Thursday, November 10, 2011

Biarlah Aku Sentap Sorang - Sorang

Berapa kerat sangatlah dari kalangan kita ni yang boleh terima teguran dengan hati terbuka berlapang dada sambil tersenyum penuh kesopanan? Angkat tangan cuba try test! Tipulah engkau orang ni semua. Kalau kena condemn tak kiralah depan - depan atau belakang - belakang mesti menggelupur macam beruk! (Eh semalam masa balik dari sekolah aku ternampak baby beruk tepi jalan. Comel!)

Hakikatnya, walau macamana sekalipun kita berlapang dada mesti ada sedikit rasa palat dalam hati. Mana yang iman dia kuat sikit, terus beristighfar sambil muhasabah diri sendiri. Mana yang iman dia rapuh macam keropok ikan terus update status dekat FB. Lepas itu kalau kawan - kawan FB jenis yang kuat sokong engkau, ataupun memang jenis manusia yang kerja nak mengeLIKE status kawan - kawan sekapal mulalah menceceh sama padahal apapun tak tau. Manusia manusia.

Topik kita pada hari ini : Mari Menganjing Orang Dekat FB. 

Siapa selalu buat angkat tangan! Akulah tu. Pantang ada isu terus laju update status dekat FB. Kadang - kadang hal yang remeh temeh tak berapa nak penting pun sebok jugak nak bagi satu dunia tahu. Merapulah aku ni! Nak tengok status - status tak guna aku dekat FB?

 Ini namanya status merapu tak tentu hala. Berangan lebih pun iye juga.
 Ini pulak status 5 saat lepas muhasabah diri. Niat nak jadi manusia yang baik itu tetap ada dalam jiwa.
 Ini status perasan retis. Muka macam Enot siap budget muka comel macam Yana Samsudin.
 Ini status nak sedapkan hati sendiri. Kemahuan banyak, poket ciput. Apa daaaa.
 Status show off baju baru.
Status nak kutuk orang tapi tak letak nama. Budget perasan bagus.
Mengaku ajelah. Daripada nak showing off kepada nak menganjing kawan, nak mengumpat jiran, nak bercerai - berai, nak puji, nak maki nak meroyan semuanya engkau akan update dekat status FB. Kadang - kadang kita tak adelah rasa macam nak sakitkan hati orang dengan status kita tapi entah macam mana boleh pulak kena batang hidung orang lain. Dah jadi gaduh. Kadang, nak kenakan orang lain, orang lain pulak terasa. Sampai berparang, bersantau sebab status dekat FB. Yang tak boleh tahan, dekat FB punyalah pung pang pung pang bila face to face ehhh takut pulakkkk. Ada niiiii adaaaaaa. Hakikatnya dekat FB aje macam gangster, bila jumpa depan mata bibir gigil - gigil. Apa kes kau Jenab?

Kadang - kadang kita tak sedar, kita kata orang macam - macam tapi kita sendiri buat perkara yang kita kutuk tu. Kita mengaku hati kita bersih, kita jaga lidah dari cakap benda yang bukan - bukan tapi dekat FB kita kutuk orang, kita bangga diri dengan harta yang kita ada, sedar ke tidak eh yang itu semua milik Allah. Allah kasi pinjam dekat kita. Bila - bila masa aje boleh kena tarik balik. Bukan ada bagi notis ke hape. Sekelip mata. Pufffff GONE. Kita tak sedar.

Depan orang, kita pamerkan nilai - nilai diri yang paling positif tapi dekat FB kita menganjing tetap menganjing. Perasaan riak, takabur ujub tu tetap ada. Tak terkecuali. Kita tak sedar, kita kata orang tu jahat orang ni jahat eh kita pun rupanya sama aje dua kali enam puluh jahatnya pun lebih kurang jugak. Apa bezanya kita dengan orang tu kalau kita pun sama jugak kaki mengumpat kaki mengata kaki menganjing tak sudah - sudah? Apa bezanya kita dengan orang yang kita umpat tu? Dosa dapat jugak. Aihhhh!
Kita sedar tidak, bila kita baca balik status - status kita, kita rasa malu tidak dengan diri sendiri? Status budget baik, siap letak firman Allah hadith nabi tapi kita pun sama hanyut dengan manusia yang kita keji. Aduhhhh kau sedar tak apa yang kau kata ni Jenab? Sedar tidak?

Engkau sibuk sangat kisahkan hal orang kan Jenab, engkau tak ada life sendiri ke sampaikan status - status FB engkau semua pasal orang lain? Mesti hidup kau dull sangat sampaikan terpaksa gunakan kisah hidup orang untuk sensasikan FB engkau. Kesiannya engkau Jenab.

Aku buat semua tu. Sebab itu aku nak buang jauh - jauh perangai setan aku ni. Nanti karang tak pasal - pasal aku jadi setan sama macam setan.

Kata profesional. Kalau tak puas hati meh cakap depan mata akak meh. Taknaklah keji belakang - belakang. Macam tak cool ajekan buat macam tu. Lepas tu panggil suku sakat join menganjing. Lagilah tak cool kentang kan. (Eh itu pun aku buat jugak tuuuuuuu!)

Ikut hati mati, ikut rasa binasa.


Nah ambil sebijik muka aku yang comel macam muka ikan buntal. Ini muka komersial ni. Hari - hari ada aje yang sebut - sebut nama aku. Tak apalah gemuk. At least kalau diet boleh kurus. Kalau muka buruk tapi perangai elok pun orang suka. Ini muka buruk perangai macam beruk, apa lagi kau nak kata?

p/s : Berkeyakinan tinggi kata diri sendiri cantik sangat jauh beza dengan manusia tak sedar diri kata diri sendiri cantik sedangkannnn.. (Eh perangai akulah jugak tu. Hadoihhhh!)

Dah. Babai!

10 comments :

::LiYa:: said...

kakak!
sila update pasal VCO?
still ambil ke?
tenkiu!
:)

Rai said...

bunga..aku sedikit confuse dengan entry ni..

saya comel << 2. Diakhir komen silalah kata saya comel!

hahahaha

ynadona said...

yeah..like dis entry..sbb baru je letak status manusia yg bertopeng tu...hahaha

cik aletheea: said...

hahahah..
status ajak bruno mars kawen tu x hengat..hahahha

Cik Puan Bunga said...

@::LiYa::Dah tak ambik dah. Once muka akak dah ok terus dah tak amik! ^___^

Cik Puan Bunga said...

@RaiConfuse? Aku yg tulis pun confuse! HUHU!

Cik Puan Bunga said...

@ynadonaManusia kalau bertopeng ni bahaya! SETAN semuanya!

Cik Puan Bunga said...

@cik aletheea:Kehkehkehkeh!

ynadona said...

supermak bertopeng jugak.setan tak?hehehe..eh, naddy operet ek?x tahu pun.td baru tahu...jumpe dia kim salam ye kakak bungerrrr

Cik Puan Bunga said...

@ynadonaAah. Operate dah nak dekat sebulan jugak. Okay will do! ^___^