Because I'm such a lovely sister. Kan Embun kan kan kan!
Kakak manalah yang sanggup tahan perangai Embun yang macam Ah Long Bukit Beruntung tu. Asal nak something aje terus roger aku, asal nak something jek terus merengek - rengek dekat aku. Eh engkau ingat aku bela toyol ke duit main sebuttttttt je? Nasib baiklah aku ni semulajadi sayangkan haiwan kanak - kanak. Pejam mata sebelah ajelah kalau kata hujung bulan duit ciput dalam poket tapi Embun mintak macam - macam. Sayang kannnn sayanggggg.
Hari tu dia balik cuti seminggu sempena raya haji. Habis dia ajak aku tawaf satu bandar nak itu ini. Hari pertama balik dah paw aku Domino's Pizza. Terpaksa korek tabung ayam nak bagi dia mencekik Domino's. Baiknya aku. Tapi yang banyak melantak akulah jugak. KEHKEH.
Lepas itu merengek - rengek mintak baju kemeja nak bawak pergi kelas. Sabar ajelah kan. Habis aku bawak tawaf satu bandar nak cari kemeja dia. Karang kalau aku tak belikan karang kalau dia melalak - lalak ke, ugut nak terjun bangunan ke malas betul aku nak layanlah. Lepas shopping perut lapar pulak. Teringat ada restauran Briyani sedap dekat Pura Kencana, terus bawa suami dengan Embun pergi makan.
Sambil - sambil tunggu makanan sampai, bergurau - senda dengan suami macam masa zaman - zaman dating dulu. Mentang - mentang keluar tak bawa Adam. HAHA. Yang best suami puji aku sekarang makin cantik. Ecehwah. Siapa yang terasa nak muntah boleh muntah sekarang. Lepas itu boleh sambung baca balik ye. KEHKEHKEH.
Inilah isteri suami aku yang cantik sangat tu. KEHKEH
Embun.
Makanan sampai. Embun membelek kot - kot ada biawak mati dalam nasi.
Perempuan teruja jumpa makanan.
Perempuan ayu jumpa makanan.
Embun kalau nak manja - manja memang dia datang cari aku sebab aku je yang sudi memanjakan dia. KAHKAH. Kakak - kakak aku yang lain malas layan dia. HAHA.
Ok. Babai!

20 comments
sebenarnya purpose entry ni ko nak kata ko laki ko puji ko lawa kan.. hahaha..
eleh..dominos tu mesti ko yg nak.. lepas tu tuduh embun..kan kan.. trick eh..
nak manja2 gak ble x???
nak gak rasa beriani tu.. :)
untunglah embun! =)
citer sal zura..pic kau je banyak..hahaha...
aku pon nak jadi macam kau..kakak yg syg adiknye..
tapi...manjang aku je kena..orang lain duduk senang lenang..aku jugalah yang makan hati...
HAHAH baek nye kakak :)
muka Embun nampak pucat..
hehe...comel je kakak baekkk ni...
pssstttt....bley blanje adek skali kan kak????hehe
nie mmg kakak mithali la nie....tahniah...tahniah....
CPB MMG CHOMEL..ihik..ihik...
untung la embun heheh ^___^
lawalah cara embun pakai shawl..err..nama dia mmg embun kah?
@RaiAlaaa kantoi ah Rai! HAHAHAHA!
Psttt! Mana tau pasal Domino ni? HAHA!
@watyzBoleh boleh! Meh manja - manja meh meh! HIHI!
@Innanie | AriffinAishhhh! Goncang jiwa neh! HUHU!
@Miss TasantekNi namanya interframe! KEHKEHKEHKEH! Alaaaa samalah, tapi ikhlas ajelah. Adalah nanti habuannya. Buat org lain bahagia ni besar pahalanya. Kihkih!
@misz ifahTerima kasih! ^___^
@bella bellitosKepenatan. Ataupun kesedihan pasal malam tu hantar dia balik ke Senai. Amik flight balik Penang. HUHU!
@yayathBolehhhhh! Meh meh meh meh! ^___^
@sHIdATerima kasih! ^____^
@cik nurTulah. Dia jek selalu buli kakak - kakak dia! HAHA!
@Rina AVAIL a.k.a Cik BettyDia memang. Semua benda nak lilit atas kepala. HEHE. Eh takkkkk tu nama glamer dia! HAHA!
Post a Comment