Monday, November 21, 2011

Jajan Dan Khasiatnya Terhadap Perkembangan Otak Bayi

Of courselah tak ada khasiat langsung!

Anak handsome saya tu (Exaggerate tak? Tak kan? Sebab Adam memang handsome! Kehkehkeh!) memang almost impossible nak buatkan dia duduk diam. Setakat ni Adam hanya akan duduk diam kalau aku bagi dia Tab kesayangan papanya and bermain Titom (Talking cat : Tom) dengan gembiranya. Sampai termuncung - muncung mulut dia macam anak ayam. Selain dari itu, tidak ada.

Baru - baru ini aku sangat shell shocked sebab tiba - tiba aku baru discover satu lagi benda yang boleh membuatkan Adam duduk diam dengan tekunnya melebihi 5 minit. Iaitu dengan memberinya sebungkus Double Decker's in particular yang chicken flavour. Dia akan duduk diam dan menikmati kelazatan jajan terbabit sambil kaki silang - silang lagi. Sungguh otai. Tak ada siapapun ajar dia makan jajan tahu. Tahu - tahu dia sudah pandai makan jajan sendiri. Dan yang lagi ajaib, jajan tu memang aku suka sangat makan time preggy dulu. tergolek - golek aku makan sambil baca novel Sophie Kinsella. Dan yang lagi ajaib kan, Adam sangat responsive dengan perkataan SHOPPING juga dengan Shopping Kompleks. He finds it intriguing.  Engkau rasa ada kaitan tak habit aku masa preggy dengan Adam punya sifat? Errr.

Sebagai parent yang menitik beratkan perkembangan kognitif Adam, mestilah aku macam freak out sikit sebab jajan ni satu dunia pun tahu tak baik untuk otak. Tapi dalam masa yang sama aku macam bersyukur sebab at least ada jugak benda yang boleh buat Adam duduk diam. Diam sedunia tahu! Aku boleh buat kerja lain dengan gembiranya. Jajan lain Adam taknak. Dia nak yang itu jugak. Hari itu masa holiday ke Melaka, aku letak Adam duduk dekat seat belakang berbekalkan jajan itulah. Dia duduk diam - diam. Best betul!

Comel tak perangai. Makan jajan and siap ada bekalan air sekali. Takut tercekik!
Dah mula terasa tak privacy sebab Mama asyik snap pics berkali - kali. Tak sukalah Mama!
Terus buat muka hodoh! (Pun tetap comel jugak!)
Okay. Kena counter balance kan Adam punya habit ni dengan healthy meal yang lain. Nasib baik Adam suka makan buah and minum yogurt. Kalau tak, memang obes anak aku di usia yang kecil. Yang susah sangat sekarang ni adalah nak beri dia makan sayur. Macam nak berperang satu kitchen sebab Adam lari sana - sini setiap kali aku suap sayur. Tak boleh nak marah lebih - lebih sebab dulu masa aku kecik, emak ligan aku jugak keliling rumah sebab aku taknak makan sayur. Okey sifat itu pun diwarisi jugak ke? Macamana nak kasi anak suka makan sayur? Perlu ke aku carve sayur - sayur tu jadi bentuk arnab ke untuk bagi Adam suka makan? The only sayur yang dia suka makan is kentang. Kentang tu sayur tak? Ke tak?

Sungguhpun begitu (Pehhh sungguhpun begitu!) body Adam tetap maintain fit. Bagus kan? Dari sejak bayi lagi Adam memang sungguh utuh posture dan ketegakkan kepalanya. Tak ada senget benget macam bayi seusia. Dia sangat tough. Frame badan dia macam Papa. Tegap kental - kental montel bergaya. Kalau dukung Adam aku rasa tangan aku ni mesti terus bermuscle. Sebab dia super berat untuk bayi seusia dia. Dukung 2 - 3 minit terasa lenguh. So far Papa aje yang hebat dukung Adam tanpa perlu passing pada sesiapa. Hebatlah awak, abang! Berbaloi jugak aku bantai makan pil - pil yang klinik bagi masa pregnant dulu. Iron tablet tu betul - betul buat tulang Adam tegap bertenaga!

Cuti sekolah panjang ni, aku nak beri variety sikitlah untuk makanan Adam especially masa lunch. Biar dia bernafsu sikit nak makan nasi. Kalau tak asyik nak lari - lari aje. Tapi cuba letak spaghetti depan mata. Uiii licin! Takkan Mama nak masak spagetthi hari - hari untuk awak, sayang!

p/s : Hopefully Mama dapat luang masa yang extra untuk awak sepanjang cuti sekolah ni ye sayang!

Dah. Babai!

8 comments :

Bella Bellitos said...

adam buat apa pun kacak bergaya jugak! phew phew terpikat..

Cik Puan Bunga said...

@Bella BellitosSilalah ngorat! Kehkehkeh!

Rai said...

hensom adam..makan jajan pun tak terjejas kehensomannya..hehehe..

cuti skolah ko pun dapat cuti lah ek..syok gila kan..patutlah mencabar jadi cikgu..cutinya pun seronok..aku? memang takde tokoh nak jadik cikgu..haihhh..

nasib baik aqil dengan damia suka sayur..paling dia suka carrot.. ranggos mentah2 je..mula2 aku pun tak lalu..tapi belajar dari anak.. hahaha..boleh gitu..?

Cik Puan Bunga said...

@RaiTu namanya kontrol macho! HAHAHAHA!

Cikgu time cuti pun kena datang sekolah! Nyampah betul! Huhuhuhuhu!

Bagusnya anak kau suka makan sayur! Anak aku tu mcm nak ajak perang kalau disuruh makan sayur! HUHUHU!

Rai said...

hehehe..ye ke..aku ingat kalau cuti tak payah pegi skola..kehkehkeh..

tu semua hasil tarbiah laki aku.. kalau aku? bertuah!! aku paling benci carrot..haha..skang berusaha menunjukkan contoh yg baik.. kononnya..hahaha..

Cik Puan Bunga said...

@RaiAdam ikut akulah Rai. Kerjanya nak membedal makanan tak berkhasiat jek. Adoi!

Miss Tasantek said...

gynae kata, what u eat will be what your baby eat :)

betul kot..sebab akak ipar aku kan, suka makan sayur..and si kimi suka aja bedal sayur diblender..muke die heaven je kalau makan sayur.

biras aku pon cenggitu, mak die makan sayur, anak die pon suka. kacang panjang yg keras tu die sebat semacam je macam makan koko krunch. iyerk...

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekOhoooo padanlah apa yang Adam makan sama dengan apa yg aku makan! Wewuwuwuwuw!