Saturday, November 12, 2011

Pau.

Akhir - akhir ni kan selalu aje hujan kalau time petang - petang. Kalau dah hujan, perut pun lapar. Kerja nak menyelongkar dapur aje cari apa yang boleh dimakan. Kais pagi makan pagilah kan. Kalau ada makanan, ada lah. Kalau tak ada, terpaksa buat muka kecewa lalu tidur bagi menghilangkan lapar. Kesiannya aku!

Hari tu extra rajin sikit. Tiba - tiba teringin nak makan kuih pau. Kalau beli dekat kedai tak sedap. Aku tak suka. Suka yang home made punya. Boleh buat ikut size sukahatimakaku. Nak kecik ke nak besar ke. Inti pun boleh sumbat banyak mana yang aku suka. So siap - siap salin resipi dari emak. Rajinnya aku rajinnya akuuuuu!

Kuih pau ni bukan susah sangat nak buat. Senang aje. Macam pau orang. Sekelip mata boleh siap. Sebelum aku uli doh, aku buat inti dia siap - siap. Kalau inti nak sedap, kelapa kena elok. Parut putih - putih jangan sampai terparut kulit kelapa. Kerja parut - memparut serah dekat suami. Dia handal. HEHE. 

Total time allocated untuk menghasilkan satu batch pau yang gebu dan montok adalah tak sampai pun satu jam.

Cara - cara nak buat inti / Bahan - bahan:

1 biji kepala diparut
1 buku gula melaka
1/2 camca teh garam

Cairkan gula melaka (Atas api sederhana besar) bila gula melaka dah cair masukkan kelapa and garam. Kemudian kacau sampailah kelapa tu kering. Tapi janganlah kering sangat. Rentung karang jadinya. HAHA.

Okeh siap untuk inti. Mari buat dohnya pula.

Cara - cara nak buat doh / Bahan - bahan :

1 kg tepung pau (Tepung khas untuk buat pau)
1 bungkus Mauripan. (Bukan Acapan tau!)
1 camca teh garam
2 sudu minyak sayur

Semua bahan - bahan tadi tu engkau campurkan sampai jadi sebati. Lepas tu uli doh tadi sampai jadi doh yang kenyal tapi lembut. Bila doh tu dah tak melekat dekat tangan, maka itu tandanya doh tu dah boleh dah nak disumbat inti.

Kepal - kepalkan doh. Ikut suka engkaulah nak buat besar mana. Kemudian sumbat inti dalam doh tadi tu. Suka hati engkaulah nak sumbat berapa banyak. Kalau aku, aku suka banyak - banyak intinya. Barulah sedap makan panas - panas. Lepas dah siap sumbat inti dalam doh, kukus selama 10 minit. Lepas 10 minit. engkau tunggu apa lagi, makannnnnnnnn! HAHA!

Hasilnya! JENG JENG!



Cuba cari mana kuih pau dalam ini gambar. HEHE!

Hantar sikit pada Auntie. Yang selebihnya selamat masuk dalam perut kami anak - beranak. Adam suka betul kuih pau. Comel aje dia makan kuih pau sampai penuh satu mulut. HEHE.

Dah. Babai!

12 comments :

yayath said...

meh yath teka....hihi

mesti pau tuh dalam perut da kan:)hehe....

aishhhh!!!rajinnya CPB...yath pun baru je makan pau kelapa tadi..

tapi buat kat pasar je la..heheheheh

btw, nampak sedap...mintak cket..muahahha

Cik Rose Cute said...

Sedapnya pau...boleh copy resepi hihihi

Cik Puan Bunga said...

@yayathSalahhh! Tettttt! Cepat cari maka kuih pau! HAHAHAHA!

Oh nak kuih pau meh datang rumah akak meh! ^___^

Cik Puan Bunga said...

@Cik Rose CuteBoleh boleh! Sebab senang aje! ^__^

alexa yussida said...

kepala diparut?hehe...

pau sng dibuat sdap dimakan..nom2:)

alexa yussida said...

kat tapak tangan tuh haa paunyer :D

Cik Puan Bunga said...

@alexa yussidaAyaiiyaiiii typoooo typooooo! HEHEHEHEHEH!

Cik Puan Bunga said...

@alexa yussidaPandaiiiiii! ^____^

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

pau mmg sedap ,akak suka pau ayam.amboi..lengang lengkok bawa pau nak ke mana tu?


psst: mau kelihatan mengecil...

Cik Puan Bunga said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)Hehehe akak nampak eh pau tu? Kehkehkeh! Nak pg jalan2 hantar pau rumah auntie! KEHKEH!

Chayok chayok kak! ^___^

♥Cik Eiyda♥ said...

akak,xperlu ltk baking powder and shortning k?

Cik Puan Bunga said...

@♥Cik Eiyda♥Tak perlu. Cubalah! ^___^