Wednesday, November 23, 2011

Air Selusuh / Minyak Selusuh Paling Mujarab Dalam Dunia

Ibu - ibu mengandung, dalam dictionary harian dia sebagai bakal ibu mesti ada perkataan ini. SELUSUH. Mari kita lihat, apakah makna perkataan selusuh ini? Selusuh bermakna seluar dalam yang sudah lusuh, hilang serinya kerana ibu mengandung buat perangai tak mahu tukar seluar dalam sepanjang tempoh hamil.

See? Aku kalau lapar, merapunya berlebihan. 

Baiklah baiklah. Engkau orang ni tak boleh nak dibuat berguraulah. Kerja nak memaki aku dalam hati aje! Okaylah, selusuh itu maknanya senang keluar. Jadi kalau kata air selusuh / minyak selusuh tu untuk memudahkan bayi dalam peru ibu lahir selamat dengan easy peasynya tanpa sebarang komplikasi. Insyaallah.

Masa aku pregnant menunggu hari dulu (Dah capai 8 bulan and onwards) emak ada cakap - cakap pasal air selusuh ni. Emak tapi tak adalah suruh aku cari air ni ke apa. Emak bukan tak percaya, tapi emak aku ni manusia yang main sebat aje. Tak kisah punya orang. Aku bila dengar tentang air selusuh ni pun tak adalah teruja sangat. Sebab ada yang kata air selusuh ni bida'ah. Aku pun taktau betul ke tak.

Tapi lama - lama aku rasa macam nak cuba pulak air selusuh ni. Tanya kawan - kawan yang dah ada pengalaman melahirkan, macam - macam versi air selusuh yang aku dengar. Lama - lama pening kepala. Kehkeh. Sengal betul. Sudahnya aku duduk berdua dengan suami, terus aku cakap dengan dia.

"Abang, orang kata air selusuh tu paling mujarab kalau suami yang buatkan."


"Air selusuh tu apa?" Maafkanlah suamiku itu. Dia sangat tidak tahu menahu.

"Macam air doalah abang. Abang buatkanlah. Abang doakan. Nanti airnya Lina (Panggilan aku dekat rumah) minum. Senang bersalin."


"Oh. Okay. Nanti abang buatkan."

Macam order milo ais.Eceh. Suami aku cakap macam good - good jew! Macam tahu je apa nak baca apa nak buat dalam proses menyediakan air selusuh tu. Aku pun tak kisah suami nak buat macamana pun. Asalkan dia ikhlas masa berdoa tu, aku rasa itu paling penting. Kan? Doa orang baik - baik kan Allah makbulkan. ^___^ Suatu petang suami datang bawa air satu botol dekat aku. Dia kata itu air selusuh yang dia buat. Bila aku tanya macamana dia buat, dia kata lepas solat maghrib dia baca Yaasin dan berdoa untuk aku. Mudah aje. Terharu aku rasa. Sebak aje dalam hati. Air tu aku bawa bekal sampailah aku admit ke GH.

Air tu aku tak minum sangat, aku lebih banyak sapukan dekat perut. Setiap kali aku sapu dekat perut (Sebab dah nak dekat bersalin tu BH contraction memang kerap datang menyerang) nanti contraction tu reda. Alhamdulillah. Sudahnya, sebelum masuk labor room, aku tak minum pun air selusuh tu. Aku just minum air zam zam and makan kurma 2 biji.

Memudahkan kita bersalin ni, bukan bergantung kepada air selusuh semata - mata. Banyak lagi faktor. Hablu minallah hablu minannas. Suami aku selalu kata, bersalin tu macam nak pergi mati. Jadi sebelum mati banyakkan ibadat dan jaga hubungan baik dengan orang. Aku tak dapatlah sepenuhnya buat sebab kadang - kadang mulut aku yang laju ni sedap aje jugak mengumpat orang sana - sini. Buruk perangai. Jangan ikutlah.

Dan, sewaktu bersalin tu kalau mudah maka alhamdulillah. Kalau susah, maka engkau muhasabahlah diri sendiri. Apa yang kita buat, apa yang kita cakap, semua tu counted. Suami pesan, solat janganlah tinggal. Kalau tak larat solat berdiri, boleh solat duduk. Aku start masuk 8 bulan, aku solat duduk. Sebab perut aku besar sangat, tak larat berdiri setempat lama - lama. Macam nak jatuh. HAHA. Yang wajib tu buat, yang sunat tu kalau rajin buatlah. Heee! ^___^

Masa pregnant, walaupun aku start amalkan baca Al - Quran agak lambat (Aku start masa bulan keenam mengandung) tapi tak apalah, teruskan jugak. Amalkan baca surah Maryam, surah Yusuf, surah Luqman, Surah Taubat, Surah Yaasin. Surah Maryam tu aku baca paling banyak kali, dengan surah Yusuf. Obses nak anak kacak! HEHE!



Yang paling penting sedunia, dapatkanlah keampunan dari emak kita and suami kita. Mintalah mereka ampunkan kita dengan ikhlas. Kelakar gila masa aku mintak maaf dengan emak aku, "Emak, Lina nak pergi mati ni tau. Doakan Lina. Ampunkan salah silap blablabla.." Nasib baik emak aku tak drama sangat. Gembira aje emak aku masa aku nak pergi admitted. Dengan suami lah kalau nak buat drama pun. Eh tapi sumpah macam drama. Kesian suami aku. Tak dapat bayang dia tidur dalam kereta dengan hujan lebat and nyamuk banyak gila - gila.

Dengan emak mertua mestilah aku minta maaf. Tapi melalui suami akulah. (Mengelat tak?) Aku tau dia pun sama - sama doakan aku selamat semuanya. Emak kan, mana ada yang tak sayang menantu. Eceh.

Emak aku cakap, perempuan kalau lepas bersalin tu, dia start buat benda - benda baik lebih banyak dari dia buat benda - benda tak baik (Berbanding sebelum bersalin) tu maknanya sisi - sisi jahat dia dah terbuang sekali masa dia meneran anak. KEHKEH!

Goodluck untuk mommies mommies yang menghitung hari. Chayok chayok!

Dah. Babai!

11 comments :

Cik Rose Cute said...

Memang elok untuk wanita mengandung...

Cik Puan Bunga said...

@Cik Rose CuteInsyaAllah. ^___^

nur easy said...

air selusuh kita telur ayam kampung+ air kopi. oh la la sedapnya.. hehe

dd.hasnidar said...

ye.air selusuh cuma ikhtiar.kalau abah dd,dia selalu suruh minum air kelapa.selain dari memudahkan bsalin,insya Allah baby yg lahir nanti bersih & takla bertepek2 darah kat kulit dia.

eh,semenjak dua menjak ni rajinnya cik puan bercerita psl pregnancy kan?letak gambar pregnant..hihi..hihi..hihi

Miss Tasantek said...

len kali dedicate lah entry ni untuk aku :P kan aku sedang menghitung hari :) weE...

air selusuh ni banyak version, kalau orang yang telalu obses dengan benda ni dah percaya kekuasaan benda lain selain dari kuasa Nya untuk kita kan. aku pon tak pecaya sangat. aku percaya Allah dah tentukan yang mana bahagian aku nanti. usaha dan ikhtiar yg menepati jalanNya..:)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyRasa dia mesti kaw - kaw! Ahahahaha!

Cik Puan Bunga said...

@dd.hasnidarHaha teringat pengalaman masa mengandung dulu. Tengok kawan2 pregnnt, aishhh rasa teruja pulak! HEHEHEHE!

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekBetul betul. Insyaallah! ^___^ Semuanya baik2 aja!

yayath said...

huhu....informasi yang berguna...hehe

haha...x tau nape meremang bulu roma tima baca certain entry akak tau...muahahahha!!!

Cik Puan Bunga said...

@yayathHaihhhhh tak habis2 dengan meremang dia tu! HAHA! Napanya meremang????

ummu khayla jual vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Cara buat air selusuh.