Wednesday, November 2, 2011

Kebenaran Sebenar Tentang Aku

Assalamualaikum.

Dalam blog aku ni, kalau engkau cari entry - entry sopan dan penuh tatasusila memang engkau tak akan jumpa. Sebab semua pun entry sampah yang tak berguna langsung terhadap pembangunan ekonomi negara. Engkau takkan jumpa satu entry pun yang boleh engkau jadikan panduan melalui liku - liku hidup yang penuh dengan cabaran. TAK ADA.

Bahasa yang aku guna boleh tahan kesat. Tak sesuai dengan kerjaya aku sebagai seorang pendidik. Aku tak lemah - lembut, entry pun banyak menganjingkan orang. Senang kata, kalau baca blog aku ni macam engkau nak kata aku buka pekung sendiri.

Banyaklah yang engkau cakap pasal blog aku. Aku itu aku ini. 

Tapi itu engkau cakap belakang akulah. Depan aku, engkau kata engkaulah peminat number one .geek in the pink.

Aku sedihlah. Tapi aku sedih sekejap aje. 

Sebab aku tak berpura - pura. Apa engkau baca disini, itulah aku diluar. Aku tak mereka cerita, aku tak buat - buat sopan dalam blog tapi kat luar perangai macam hape. Tak tak. .geek in the pink. 100% genuinely written. Tak ada tokok tambah.

Yang baik jadikan panduan. Yang buruk janganlah ikut.

Cuma aku kesal sikitlah bila engkau yang cakap macam tu.

Babai dunia.

10 comments :

Rai said...

hoh...siapa kahh...blog ko bes..ohsem.. femes.. sebab tu dia jeless..haha..

Naddy said...

sape???

Innanie | Ariffin said...

alamak apasal sentap pulak ni CPB??? serba salah terus pasal entry semalam. kata suruh kritik..

sorrylah kalau cpb terasa hati. takde niat apa pun. sekadar untuk contest!


Maafkan cik lawyer ye!

Lovely Ayun said...

Just be strong, akak..

Apa yg penting kita tahu tentang 'diri' kita, tak perlu hipokrit dan bermuka-muka depan orang lain..

Biarlah org cakap buruk pun, asalkan kita tahu baik buruk n apa yg terbaik utk diri kita..

Sya doakan akak succes :)

Cik Puan Bunga said...

@RaiSeseorang yang dekat di mata jauh di hati... =____="

Cik Puan Bunga said...

@NaddyOrang.

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinOh my sayang, tak ada kena mengena dengan entry awaklah. ^___^

Adalah someone yang dekat dimata jauh dihati telah merobek hati ini. Sedih. Sedih.

Cik Puan Bunga said...

@Lovely AyunThank you Ayun! ^___^

Hipokrit tak akan bertahan lama.

Thanks so much!

Miss Tasantek said...

mujur aku tak kritik :) kikiki..

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekHaaaaaaaaaaa!