Friday, November 25, 2011

Saya Suka Pergi Wedding! Dapat Makan Nasi Minyak!

Wedding termasuk dalam perkara - perkara yang akan aku sentiasa update dalam blog kegemaran ramai ni. (Aku perasannnn aku perasaaannnnn!) Entah kenapa sejak akhir - akhir ni suka sangat pergi wedding orang. Nak makan nasi minyak aje sebenarnya sebab aku rasa nasi minyak tu (Lagi - lagi kalau lauk ayam masak merah) alahai sangat sedap sedunia lah! Sudahlah sejak akhir - akhir ni asyik kerja nak makan nasi Briyani aje. Macam sedap sangat aje Nasi Briyani tu. (Eh tapi memang sedaplah!)

Oh hari ini pergi wedding classmate masa sekolah rendah dulu, wedding dia esok sebenarnya. Tapiterpaksa pergi awal sebab esok nak ke JB. Nak tengok Syira convo. Yang specialnya dia ada buat Indian dance. Teruja aku sebagai Mokde dia. Hopefully dia tak lupa step dia. Kalau tak malu aku karang! (Ibu dia lagi malu kot! HAHA)

Bila tengok tema dia merah putih tu teringat aku dekat Cik Zira yang merah sedunia. Tema Cik Zira pun katanya merah putih jugak. Insyaallah wedding si cantik Disember nanti tu sampailah aku ke sana kalau tak ada aral melintang. Insyaallah. ^___^

Aku suka kalau wedding tu simple and sweet. Macam wedding skandal aku dulu. Tak membazir. Buat sekadar yang termampu. Tak payah nak berhutang sana - sini semata - mata nak ada wedding yang grande. Wedding classmate aku ni pun aku tengok sweet dan simple. Tak payah nak grande grande sangat. Yang penting akad nikah dah selesai, alhamdulillah. Itu yang paling penting. ^___^

First time datang wedding pengantinnya comot momot aje. Kehkeh. Maklumlah busy buat preparation itu ini. Majlisnya esok, yang suruh aku terjah awal tu siapa! HAHA. Tak apalah yang penting dapat jumpa pengantin and beri present yang tak seberapa tu. Yang penting bukan bagi gelas 6 biji cap Giant eh! Kehkehkeh.

Nasib baik sempat camwhore depan pelamin! Kehkehkeh!

Aku terjatuh cinta dengan warna hijau sekarang. Aku rasa cool jugak warna hijau. Kan?
Buat Dayu dan suami,
Tahniah dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Semoga Dayu dapat menjadi siteri yang solehah dan ibu mithali kepada anak - anak ye. Insyaallah.

Baik aje entry aku hari ni. Berkat hari Jumaat agaknya. HEHE.

Dah. Babai!

2 comments :

hazirah abdul rahman said...

kak bunga!!
tengok tajuk entry terus buka. sekali ada keluar nama kita lah! siap mention MERAH sedunia,, hehe, suka nya..




datang ye kak bunga. bawa hubby dan adam tau. boleh amek gamba.



kahwin kita simple jek kak. buat mana termampu, tak berhutang, kumpul duit sendiri plus abah dengan adik2, pakcik makcik support jugak. alhamdulillah.


btw, kita pun kalau pergi kenduri kahwin mesti nak kepak masak merah. wajib!

Cik Puan Bunga said...

@hazirah abdul rahmanHye Zira! ^__^

Tengok pelamin dia merah teruslah ingat awak! HEHHEHE!

Insyaallah akak sampailah nanti majlis awak tu ye! ^___^

Bagus buat majlis simple2, dulukan mana yg wajib aje. Tak berhutang lepas kahwin, tu yang bagus!

All the best ye!