Monday, November 14, 2011

Kecil. Tetapi Memberikan Impak Sebesar Lautan.

Mentang - mentang filem Ombak Rindu is coming soon, tulis blog pun haruslah ada ayat - ayat jiwang. Barulah mengikuti perkembangan semasa. Eceh. Eh tapi betul. Kadang - kadang kita harapkan suami kita atau pasangan kita buat something yang sweet sweet romantik, nak suami / pasangan sentiasa buat surprise yang melampau supaya kita dapat rasa "Alahhhh romantiknya suami aku!" tapi kita kurang beri perhatian pada benda - benda kecil yang suami / pasangan kita buat. Untuk kali ini, aku fokuskan kepada suami.

Cabaran bagi aku bersuamikan lelaki yang kurang romantik. Bukan tak romantik. Tapi kurang. Nak buat macamana. Ini kehidupan sebenar. Bukan novel. Kalau novel bolehlah engkau dapat hero kacak, romantik, pandai main gitar, nama siap ada unsur - unsur urban macam Adam Irfan Xaharis (Cukup urban tak?) blablabla. Hakikatnya, mana ada lelaki yang macam gitu. Tipu aje semua tu. Lelaki tetap lelaki. Allah dah jadikan mereka bersifat macam itu. Maka siapa - siapa yang dapat suami extra romantik, maka tadah tangan dan bersyukur sekarang.

Macam hari tu, suami tahu aku mengidam cokelat Beryl's. Aku lately memang mengalami lambakan nafsu terhadap cokelat. Nak bercokelat aje sepanjang masa. Puas aku pusing bandar Batu Pahat cari Beryl's Assorted tapi tak berjodohan. Sudahnya terpaksa berpuas hati dengan Vochelle. Tak apalah. Sental jugak. Janji cokelat sedap. Cap apapun boleh.

Suami tahu betapa mengidamnya aku dengan cokelat Beryl's. Last - last dia drive sampai Kluang Mall and dekat sana jumpa pulak dengan cokelat idaman kalbu isteri dia yang tercinta. Ewah. Dia belikan aku sebotol. Mungkin ada yang kata " Beryl's aje kot. Bukan Godiva pun kannnn. Apa nak heran." Eheh. Bagi aku sangatlah besar nilai Beryl's tu sebab sanggup ni suami drive jauh - jauh semata - mata nak memuaskan tuntutan nafsu perut boyot aku. Boyot berlemak ye, bukan boyot berbaby. HAHA. Tarik nafas sekejap. Pejam mata. Dan bukak balik.

Lazat engkau, lazat!
Suami memang tak pandai nak ambil hati aku kalau aku merajuk ke apa. Tapi macam inilah dia membahagiakan aku. Simple aje marriage kami. Bukannya tak gaduh. Gaduh jugak. Bukannya tak pernah marah - marah. Marah - marah jugak. Sama aje kami ni dengan pasangan berkahwin yang lain. Mungkin bagusnya kami (Ewah!) sebab kami, akulah especially cukup menghargai benda - benda kecik yang suami buat untuk aku. Rahsia kebahagiaan tu. HEHE. Janganlah expect yang melampau - lampau. Hargai apa yang ada.

Macam suami tau aku suka F&N Zappel, nanti tiba - tiba balik dari kerja dia belikan aku sebotol. Bila aku tanya, kenapa beli. Dia jawab simple aje. "Sebab Lina (Panggilan aku dekat rumah) suka." Simple kan. Tapi aku yang mendengar ni, kembang - kuncuplah rasa. Suami tau aku suka makan Mamee Monster, balik kerja dia belikan aku Mamee Monster. Kadang - kadang air milo kotak besar tu. Just a teeny weeny thing, tapi dia notice apa yang aku suka. Bersyukur tahu. Kadang - kadang aku semak jugak bila ada orang tak tahu menghargai pasangan sendiri. Bandingkan pasangan dengan pasangan orang lain. "Suami dia tu blablabla. Tapi suami aku blablabla" Okey tak baguslah. Tak bagus.

Lagi satu, kalau engkau buat apa - apa untuk pasangan, tanamkanlah sifat ikhlas. Ikhlas ni bukan senang tahu nak buat. SUSAH NAK MATI. Tapi kalau engkau nak rasa manisnya ihklas, maka cubalah bermula dengan sifat redha. Terima qada qadar Allah dengan hati tenang dan terbuka. Positif. Dengan cara ni, engkau menerima segenap ada di langit dan bumi ni dengan 1001 rasa bahagia. Membahagiakan orang lain tu besar ganjarannya.

Okay panjang aku membebel. Sebenarnya nak cerita cokelat ajepun kan.

Ehem.

Dah. Babai!

17 comments :

Bella Bellitos said...

jelesnya tengok mata akak. xde eye-bag pun. sy ni bukan takat eye-bag, siap ada eye-luggage lagi haa. :(

pstt pstt. kite geng! saya suka coklat jugak!

Innanie | Ariffin said...

its not about the price but its about the value!

comel je dua-dua ni.

p/s: adam dah tdo?

Cik Puan Bunga said...

@Bella BellitosEh siapa kata? Ada laaaa... cuma dalam gambar ini kurang kelihatan. HEHEHEHE. Awak cantik, ada eye luggage pun kencang aje! HIHI!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinDahhhh. Itu pasal emaknya berjimba! HEHE!

Miss Tasantek said...

suami kurang romantik??
sama ah. name pon abang ijal tu tua 2 hari je dari suami aku kan..kikiki..
sometime benda2 kecik ni sungguh meruntun jiwa....

watyz said...

ok..jeles!!!
tp x bape jeles sgt sbb ai x minat coklat.. hehehhe
aku pon dh merepek hah... :)

yayath said...

wahhh!!!cokelat yang lazat...best nye..nak sebalang jugak!!!hihi

Rai said...

eh comellah kale lipstik ko..

laki mana tak sayang bini kan.. jauh2..hujan2 pun sanggup jugak demi bini dia..

weh..ko dah try aiskrim magnum yg choc trifle? serius sedap gila.. aku baru makan 2-3 hari lepas.. hehe..

cik nur said...

hurm sebernanyer bila dia beli apa yg akak suka bila balik kerja makna nyer dekat mana2 pun dia ingt akak so akak tadah tangan bersyukur sekarang hahaha

cik nur said...

hurm sebernanyer bila dia beli apa yg akak suka bila balik kerja makna nyer dekat mana2 pun dia ingt akak so akak tadah tangan bersyukur sekarang hahaha

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekPriceless! ^___^

Cik Puan Bunga said...

@watyzTak suka cokelat???? Biar betulllllll! Sedap tauuuuuuuu! ^___^

Cik Puan Bunga said...

@yayathOkay beli sendiri. Sebab yg sebalang ni dah habis! HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@RaiMaybelline! Nama apatah lupa! HAHA!

Ehhhh magnum choc trifle? Nama aje dah menggoda! Lagilah cokelat! Belum lagi! Yang aku makan tu magnum yang baru tuhh yang rm3.90 tuh! Nak cari ah!

Cik Puan Bunga said...

@cik nurBersyukur! Amin! Alhamdulillah! ^____^

Rai said...

@Cik Puan Bunga, aha.. sedapp.. memang best utk orang yg gila coklat..hahaha..magnum classic kot yg kat tv tu kan.. choc triffle ni rm3.90 gak.. hish.. mahal kemain..dulu rm2.50 je kan magnum ni..gila betul..

Cik Puan Bunga said...

@RaiHarus dicari Nyumnyum! Yang 2.50 tu kecik, yg 3.90 ni besar! HAHA!