nak try elakkan minuman bergas, cokelat, kek, makanan segera dan apa - apa makanan yang tak sihat. InsyaAllah. Azam kena kuat. Kalau tak, tak guna berdiet macam - macam kalau in the end ke laut jugak sudahnya.

Sambil - sambil tu insyaallah dalam sehari tu aku nak jogging. Paling tak guna pun aku nak cuba brisk walking. Kalau tak after Subuh, aku cuba buat sebelah petang. 10,000 steps a day boleh membakar lemak sebanyak lebih kurang 43 gram. Alahai 43 gram tu macam segelas teh tarik aje tahu. Tapi tak apa. Lecil - kecil lama - lama jadi bukit kan kan kan? Gambatte!





Aku berdiet ni bukan semata - mata nak cantik. Memanglah nak cantik kan. Kurus tu kan cantik. Bohonglah kalau ada orang kata kurus tu tak cantik. Tipu! Kalau gemuk, menggeleber sana sini, memang sakit mata nak tengok. At least kalau aku kurus, badan pun sihat. Boleh bekerja dan melakukan ibadah tanpa ada sebarang alasan. (Ecehwah cakap macam ustazah pilihan). Yang penting, nak sentiasa cantik di mata suami. Dapat pahala kalau berhias untuk suami. Kalau suami sayang, Allah pun redha dengan hidup kita. InsyaAllah.

Dah start berdiet dengan Nestle Fitnesse ni sejak hari Sabtu 19 hb November 2011. So ada lagi beberapa hari sebelum complete mission cabaran diet 14 hari. Berat masa aku start program ni adalah 61.5 kg. 

Tak sabar nak tau results dia!


Chayok chayok!

p/s : Ada kritikan dari peserta Mega Giveaway kata aku ni kalau buat entry asyik nak perasan bagus aje. HEHE. Iye ke? ^___^

Dah. Babai!

Read More»

Bilik Pengantin Adam Irfan Xaharis

Eheh. Mana ada. Emaknya saja je buat gempak.

Okay aku sangat boring cuti sekolah ni sebab tak ada plan sangat. Nak pergi holiday pun asyik hujan aje. (Sebenarnya duit tak ada. Nak salahkan hujan pulak. Cis!) Selain misi menguruskan badan, aku tak ada apa - apa plan sangat pun. Suami suruh memasak setiap hari. Oh dia sekarang dah jadi garang dengan aku tau! Sob sob! Kalau aku lambat solat ke, lambat mandi ke, bantai tidur petang ke, mengabaikan Adam ke, nanti dia cubit aku kuat - kuat. Cubit betul - betul tau tak! Menyampah betul! Tapi aku taknaklah memasak setiap hari sebab aku lebih menjurus kepada nak tidur setiap hari. Boleh tak? 

Jadinya aku bercadang (Chewahh bercadang!) Cuti sekolah ni nak buatkan bilik khas untuk Adam tidur siang, tidur petang and tempat aku melambak segala macam harta karun Adam. Toys and soft toys dia yang bersepah - sepah tu aku rasa nak simpan dekat satu bilik khas. Dan dan dan memandangkan rumah aku dah ada satu bilik free sebab penghuninya dah go go away aku rasa maka bilik itu sangatlah berpatutan sekali kalau aku tukarkan jadi milik mainan Adam. Yayyyy. Tapi of courselah aku tak make over semua. Aku ubah sikit - sikit aje. Hehe. Tak sabarnya aku nak jadi Eric Leong sepraissssss!

So, these are the things that I'll be needing :
  • Langsir kartun - kartun
  • Bed sheet kartun - kartun + Pillow case pun kartun - kartun jugak
  • Box / Bakul tempat simpan toys Adam
  • Gambar - gambar yang inspirational / Gambar - gambar yang ceria
  • Play mat untuk Adam golek - golek
  • Wall paper (Cuba nak cari yang murah - murah punya)
  • Growing Chart (Ini aku taktau mana nak dapat!)
  • Cat baru (Ini tengoklah perlu ke tak)
So aku rasa fokus utama adalah nak meminimumkan kos tapi nak dapat hasil yang memberangsangkan. Esok nak kemas dulu barang - barang yang melambak dalam bilik tu, nak buang mana yang aku rasa patut buang and nak basuh soft toys Adam dulu and nak buang mana yang rasa patut dibuang. Tak sabarnya aku! Aku pulak yang excited nak buat bilik Adam. Lahh bukan nak hias bagai grande - grande, buat biasa - biasa aje. Kalau cantik, boleh aku apply kerja dekat Tadika lepas ini. Kehkeh. Aku rasa macam nak cat gambar arnab ke, Humpty Dumpty ke tapi karang kalau tuan bilik tu balik karang kena maki pulak! HAHA!




Less is more. Cantik kan bilik - bilik dekat atas ni. Haih buat masa ini belum lagi mampu nak buatkan Adam bilik macam itu. Lagipun separuh dari bilik yang bakal aku buat untuk Adam ni, nenek nak guna separuh untuk kerja - kerja menjahit nenek. Okay okay. Sharing is caring! HEHE! ^___^

Play mat Adam aku dah order dari Nad. Mula - mula nak orderkan design Upin Ipin, tapi lepas fikir - fikir baik aku beli design ABC. Boleh ajar Adam ABC. Apakah yang aku dapat ajar pada Adam kalau aku beli design Upin Ipin? HAHA. Emaknya nanti yang terlebih excited golek - golek atas play mat Upin Ipin!

It should look like this.
 Untuk box tempat simpan mainan Adam, aku rasa aku nak balut box kertas yang terpakai tu dengan kertas sampul hadiah yang pelbagai design tu. Jimat kan? Apakah sangat cheapskate aku ni! '-__- EH tapi kan tapi kan macam itukan lebih lestari? Kebersihan alam lebih terjaga. Oh aku sungguh cintakan alam sekitar! Mungkin aku patut tampal beberapa poster alam sekitar biar Adam pun turut cintakan alam sekitar. Kan kan?
Okay, aku akan start esok. Doakan ye berjaya misi kali ini! Amin!

p/s : Tak sabarnya nak tengok Adam golek - golek kegembiraan! Yayyy!


Dah. Babai!

Read More»

Jajan Dan Khasiatnya Terhadap Perkembangan Otak Bayi

Of courselah tak ada khasiat langsung!

Anak handsome saya tu (Exaggerate tak? Tak kan? Sebab Adam memang handsome! Kehkehkeh!) memang almost impossible nak buatkan dia duduk diam. Setakat ni Adam hanya akan duduk diam kalau aku bagi dia Tab kesayangan papanya and bermain Titom (Talking cat : Tom) dengan gembiranya. Sampai termuncung - muncung mulut dia macam anak ayam. Selain dari itu, tidak ada.

Baru - baru ini aku sangat shell shocked sebab tiba - tiba aku baru discover satu lagi benda yang boleh membuatkan Adam duduk diam dengan tekunnya melebihi 5 minit. Iaitu dengan memberinya sebungkus Double Decker's in particular yang chicken flavour. Dia akan duduk diam dan menikmati kelazatan jajan terbabit sambil kaki silang - silang lagi. Sungguh otai. Tak ada siapapun ajar dia makan jajan tahu. Tahu - tahu dia sudah pandai makan jajan sendiri. Dan yang lagi ajaib, jajan tu memang aku suka sangat makan time preggy dulu. tergolek - golek aku makan sambil baca novel Sophie Kinsella. Dan yang lagi ajaib kan, Adam sangat responsive dengan perkataan SHOPPING juga dengan Shopping Kompleks. He finds it intriguing.  Engkau rasa ada kaitan tak habit aku masa preggy dengan Adam punya sifat? Errr.

Sebagai parent yang menitik beratkan perkembangan kognitif Adam, mestilah aku macam freak out sikit sebab jajan ni satu dunia pun tahu tak baik untuk otak. Tapi dalam masa yang sama aku macam bersyukur sebab at least ada jugak benda yang boleh buat Adam duduk diam. Diam sedunia tahu! Aku boleh buat kerja lain dengan gembiranya. Jajan lain Adam taknak. Dia nak yang itu jugak. Hari itu masa holiday ke Melaka, aku letak Adam duduk dekat seat belakang berbekalkan jajan itulah. Dia duduk diam - diam. Best betul!

Comel tak perangai. Makan jajan and siap ada bekalan air sekali. Takut tercekik!
Dah mula terasa tak privacy sebab Mama asyik snap pics berkali - kali. Tak sukalah Mama!
Terus buat muka hodoh! (Pun tetap comel jugak!)
Okay. Kena counter balance kan Adam punya habit ni dengan healthy meal yang lain. Nasib baik Adam suka makan buah and minum yogurt. Kalau tak, memang obes anak aku di usia yang kecil. Yang susah sangat sekarang ni adalah nak beri dia makan sayur. Macam nak berperang satu kitchen sebab Adam lari sana - sini setiap kali aku suap sayur. Tak boleh nak marah lebih - lebih sebab dulu masa aku kecik, emak ligan aku jugak keliling rumah sebab aku taknak makan sayur. Okey sifat itu pun diwarisi jugak ke? Macamana nak kasi anak suka makan sayur? Perlu ke aku carve sayur - sayur tu jadi bentuk arnab ke untuk bagi Adam suka makan? The only sayur yang dia suka makan is kentang. Kentang tu sayur tak? Ke tak?

Sungguhpun begitu (Pehhh sungguhpun begitu!) body Adam tetap maintain fit. Bagus kan? Dari sejak bayi lagi Adam memang sungguh utuh posture dan ketegakkan kepalanya. Tak ada senget benget macam bayi seusia. Dia sangat tough. Frame badan dia macam Papa. Tegap kental - kental montel bergaya. Kalau dukung Adam aku rasa tangan aku ni mesti terus bermuscle. Sebab dia super berat untuk bayi seusia dia. Dukung 2 - 3 minit terasa lenguh. So far Papa aje yang hebat dukung Adam tanpa perlu passing pada sesiapa. Hebatlah awak, abang! Berbaloi jugak aku bantai makan pil - pil yang klinik bagi masa pregnant dulu. Iron tablet tu betul - betul buat tulang Adam tegap bertenaga!

Cuti sekolah panjang ni, aku nak beri variety sikitlah untuk makanan Adam especially masa lunch. Biar dia bernafsu sikit nak makan nasi. Kalau tak asyik nak lari - lari aje. Tapi cuba letak spaghetti depan mata. Uiii licin! Takkan Mama nak masak spagetthi hari - hari untuk awak, sayang!

p/s : Hopefully Mama dapat luang masa yang extra untuk awak sepanjang cuti sekolah ni ye sayang!

Dah. Babai!

Read More»

Muka Yang Hodoh Siapa Yang Sayang?

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Aku pernah rasa macam - macam. Kena keji, kena perli. Macam - macamlah. Semuanya dek kerana muka yang sangat sibet dan ditumbuhi jerawat menggila sejurus selepas habis pantang masa deliver Adam dulu. Aku memang blame hormon secara keseluruhannya. Sebab dulu aku tak pernah berjerawat teruk. Setakat jerawat tumbuh secara pukal - pukal manja tu kira biasalah kan lagi - lagi kalau dah dekat dengan kita punya cycle, tapi ini tak. Nah hambik kau tumbuh macam pendatang asing. Sekelepuk terus banyak bertempek atas muka.

Macam - macam dah aku buat untuk hilangkan jerawat. Cabaran tau. Bukan senang. Hampir - hampir putus asa. Hampir - hampir aje aku pasrah dan rasa malas nak buat apa - apa lagi. Masa itu motivasi aku yang terpaling besar adalah suami. Aku tau dia sedih tengok muka aku dah macam jembalang tanah. Nak kiss kiss muah muah kat pipi pun dah geli - geli. Agaknyalah kan.

Baca dekat sini dan sini.

Hampir setahun lebih aku berjuang nak pulihkan muka. Sekarang ni aku tinggal nak maintain ajelah. Alhamdulillah sekarang muka aku dah nampak bentuk manusia sikit. Students mana yang perasan perubahan sibuk tanyakan petua, rahsia, blablabla. Aku kongsikan apa yang aku alami dan apa yang aku buat. Tak ada rahsia - rahsia. Macam yang aku bagitahu, aku start dengan makan VCO Catalyst softgel. Tak sampai sebotol habis muka aku dah nampak elok dah. Lepas itu aku amalkan cuci muka pakai sabun susu kambing HR dan pakai bedak harum Nasila selain aku sapukan Gel Gamat Luxor dekat parut jerawat. Sekarang ni bila tumbuh jerawat time cycle aku just bagi Oxy 10 je. Insyaallah nanti dia kering sendiri.

Nak maintain muka bersih ni yang payah sikit. Memang betullah orang kata you are what you eat. Kurangkan makanan berminyak, berlemak dan lebihkan minum air masak (Bukan air tapis ye!) insyaallah muka dan badan akan memberikan hasil yang melompat bintangkan (Menggembirakan! HEHE). Ini bukan suka - suka cakap ni tahu, ini berdasarkan pengalaman sendiri. ^___^

Muka aku yang paling latest edisi November 2011. Okay pores tu memang degil nak hilang. Tapi pudar kan kan kan? Nak tahu aku pakai apa untuk pudarkan pores? Jengjengjeng!
Ini gambar 2 bulan lepas masa dalam proses pemulihan. Pores masih nampak jelas boleh main guli dalam pores!
Bila tengok gambar aku masa muka tengah dahsyat dulu terasa sangat sedih dan rendah diri. Bergantung kepada make up yang tebal untuk menutup segala cela. Sedih tau! -__-' Tika lah tempat aku mengadu nasib.  Aku menyampah dengan dia sebab muka dia tak ada masalah pun. Cis betul! Masa itu rasa diri tak berguna betul. Muka berjerawat ni memang buat self - esteem kau low gila - gila.

Alhamdulillah aku bersyukur sangat dengan kondisi muka aku sekarang. Tak adalah cantik atau flawless gila - gila tapi kurang berjerawat dan parut. Cuma pores aje masih dalam rawatan. Takut dah nak berlagak - lagak lagi. Dulu muka flawless, dek kerana takbur sangat maka Allah balas kaw - kaw. Padan muka aku. Pengajaran yang paling berharga. Sebab itu sekarang siapa yang kata aku ada petua ke apa ke memang tak ada. Ini aku kongsikan dengan engkau orang ni memang apa yang aku buat dan amalkan.

Cubalah. Mana tau berkesan dengan engkau orang kan?

Teruk sangat sampai aku rasa malu.

Oh ya. Aku sekarang tambahkan toner Iffah Gold yang ada collagen tu dalam regime penjagaan kulit muka. And next week nak start gantikan sabun susu kambing tu dengan sabun Aura Maya yang Maklong kasi hari tu. Saja nak cuba manalah tau kan. Sejak aku pakai toner Iffah, Kak Sally dengan Mel kata aku cucuk botox sebab muka aku tegang and shining. HAHA. Rajin berwudhu' ni! ^___^

Aku memang suka benda - benda cantik ni. Nama pun perempuan. Normallah kan! HEHE!

Dah. Babai!

Read More»

Mengandung. Perut Masing - Masing.

Kelakar aje kan. Bila kita tak mengandung walaupun dah 2 tahun kahwin, kata kita merancanglah takut gemuklah bila pregnant. Lagi tak guna bila ada yang bagi komen mintak penampar "Tak pandai buat lettew! Tu pasal tak lekat - lekat!" Eheh engkau cakap macam good - good aje ye. Macamlah aku boleh sumbat secara manual sperma tu masuk dalam ovum sendiri. Eh eh engkau ni. Kata aku tak suburlah apalah. Adoi, hari - hari pergi kerja mesti memendam rasa.

Well, aku dah membuktikan aku tak gentar langsung nak gemuk okay. Ambik kau terus 81.9kg. Chill lah. Tak ada perasaan menyesal pun. Pada tahun ke dua bernikah barulah Allah mengurniakan kami suami isteri hadiah ajaib di dalam rahim. Bersyukur sangat - sangat walaupun pertama kalinya macam seram - seram sejuk. First timerlah katakan. Mana ada pengalaman kan.

Bila dah ada anak satu, sibuk pulak tanya bila nak menambah. Macam tak boleh nak sabar. Macamlah kerja aku dekat rumah 24/7 asyik buat keturunan aje. Aku ada life lah! Inilah manusia. Ada aje yang tak kena. Kadang - kadang rasa rimas malas nak layan. Tapi terpaksa ajelah tadah telinga bila kena perli macam - macam sebab menambah anak tak termasuk dalam projek jangkamasa terdekat.

"Takkan nak buat baby lagi semata - mata nak puaskan hati orang?" Kata suami.

Ada betul jugak. Tapi aku rimas. Rimas bila orang asyik tanya bila nak menambah bila nak mengandung lagi. Haih! Paling teruk hari itu aku kena. Bila orang tu tanya bila nak menambah anak, aku jawab "Nanti - nantilah kak. Adam tu kecik lagi. Manja lagi." Sopan aje aku jawab sambil tersenyum - senyum penuh keayuan. Akak tu boleh pulak kata "Engkau bagilah adik, nanti matanglah Adam tu..! Tak manja - manja lagi" Aku sengih aje. Tak kuasa nak melayan. Eh suka akulah nak manjakan anak aku!

"Dulu akak baya engkau anak dah tiga!"
Eh! Ada lagi ingatkan dah habis dah!

"Tak apalah kak, saya muda lagi. Nanti - nantilah. Tunggu Adam besar dulu." Masih jawab dengan penuh kesopanan lagi.

"Ahhh itu mengarut semua tu!" Eh akak tu pulak nak emosi!

"Akak ni hebat. Kerja asyik tambah anak. Apa nak fikir? Esok dah tua senang. Anak ramai boleh jaga. Kita tinggal tumpang senang. Jangan asyik nak kurus nak jaga badan nak lawa anaknya satuuuuu tu ajelah!"

Eeeehhh akak ni kalau aku layankan ni boleh bawak tarik - tarik rambut ni. Aku istighfar beberapa kali sambil senyum tak putus - putus. Sedaya - upaya aku tahan mulut aku biar tak menjawab apa - apa. Telinga rasa panas, darah mendidih, jantung berdegup laju. Phewww! Memang menduga kesabaran betul akak ni!

Aku rasa, aku takde bantahan langsung pada emak bapak yang rasa nak menambah anak setahun sekali. Terpulang. Engkau yang kasi makan, engkau yang besarkan, pandai - pandai engkau macamana nak bahagikan masa, kasih - sayang dan dalam masa yang sama berlaku adil terhadap anak - anak engkau. Sebagai emak bapak, engkau tahulah kan macamana nak uruskan anak - anak engkau. Soal rezeki tolak tepi sebab anak yang lahir ada rezekinya masing - masing.

Cuma aku rasa akak tadi agak melampau lah sebab memperlekehkan tindakan aku taknak menambah anak dalam jangkamasa terdekat. Aku tak puas memanjakan Adam. Aku tak puas lagi dengan Adam. Aku kesian kalau Adam kecik - kecik lagi aku dah bagi adik. Tak adil rasanya untuk Adam. Dalam Islam memang bagus kalau berzuriat ramai, tapi aku rasa hak akulah kan nak tambah anak bila. Bukan aku taknak, cuma bukan sekaranglah. Mungkin bila Adam dah umur 3 - 4 tahun karang pandailah aku bagi Adam adik.

Aku taknak jadi macam kawan - kawan aku yang anak setahun satu lepas itu merungut sana - sini duit tak cukup, upah pengasuh mahal, duit susu pampers blablabla. Tak adil kan untuk anak engkau? Engkau pandai - pandai buat anak, hak anak tu untuk mendapatkan yang terbaik dari engkau sebagai emak bapak. Jadi janganlah mengeluh pasal tak cukup budget blablabla. Anak kan rezeki Allah.

Hal - hal keibubapaan ni bukan sekadar lahirkan anak berapa ramai yang boleh. Eh kualiti anak pun kena kita titik - beratkan. Lahirkan anak 11 orang tapi semua produk rosak nak buat apa? Sorrylah bahasa aku agak kasar tapi ini isu sensitif bagi aku.

Aku tak tau apa isu akak tu against aku. Tapi kalau bab anak ni, memang dia suka perli aku konon aku ni low class sangat sebab tak subur macam dia yang kerja asyik nak beranak aje. Pantang kena sentuh!

Tahulah aku nak mengandung nanti pun. Ke akak yang nak menambah lagi ni?


Dah. Babai!

Read More»

Jumaat Sebelum Cuti Panjang. Memang Mencabar!

Hari ini aku bangun pagi tahu tak. Pukul 5 pagi aku dah terkebil - kebil. Tunggu masa nak mandi dengan solat sebelum pergi sekolah buat kali terakhir sebelum cuti panjang yang syok sedunia! Semalam dah MC satu hari sebab Adam demam panas, so hari ni kena pergi sekolah jugak walaupun dalam hati meronta - ronta taknak pergi sekolah. Ingatkan anak murid aje pemalas? Cikgunya lagi malas! KEHKEH!

Lepas solat, and breakfast ala kadar 6.30 pagi aku dah gerak pergi sekolah. Hajat di hati nak setelkan kerja cepat - cepat and spent masa yang selebihnya dengan bergosip - gosip ke camwhore ke sebab hari ni cikgu - cikgu ada buat Potluck! Nyumnyum!

Tapi harapan ajelah sebab kurang 5 km dari rumah, tayar kereta tiba - tiba pecah sebab aku terlanggar lubang. Arghhh! Stress aku stress! Call kawan - kawan malang sekali sebab diorang jauh dari area rumah aku, terpaksalah aku pejam sebelah mata call seorang cikgu senior yang rumah dia dekat dengan area tayar aku pecah. Nasib baik cikgu tu sudi tumpangkan aku sampai sekolah. Aku park kereta tepi halaman rumah orang, terus tunggu cikgu tu tepi jalan. Dah macam minah kilang tunggu bas. Sambil tu call suami bagitau apa aku dah buat dekat kereta dia. HUHU. Mahap bebiiii mahappppp! ^___^

Sampai sekolah lepas punch card terus aku setelkan kerja - kerja berikut :
  • Tutup register untuk bulan November dan sepanjang tahun 2011
  • Serah buku resit dekat kerani kewangan
  • Serah kutipan duit PIBG sepanjang tahun 2011
  • Serah kutipan duit komputer sepanjang tahun 2011
  • Serah duit kutipan lembaran kerja sepanjang tahun 2011
  • Serah buku rekod mengajar
  • Masukkan markah SAPS (online)
  • Isi daftar buku Agung. Phew! Mencabar!
  • Pulangkan buku - buku teks yang dipinjam sepanjang tahun 2011
  • Pulangkan buku yang dipinjam dari library
Sambil - sambil tu call mekanik yang sanggup betulkan kereta aku. Dahlah hari ni hari Jumaat. Banyak kedai tutup tengahari sebab nak solat Jumaat. Last - last suami kata tak apalah biar dia aje yang tukar tayar and bawa ke kedai tukar tayar. Kesian suami, balik kerja penat - penat kena pulak tukar tayar, lepas tu bawak pulak ke kedai. Nasib baik cuma RM70. Ambik tayar second handed. Nanti ada rezeki tukar tayar baru empat - empat biji terus. Hoh!

Aku sangat penat dan berpeluh - peluh hari ni. Turun naik bangunan. Lepas tu kena pergi bilik BOSS (Bilik Pinjaman Buku Teks) sebab ada masalah dengan duit serahan denda kehilangan buku teks aku. Rupa - rupanya akak tu salah kira. Phewww! Panas sikitlah sebab beriya akak tu kata aku takde serahkan apa - apa duit dekat dia padahal aku dah serahkan last week. Bila dia check memang betul aku ada buat serahan bila dia tengok rekod serahan. Haih! Kalau akak tu check awal - awal tadi tak adalah jadi macam ni. Geram aku sikit tadi!

Tak dapat nak join Potluck sebab aku terlampau nak mengejar masa sebelum pukul 12 untuk uruskan kereta. Keluar sekolah awal sikit tadi around pukul 11 untuk uruskan kereta. Tak sempat nak kemas meja. Selalunya akhir tahun aku buang buku - buku atau kertas - kertas yang dah tak guna lagi. Bersih aje meja aku jadinya nanti. Sampaikan telekung pun lupa nak bawa balik. Next week aku rasa nak datang sekali lagilah. Nak kemas meja.

Register dengan buku resit.SETEL!

Ralat sikit sebab aku tak dapat buat serahan duit kad pintar kelas aku pada Datin Rimah sebab dia ada ceramah Pendidikan Islam dekat asrama. Pun tak dapat buat serahan yuran KEBIRU 2011 dekat Lina sebab tak jumpa dia. Kelam - kabut sangat sampai tak nampak siapa - siapa pun tadi. Fokus nak siapkan kerja and nak balik uruskan kereta.

Sampai rumah tadi badan aku sakit - sakit. Bahu sakit. Suhu badan tinggi sikit. Kepala pening. Aku bantai tidur dari pukul 12 tengahari sampailah suami balik dari solat Jumaat, join tidur sekali. Sudahnya pukul 3.30ptg baru bangun. HUHU. Terus mandi and solat. Makan pun tak lagi.

Malam nak rileks sikit. Tapi sebelum tu nak lipat kain yang dah menggunung tu sambil - sambil tengok Maharaja Lawak. Nasib baik Adam tidur awal. HUHU.

Siapa kata jadi cikgu senang? Tu baru sikit tuuu. Hujung kuku tuuuu!

Fuh! Cuti panjangggggg!

Dah. Babai!

Read More»