Thursday, November 10, 2011

Roti Nan Sebenarnya Berasal Dari Planet Pluto

Siapa yang percaya memanglahhhh memangggglaaaahhhh HAHAHA! Aku sampai sekarang tak ambik kesah roti nan tu asal dari mana. Aku langsung tak kisah, yang aku kisah rasa dia sedap sedunia jadi aku bedal ajelah tanpa menghiraukan negara asal roti gebu itu berasal. Malas nak peningkan kepala otak.

Aku dulu tak pandai nak makan roti nan. Suami yang ajar makan benda ni. Masa zaman kat UPM dulu, lepak KTDI makan roti nan. Dulu macam geli - geli nak makan, sekarang pantang nampak pulak. Itu pasal aku gebu macam roti nan.

Kalau dekat Batu Pahat ni, roti nan yang sedap sedunia adalah dekat Nikmat Tandoori. Nama aje NIKMAT kan, jadi kalau makan memang sumpah terasa nikmat sedunia. Perut aku ni bukannya memilih. Simple aje. Macam tuan dia. Tak banyak kerenah. Asalkan sedap, aku bedal aje. Kegemaran of courselah yang cheesy. Nyumnyum! Sedapnya sedapnya! Sekeping memang tak cukup. Dua keping pun tak cukup. Tiga keping pleaseeeeee!

Roti nan dekat Nikmat Tandoori ni besar lepas itu kalau engkau makan panas - panas memang memuncaklah tahap keghairahan melantak. Sedapnya! Lembut berkrim, engkau macam gigit pipi baby yang gebu. Bau dia harummmmm sangat. Sebab itu aku langsung tak mengeluh bila terpaksa beratur panjang dan tunggu turn dapat roti yang lamaaaa mak aih! (Memanglah tak mengeluh, aku duduk dalam kereta sedap ada aircond! Suami yang beratur! HAHAHAHARAM!)





Ayam tandoori dia sedapnya rasa. Juicy. Pedas pedas. Alahaiiiii ni malam - malam bukak cerita pasal roti nan ni tak tentu arahlah pulak. Kalau beli roti nan tak sah kalau tak makan dengan ayam tandoori.

Kalau tengah stress, makan roti nan hilang stress sekejap! HAHA!

Soalan untuk hari ini : Roti nan berasal dari negara mana? Tetttttttttttttttttttttt! INDIA! Yayyyyy aku pandai. 

Dah Babai!

8 comments :

nur easy said...

nikmat kan.. kita pun penggemar cheese nan, masa kat nippon. kalau cpb makan y kat sana sure lg nikmaaaatt.. hehe ;)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyHaih kat Jepun ada roti nan! Uiyooo! Sapa masak?

watyz said...

ok..ngaku terliur ckit...ckit jerk!!. hehhehe

Miss Tasantek said...

dah lama aku tak makan roti nan. last time kt poly :) ouh..lamanya..lamanya...
mesti mamak yang buat tu tangan die bulu lebat ;P

Cik Puan Bunga said...

@watyzUiiii sedap nihhhhh! HEHE!

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekTak check pulak lebat ke tak. Belasaaahhh yang penting sedappppp! HUHU!

Anonymous said...

bunga, kat area mana nikmat tandoori batu pahat ni. siang malan diai ada jual ke......kakmasyp

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousAda dua kedai kak yg saya tau, satu kedai kat area Maybank BP satu kedai lagi dekat dengan kuarters lama kat BP. HUHU!