Thursday, November 17, 2011

Cheapskate.Com

Aku bukan cheapskate. Tapi aku suka cari sesuatu yang lebih murah. Itu namanya apa ye? Jimat? Jimat tak jugak. Kalau berjimat, tak adalah aku suka membeli - belah walaupun poket time itu tengah kosong. Tapi yang penting bukan cheapskatelah sebab cheapskate lives in misery. Aku tak, aku berbahagia. HAHA.

Okay. Sejak badan dah kurus sikit ni (Baca : Sikit aje ye. Bukan banyak!) keyakinan nak memakai baby - T mekar kembali dalam hati. Tapi bukanlah maksudnya aku nak pakai depan masyarakat umum, pakai dekat rumah aje. Sejak dah gems ni asyik rembat T - shirt suami aje ke sana - sini. Tension boyfriend aku sorang tu sebab baju asyik kena kebak dengan aku. KEHKEH.

So, hari tu pergi Kluang Mall sebab dekat sana ada satu kedai T - Shirt yang aku suka sangat masuk. Brand Outlet. Selalunya dekat situ suami shopping T - Shirt dia. Comel - comel lepas itu murah sedunia. Untuk 3 T - Shirt statement hanya RM50 saja. Boleh mix and match pulak lagi. Suka!

Yang lagi best, hari tu dia ada buat clearance sale. Untuk satu baby - T cuma RM9 aje! Sekali rembat terus 5 helai. Baru RM45 instead harga biasa dia RM50 untuk 3 helai.

Getah rambut dia comel - comel. Range harga dari RM6.90 - 12.90
5 helai!
Murah!
Untuk suami.
Kebetulan, hari itu kalau berbelanja more than RM80, akan dapat percuma tote bag yang cool habis! Terujanya aku! Begnya spacious dan boleh letak macam - macam. Comel sangat. Dahlah hari tu masa shopping baju Adam pun dapat tote bag jugak. Syiok betul lah!


Eeh ada budak hemsem posing sama! HAHA!
Kenapa aku suka sangat Brand Outlet? Sebab konsep kedai dia yang suka buat harga pukal macam RM50 untuk 3 helai T - shirt, RM69.90 untuk 2 helai kemeja, RM79.90 untuk 2 helai jeans, then accessories dia comel - comel dan sangat up to date. Baju - baju dia comel - comel. Cotton yang sangat selesa dan tak loose shape bila dah kena cuci. Suka sangatlah! Selain Brand Outlet. F.O.S pun ada konsep baby - T yang RM45 untuk 3 helai tapi kain dia nipis sikit. Tapi still boleh di consider jugak.

Aku belum tahap yang boleh spend hundreds over a T- shirt. Kalau dulu masa zaman belajar bolehlah T - Shirt asyik nak yang Levi's. Ni bila dah ada tanggungjawab yang lain ni, mana yang murah (Tapi cantik) tulah yang aku rembat dulu. HAHA. Eh tapi kalau ada duit lebih apa salahnya nak beli yang branded and pricey sikit kan. Manalah tahu, kalau pakai terus jadi handsome ke apa. HAHA. Kadang - kadang benda yang murah tu, kalau dah orang cantik yang pakai (Macam aku) ohsem jugak jadinya. KEHKEHKEH.

Dah. Babai!

4 comments :

Zira said...

best kan shopping kat brand outlet! murah jee. selalu belu shawl kat situ :D eh adam buat muka comel!

Cik Puan Bunga said...

@ZiraOhhh kan? Lupa nak mention, shawls nya cantik2 sangat kan! Rare! ^___^

deena awanis said...

suka jugak beli shirt kat factory outlet tu..memang murah..

Cik Puan Bunga said...

@deena awanisKan? Cantik - cantik pulak tu! ^___^