Saturday, November 19, 2011

Mengandung. Perut Masing - Masing.

Kelakar aje kan. Bila kita tak mengandung walaupun dah 2 tahun kahwin, kata kita merancanglah takut gemuklah bila pregnant. Lagi tak guna bila ada yang bagi komen mintak penampar "Tak pandai buat lettew! Tu pasal tak lekat - lekat!" Eheh engkau cakap macam good - good aje ye. Macamlah aku boleh sumbat secara manual sperma tu masuk dalam ovum sendiri. Eh eh engkau ni. Kata aku tak suburlah apalah. Adoi, hari - hari pergi kerja mesti memendam rasa.

Well, aku dah membuktikan aku tak gentar langsung nak gemuk okay. Ambik kau terus 81.9kg. Chill lah. Tak ada perasaan menyesal pun. Pada tahun ke dua bernikah barulah Allah mengurniakan kami suami isteri hadiah ajaib di dalam rahim. Bersyukur sangat - sangat walaupun pertama kalinya macam seram - seram sejuk. First timerlah katakan. Mana ada pengalaman kan.

Bila dah ada anak satu, sibuk pulak tanya bila nak menambah. Macam tak boleh nak sabar. Macamlah kerja aku dekat rumah 24/7 asyik buat keturunan aje. Aku ada life lah! Inilah manusia. Ada aje yang tak kena. Kadang - kadang rasa rimas malas nak layan. Tapi terpaksa ajelah tadah telinga bila kena perli macam - macam sebab menambah anak tak termasuk dalam projek jangkamasa terdekat.

"Takkan nak buat baby lagi semata - mata nak puaskan hati orang?" Kata suami.

Ada betul jugak. Tapi aku rimas. Rimas bila orang asyik tanya bila nak menambah bila nak mengandung lagi. Haih! Paling teruk hari itu aku kena. Bila orang tu tanya bila nak menambah anak, aku jawab "Nanti - nantilah kak. Adam tu kecik lagi. Manja lagi." Sopan aje aku jawab sambil tersenyum - senyum penuh keayuan. Akak tu boleh pulak kata "Engkau bagilah adik, nanti matanglah Adam tu..! Tak manja - manja lagi" Aku sengih aje. Tak kuasa nak melayan. Eh suka akulah nak manjakan anak aku!

"Dulu akak baya engkau anak dah tiga!"
Eh! Ada lagi ingatkan dah habis dah!

"Tak apalah kak, saya muda lagi. Nanti - nantilah. Tunggu Adam besar dulu." Masih jawab dengan penuh kesopanan lagi.

"Ahhh itu mengarut semua tu!" Eh akak tu pulak nak emosi!

"Akak ni hebat. Kerja asyik tambah anak. Apa nak fikir? Esok dah tua senang. Anak ramai boleh jaga. Kita tinggal tumpang senang. Jangan asyik nak kurus nak jaga badan nak lawa anaknya satuuuuu tu ajelah!"

Eeeehhh akak ni kalau aku layankan ni boleh bawak tarik - tarik rambut ni. Aku istighfar beberapa kali sambil senyum tak putus - putus. Sedaya - upaya aku tahan mulut aku biar tak menjawab apa - apa. Telinga rasa panas, darah mendidih, jantung berdegup laju. Phewww! Memang menduga kesabaran betul akak ni!

Aku rasa, aku takde bantahan langsung pada emak bapak yang rasa nak menambah anak setahun sekali. Terpulang. Engkau yang kasi makan, engkau yang besarkan, pandai - pandai engkau macamana nak bahagikan masa, kasih - sayang dan dalam masa yang sama berlaku adil terhadap anak - anak engkau. Sebagai emak bapak, engkau tahulah kan macamana nak uruskan anak - anak engkau. Soal rezeki tolak tepi sebab anak yang lahir ada rezekinya masing - masing.

Cuma aku rasa akak tadi agak melampau lah sebab memperlekehkan tindakan aku taknak menambah anak dalam jangkamasa terdekat. Aku tak puas memanjakan Adam. Aku tak puas lagi dengan Adam. Aku kesian kalau Adam kecik - kecik lagi aku dah bagi adik. Tak adil rasanya untuk Adam. Dalam Islam memang bagus kalau berzuriat ramai, tapi aku rasa hak akulah kan nak tambah anak bila. Bukan aku taknak, cuma bukan sekaranglah. Mungkin bila Adam dah umur 3 - 4 tahun karang pandailah aku bagi Adam adik.

Aku taknak jadi macam kawan - kawan aku yang anak setahun satu lepas itu merungut sana - sini duit tak cukup, upah pengasuh mahal, duit susu pampers blablabla. Tak adil kan untuk anak engkau? Engkau pandai - pandai buat anak, hak anak tu untuk mendapatkan yang terbaik dari engkau sebagai emak bapak. Jadi janganlah mengeluh pasal tak cukup budget blablabla. Anak kan rezeki Allah.

Hal - hal keibubapaan ni bukan sekadar lahirkan anak berapa ramai yang boleh. Eh kualiti anak pun kena kita titik - beratkan. Lahirkan anak 11 orang tapi semua produk rosak nak buat apa? Sorrylah bahasa aku agak kasar tapi ini isu sensitif bagi aku.

Aku tak tau apa isu akak tu against aku. Tapi kalau bab anak ni, memang dia suka perli aku konon aku ni low class sangat sebab tak subur macam dia yang kerja asyik nak beranak aje. Pantang kena sentuh!

Tahulah aku nak mengandung nanti pun. Ke akak yang nak menambah lagi ni?


Dah. Babai!

20 comments :

Cik Rose Cute said...

hihihi cik rose pun sokong....sekarang nie..ekonomi tak menentu....tengok budget la...nak tambah anak ...

Cik Puan Bunga said...

@Cik Rose CuteJangan pulak lepas dah tambah anak bising2 tak memasal. Malas nak dengar! HAHAHAHA!

Anonymous said...

eh, naik geram pulak sy kat akak tu.. sebok je.. ahahaha.
tp msyrakat kite mcm tu lah..
x kawin, tanya bila nk kawin..
dah kawin, tanya bila nk ada ank.
ada ank, tanya bila nk tambah..
dah btambah kang, sebok plak duk compare2 anak die ngn ank org, mcm2 lah.. haish.
eh, emo tetiba.. terlebih plak tu.. hehe.

cik silent reader. ^^

D'ya Marshmello said...

huh, kalau D'ya ada kat situasi macam tu, komfom rasa nak mengamuk.actually semuanya bgantung pada rezeki..nak tambah anak biarlah besesuaian dgn budget ibu bapa tu sndri :)

http://miss-dya.blogspot.com

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousKan kan? nasib baik tak cakap yg kasar2 dekat akak tu. Tapi dalam hati mmg dah geram. Tunggu nak meletup aje! Huhuhu!

Hye cik silent reader! ^___^

Cik Puan Bunga said...

@D'ya MarshmelloBetul. Rezeki kan. Orang ni tak faham, nak kita ikut macam dia aje. Haih payah betul masyarakat melayu ni. Kepohchi! ^___^

Anonymous said...

Hadoi cibuk nye akak tu smp leh emosi plak.

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousHahahaha akak tu memang! ^____^

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam..

haha..nak peknen bukan suka2.kena sediakan minda dulu.bkn blh paksa2.org sekeliling tak fhm apa yg kita fikir

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

pelik ya kenapa ada org suka jd penyibuk camtu..dia nk menambah anak tambahlah..kita ikut sukalah nk anak berapa pon kan..

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim) Entahlah kak, dia ingat saya ni apa agaknya. Kilang baby agaknya. HAHA!

Cik Puan Bunga said...

@Rina AVAIL a.k.a Cik BettyManusia kan. Manalah ada yg sempurna di mata diorang. Asyik kerja nak menyibuk hidup org. HUHU!

dd.hasnidar said...

haha.ayat akak tu betul la suruh menambah kan..?

tapi tak payah la sampai nak paksa orang jadi mcm dia jugak.eh eleh derr..gua pn anak nak masuk 3 jugak,tp tak payah la paksa orang kena tambah jugakk..!!hehe.sabau ye cik puan.

Cik Puan Bunga said...

@dd.hasnidarKan DD? Kita taulah kan bila nak mengandung lagi, kita pun taulah takkan anak nak sorang aje tapi akak tu mmg buat hati jadi panas! Huhuhu!

mimie said...

Ko x kawen...Org tnyer bila nk kwen...dh kwennn org tnyer lg...eh..bila nk ngandung ne?? ( mcmlah kalo kita ngandung ni, dia yg nk sponsor @ tolong tunaikan kehendak tekak kita) bila dh dpt anak soranng...kang ada lg tanyer...xkan sorang jek..bila nk tambah??? ( ada ko tahu bajet nk mmbesokan ank mcm ner? bbysiter je RM 250!! lom pampers bagai...) nnt ada pulak yg kata...anak tu mmbw rezki...betol mmg mmbw rezki, tp kalo x di usaha ada ke rezeki tu dtg bergolek2 @ terbng melayang kat kita....manusia cume tau komen..komen n komen...tp yg tanggung adalh kita...so, ikutlah kemampuan ( poket, tenaga, masa & kasih syg ) tuk wat anak...( ank ramai2 tp mcm x trjaga payah gakk..pastu dgr plak merungut2 mcm2..ms sedap..x hengat....hahahahah

Miss Tasantek said...

kak, sebok beranak je ..nnti kesian pula kat suami. asik puasa aje! ahahaha..*mata ke atas tangan di bahu*

Cik Puan Bunga said...

@mimieManusia kan kak. Ada je yang tak kena dekat mata dia. Menyampah betul. '-__-

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekPuasa masa pantang ajelah. Sapa suruh puasa dari start peknan! Kehkehkeh!

nur fadila alwi said...

memang pon...suke sgt amik tau tepi kain orang..hebat ke kalu setiap tahun beranak??tu kan rezeki..saye pon ader dua anak..mengandung yang kedua mmg tak dirancang sebab anak pertama masa tu baru nak masuk 5 bulan..mmg emosi terganggu sebab ekonomi tak stabil dan masih terasa sakit bersalin..huhuhu..now my life rasa bermakna sebab dah ader sepasang anak..cume nak menambah lagi biarlah anak2 membesar..kesian kan anak sulung yg tak puas bermanja..sekarang seboleh2nye saya cube berlaku adil dan manjakan same rata kepada anak2 saya..muhammad umar hakimi dan puteri umairah....

Cik Puan Bunga said...

@nur fadila alwiDah ada sepasang. Happy kan? Lengkap rasanya hidup! ^___^ Saya bukan taknak menambah, bukan juga merancang. Cuma lambat dan cepat tu bukan kita yg tentukan. Manusia ni tau bercakap aje, perasaan org sikit pun tak ambik kisah. Sakit hati kita sapa yg tahu! ^___^