Thursday, November 3, 2011

Perempuan Jangan Nak Bahagia Sangat Kalau Suami Engkau Penyayang

Untunglah kalau dapat suami penyayang. Untung berganda kalau dapat suami yang penyayang dan kacak. Untung berganda - ganda kalau dapat suami penyayang yang kacak dan pandai memasak macam aku. Eh. Terpuji diri sendiri. Untunglah kalau suami engkau sangat caring dan understanding. Dunia rasa macam engkau yang punya. Sebulan, dua bulan tiga bulan perkahwinan terasa macam dalam syurga. Setahun, dua tahun tiga tahun empat tahun lima tahun kahwin alhamdulillah perkahwinan tetap bahagia penuh dengan gelak tawa. Suami adalah lelaki yang engkau cinta sampai mati.

Aku pun macam itu jugak. Wah kalau bercerita pasal suami macam aku seorang ajelah yang ada suami penyayang, macam aku seorang ajelah yang ada suami kacak, macam aku seorang ajelah yang ada suami pandai memasak. Dalam pada asyik sangat memuji suami tiba - tiba terbit rasa riak. Kau hado? Macam itulah.

Tapi nanti dalam sepuluh tahun dua puluh tahun akan datang, engkau rasa macam mana dengan perkahwinan engkau? Yang dibina atas dasar cinta? Boleh tak sekarang engkau dengan yakin dan penuh iltizamnya kata "Suami akan sayang aku sampai mati" Berani? Aku pun tak berani nak cakap macam itu. Sebab realiti kehidupan ni macam Negro punya punggung kiri. "It's not right and it's not even fair!" HAHAHA terbuat lawak lucah tiba - tiba.

Kenapa aku cakap macam ini? Sebab contoh ada dekat mana - mana. Macamana lelaki apabila melalui satu fasa kehidupan, hatinya mula berubah dan dia nak mencuba sesuatu yang baru. Engkau rasa siapa yang cipta the saying "For men, life begins at forty". Get what I mean?

Hari ini dia mungkin penyayang, esok lusa? Hari ini kita mungkin perempuan yang bertakhta dalam hati dia, tapi esok lusa tulat? Aku ada jumpa couple yang dah kahwin 6 - 7 tahun, hidup bahagia gila - gila, anak comel - comel, tiba - tiba suaminya kahwin lain bila isteri sedang mengandung anak ke empat. Kahwin dengan cinta lama. Lelaki yang sebelum ini engkau punya mutlak, sekarang engkau kena berkongsi dengan perempuan lain. Engkau sanggup? Aku tak sanggup.

Aku ada jumpa perempuan dengan lelaki yang masing - masing dah berkahwin, hidup bahagia, stabil kewangan, anak - anak bijak - bijak tapi entah sebab dasar apa lelaki dengan perempuan ni tadi senyap - senyap menjalin cinta terlarang. 

Dua tahun tiga tahun empat tahun berkahwin tanpa anak, suami kata tak apa. Dia boleh hidup tanpa anak sebab dia sayangkan engkau. Tapi nanti lagi sepuluh dua puluh tahun, bosan hidup berdua saja dengan engkau tanpa anak - anak, engkau rasa apa alasan suami mahu kahwin lagi?

Engkau rasa kenapa? Iman? Hati? Cinta? Pegangan? Kebahagiaan? Benda kalau dah melibatkan hati ni, kadang - kadang tak perlu langsung alasan atau sebab. It happens naturally. Macamana engkau tegah, kalau dah takdirNya, tetap akan terjadi.

Engkau, para isteri, sudah bersedia menghadapi sejuta asam garam hidup berumahtangga? Sudah siap dari segi emosi?





Aku tak tahu selama mana cinta suami itu milik aku sepenuhnya. Aku tak tahu. Ini muhasabah untuk diri sendiri. Kalau sebelum ini aku pernah tinggikan suara pada suami, tak sambut dia elok - elok bila dia balik kerja, semakin menyesakkan otak dia bila dia dalam keadaan stress. Apa aku rasa bila suatu hari nanti cinta suami bukan untuk aku lagi? Menangis kah aku?

Di saat cinta suami berpaling, kemana cinta engkau beralih?

Dah. Babai!

16 comments :

Innanie | Ariffin said...

Insya-Allah keikhlasan seorang isteri solehah akan dibalas dengan kebaikan. Percayalah. Dugaan dalam berumah tangga itu biasa... yang penting kta sebgai perempuan kna sentiasa ready dan redha dengan segala yang jadi...

semoga cinta CPB dan suami kekal selamanya. Amin.

*komen paling serius sy dalm blog CPB!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinAmin! Insyaallah! Thanks! ^___^

Ohooiiiii nak dating tak!

nur easy said...

kalau dah takdirNya, tetap akan terjadi... apapun kita kan tetap selalu berusaha menghargai apa y dimiliki kn..;)

p/s: err kita segan la sbnarnya. hehe tp berharap jg kalau tiba2 terserempak.. n tak segan silu la nak sebut, eh ini mama adam kan ;)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyBetul tepat sekali! Hargai sementara masih milik kita! ^___^

Eh ngengada nak segan - segan heh! HAHAHAHHAA!

Rai said...

kalau laki aku nak kawin lain aku piat telinga dia lepas tu mintak rm10k sebulan..bulih? hahaha...

semoga jodoh kita dengan suami masing2 berpanjangan sampai ke pintu syurga..

Miss Tasantek said...

yup.aku penah dengar for men life begin at forty.
benda ni juga ada berlaku depan mata aku, sebagai pengajaran, seorang ayah yang penyanyang, punya isteri yang baik, mengahwini isterinya ats dasar cinta tapi antar sms kat aku:

'saya rasa awak dah buat saya berubah sekarang, hari2 ingat awak'

prinsip aku, yang dalam pagar orang jangan kacau :) so aku delete dia dari semua benda yang boleh buat aku ada connection dengan dia.

cik nur said...

bila saat tuh tak tiba lagi akak tak pyah la fikir cuma insyallah kena sentiasa berubah ke arah kebaikan
dan nur doakan akak sekeluarga bahagia slaloo insyallah :)

Cik Puan Bunga said...

@RaiAmin!

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekLELAKI babe LELAKI.

Cik Puan Bunga said...

@cik nurAmin! Thanks Cik Nur! ^___^

LolipOp cOmel said...

manusia tak pernah merasa puas!..

lelaki??. .lelaki mana yang tak suka kalau ada wanita cantik depan mata?. .. ..

kalau ada pOn,bertuahnya wanita yang dapat lelaki tu...

sunggguh pelik kadang2..si isteri melayan si suami dengan penuh kebahagiaan..tak sangka ada kekasih.Tak fikir ke perasaan pasangan?.. .

Cik Puan Bunga said...

@LolipOp cOmelTak. Sebab asyik dilamun cinta. Pui!

Watie Que said...

oouch!!... tersedih hati saya membaca. seperti CPB boleh menyelami hati perempuan saya...

Lama kelamaan saya mungkin redha, mungkin pada mulanya terpaksa.. itu takdir Allah..

Watie Que said...

oouch!!... tersedih hati saya membaca. seperti CPB boleh menyelami hati perempuan saya...

Lama kelamaan saya mungkin redha, mungkin pada mulanya terpaksa.. itu takdir Allah..

Watie Que said...

oouch!!... tersedih hati saya membaca. seperti CPB boleh menyelami hati perempuan saya...

Lama kelamaan saya mungkin redha, mungkin pada mulanya terpaksa.. itu takdir Allah..

Watie Que said...

@Cik Puan Bunga
oouch!!... tersedih hati saya membaca. seperti CPB boleh menyelami hati perempuan saya...

Lama kelamaan saya mungkin redha, mungkin pada mulanya terpaksa.. itu takdir Allah..